• Putrajaya, Malaysia
  • October 8, 2024

Strok atau angin ahmar merupakan masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan oksigen ke sebahagian otak diganggu. Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi. Oleh itu, sel-sel otak akan rosak atau mati.

Ini akan menyebabkan bahagian badan yang dikuasai oleh otak tersebut tidak berfungsi. Strok ialah kecederaan saraf yang serius dan gejalanya adalah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba.

 

 

bahaya strok atau angin ahmar

 

Jenis-jenis Strok

Terdapat 2 jenis utama strok iaitu strok iskemia (ischaemic stroke) dan strok berdarah (hemorrhagic stroke) yang mana memberi kesan terhadap otak dengan cara berbeza dan boleh mempunyai sebab-sebab yang berbeza.

 

1) Strok Iskemia (Ischaemic Stroke)

Iskhaemic Stroke merupakan jenis Strok yang paling biasa. Ia berlaku apabila blok darah beku menghalang aliran darah dan oksigen ke otak.

Pembekuan darah ini terbentuk di kawasan arteri yang telah mengecil atau disekat dari semasa ke semasa oleh lemak yang dikenali sebagai plak. Proses ini dikenali sebagai aterosklerosis (atherosclerosis).

Apabila usia kita telah meningkat, arteri sememangnya akan mengecil secara semulajadi, namun beberapa perkara tertentu yang mempercepatkan proses ini dengan bahayanya. Ini termasuklah:-

  • merokok
  • tekanan darah tinggi (hypertension)
  • OBESITI
  • paras kolestrol yang tinggi
  • diabetes
  • pengambilan alkohol yang berlebihan

Di antara faktor lain bagi strok iskemia adalah disebabkan oleh gejala denyutan jantung yang tidak teratur yang dipanggil atrial fibrillation. Ianya menyebabkan pembekuan darah di dalam jantung yang kemudiannya akan berpecah serta bergerak keluar dari jantung dan di simpan di dalam saluran darah ke otak.

 

2) Strok Berdarah (Hemorrhagic Stroke)

Strok berdarah (turut dikenali sebagai pendarahan serebrum – cerebral hemorrhages atau pendarahan intrakanial – intracranial hemorrhages) adalah jarang berlaku berbanding ischaemic stroke. Ianya berlaku apabila salur darah di dalam tengkorak pecah dan berdarah ke dalam serta sekitar otak.

Sebab utama berlakunya stok berdarah adalah tekanan darah tinggi, yang mana akan melemahkan salur darah (arteri) di dalam otak sekaligus mendedahkan salur darah tersebut kepada risiko menjadi pecah.

Perkara-perkara yang meningkatkan risiko tekanan darah tinggi termasuklah:-

  • BERAT BADAN BERLEBIHAN atau OBESITI
  • minum minuman beralkohol secara berlebihan
  • merokok
  • kurang senaman
  • tekanan (stress) yang boleh menyebabkan peningkatan sementara tekanan darah.

Strok berdarah juga boleh berlaku  seperti belon yang pecah akibat pengembangan salur darah (aneurisme otak – brain aneurysm) dan pembentukan salur darah yang teruk di dalam otak.

 

Bolehkah Risiko Mendapat Strok Dikurangkan?

Ianya adalah agak mustahil untuk mencegah strok kerana terdapat risiko yang tidak boleh diubah, termasuk:-

  • umur
  • sejarah keluarga
  • etnik
  • sejarah perubatan

Walaubagaimanapun, dalam kebanyakan kes, risiko mendapat strok dapat dikurangkan dengan mengubah cara dan gaya hidup untuk mengelakkan masalah seperti aterosklerosis (atherosclerosis) dan tekanan darah tinggi.

Ini termasuklah mempunyai diet yang sihat, melakukan senaman secara konsisten, berhenti merokok sekiranya merokok serta mengurangkan jumlah pengambilan alkohol bagi yang bukan muslim.

Atrial fibrillation (pemfibrilan atrium) juga meningkatkan risiko untuk mendapat strok. Adalah penting untuk mendapatkan nasihat perubatan sekiranya kita mempunyai masalah dengupan jantung yang tidak teratur.

Jadi, sememangnya obesiti dan mempunyai berat badan yang berlebihan mempunyai kaitan secara langsung terhadap strok. Semakin kita tidak peduli tentang berat badan ideal tubuh kita, semakin kita menghampiri risiko strok.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

10 thoughts on “Kaitan Strok (Angin Ahmar) Dengan Obesiti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge