• Putrajaya, Malaysia
  • April 19, 2024

Sokongan suami sewaktu proses kelahiran adalah sangat penting. Walaupun suami tidak boleh menghilangkan kesakitan yang ditanggung, namun kehadiran suami di sisi sewaktu isteri sedang bertarung nyawa sebenarnya sedikit sebanyak dapat memberi ketenangan jiwa terhadap isteri.

Berbalik kepada kesakitan sewaktu proses kelahiran. Memanglah ianya tidak dapat dielakkan serta berbeza-beza untuk setiap individu. Rentetan daripada 7 Tips Mudah Bersalin Sewaktu Kehamilan & Kelahiran; Siri 1, saya sambung lagi 8 tips yang boleh para ibu amalkan.

 

 

Tips Mudah Bersalin Sewaktu Kehamilan & Proses Kelahiran - menjaga kesihatan

 

1) Sentiasa Menjaga Kesihatan

Otot-otot sendi yang kuat dan mantap akan melancarkan lagi proses bersalin. Oleh itu, para ibu perlu menghindarkan diri daripada sebarang aktiviti yang boleh memudaratkan kesihatan atau jangkitan.

Seboleh-bolehnya elakkan diri daripada mendapat demam, selsema dan batuk. Sekiranya terjangkit, berikhtiarlah mencari penawar agar sistem pertahanan badan tidak terganggu terlalu lama.

 

2) Kerap Bersama Suami

Menurut petua orang-orang tua, kerap bersama (bersetubuh) dengan suami pada saat akhir kelahiran merupakan selusuh paling original.

Menurut sesetengah pangamal perubatan pula, air mani merembeskan sejenis hormon yang boleh menyebabkan kontraksi.

Namun, ada sebahagian daripada pengamal perubatan yang tidak bersetuju dengan pendapat tersebut. Maka ianya terpulang kepada pilihan masing-masing.

 

3) Berendam Sebelum Ke Hospital

Apabila terdapat kontraksi dan tanda-tanda awal kelahiran, para ibu boleh berendam dengan air suam sebelum ke hospital.

Boleh sahaja berendam dalam bathtub atau besen besar. Ini bertujuan untuk mempercepatkan proses bersalin.

 

 

 

Kurma sangat bermanfaat untuk kesihatan

 

4) Amalkan Pengambilan Kurma

Kurma merupakan salah satu makanan sunnah yang disyorkan sepanjang kehamilan sehinggalah sewaktu menjelang kelahiran.

Kurma akan memberi tenaga segera kepada si ibu serta mengelakkan ibu keletihan sewaktu melalui proses bersalin.

Pastikan bekal kurma dibawa bersama air kosong atau air zam-zam ke hospital sewaktu mendapati tanda-tanda untuk bersalin dah ada.

 

 

 

Pemberi tenaga segra ketika hamil

 

5) Pastikan Tenaga Mencukupi

Selain daripada kurma, para ibu boleh mengamalkan ESP dan Performance Drink bagi mengelakkan rasa letih dan lapar sewaktu proses kelahiran.

Keletihan dan kelaparan akan menyebabkan ibu kekurangan tenaga untuk melayan kontraksi yang berlaku sewaktu proses bersalin nanti.

 

6) Posisi Bebas, Mengikut Fitrah Diri

Sewaktu berlakunya kontraksi, para ibu boleh berposisi mengikut posisi yang disukai atau yang lebih selesa. Maknanya, tidak semestinya hanya berbaring terlentang sahaja.

Tidak perlu takut kepada jururawat kerana mereka pun dah sedia maklum akan hal ini.

Dalam masa yang sama, kuatkan minda, yakin dengan diri dan berserah kepada-Nya. Semoga dapat melalui proses kontraksi dan bersalin dengan mudah.

Kuncinya ialah ketenangan.

 

7) Elakkan Daripada Meneran (Straining)

Sewaktu kontraksi, jangan meneran atau menahan sakit. Sebaliknya kawal diri dengan tarik dan hembus perlahan-lahan secara konsisten.

 

 

 

Meneran ialah memberi tekanan terhadap otot-otot tertentu seperti otot faraj dan dubur.

Meneran otot faraj untuk bersalin boleh disamakan seperti meneran otot dubur untuk membuang air besar. Meneran otot dubur dengan kuat dan berlebihan boleh menyebabkan buasir.

Buang air besar tanpa meneran boleh memelihara otot dubur. Begitu juga halnya dengan meneran otot faraj ketika bersalin.

Sebab itulah, sangat disyorkan untuk membuat urutan faraj (boleh guna minyak zaiton atau minyak kelapa dara), senaman kagel atau amalkan vitamin semulajadi seperti Vitamin C, Omega Guard dan ESP untuk memelihara kelenturan (elastik) otot faraj.

 

8) Jangan Mengangkat Punggung

Biasa kita dengar nasihat daripda orang-orang tua atau jururawat bersalin sekalipun, para ibu dilarang mengangkat punggung sewaktu melahirkan anak.

Ini bagi mengelakkan berlakunya koyakan yang teruk di bahagian faraj.

Mengangkat punggung biasanya terjadi dalam posisi baring apabila ibu menongkat kaki sewaktu meneran bayi. Selalunya ibu akan menggunakan kekuatan kaki dengan berpijak di atas katil.

Untuk mengelakkan situasi ini berlaku, sewaktu bayi ingin keluar, para ibu boleh mengangkat kepala dan melihat bahagian perut. Secara tidak langsung, ia membuatkan punggung ibu akan sentiasa berada di atas katil.

 

Alhamdulillah, Bayi Telah Selamat Dilahirkan

Selepas kelahiran permata hati, para ibu jangan lupa mengamalkan pantang selepas bersalin ye. Walaupun badan terasa segar dan cergas, perlu diingatkan yang dalaman para ibu masih lemah.

Dalam tempoh tersebut sehingga ke 6 minggu selepas bersalin, para ibu boleh terdedah kepada risiko tumpah darah.

Jadi lebih baik berhati-hati. Jaga pemakanan dan aktiviti seharian para ibu sekalian. Amalkan juga suplemen ibu bersalin agar para ibu dapat menjalani pantang dengan sihat gembira. Yang paling penting sekali adalah bebas sembelit lepas bersalin.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

2 thoughts on “8 Tips Mudah Bersalin Sewaktu Kehamilan & Proses Kelahiran; Siri 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge