Kesakitan sewaktu bersalin berlaku hampir kepada setiap wanita. Ada yang sedikit tetapi ada yang agak menyakitkan sehingga terdapat para ibu yang fobia untuk mengandung lagi. Namun, situasi ini tidak menghalang mereka untuk mempunyai lebih ramai cahaya mata. Sebenarnya terdapat beberapa petua dan tips mudah bersalin yang boleh diikuti.
Petua Mudah Melahirkan Anak
1) Mengaji Al-Quran Sepanjang Kehamilan
Sepatutnya, bukan masa mengandung jer kita disyorkan untuk mengaji al-Quran, malah setiap hari seboleh-bolehnya kita membaca al-Quran melainkan semasa keuzuran (period).
Tak perlu sangat memilih surah-surah tertentu, baca jer setiap naskah al-Quran. Lagi bagus kalau para ibu dapat khatam al-Quran sepanjang kehamilan.
Al-Quran ni kan berkat, manfaat pun dapat kepada bayi dalam kandungan, selain dapat menenangkan ibu yang sedang hamil.
2) Mengamalkan Surah Maryam
Jangan anggap surah Maryam pula yang buat kita mudah bersalin. Awal-awal tu dah siapkan doa dan niat dalam hati yang segalanya dengan izin Allah.
Mohon agar Allah permudahkan dan selamatkan kita dan bayi sewaktu proses bersalin terutamanya semasa melakukan sujud tilawah apabila membacakan ayat terlibat dalam surah tersebut.
3) Doa Mudah Bersalin & Selusuh
Ada sesetengah daripada kita mengamalkan doa mudah bersalin apabila usia kehamilan mencecah 7 bulan. Ramai juga yang syorkan pembacaan doa Nabi Yunus.
Ada yang mengamalkan minum minyak selusuh atau menyapu di bahagian perut dari atas ke bawah, bertujuan memudahkan bayi meluncur keluar.
Walaupun ada yang berpendapat minyak selusuh terbaik adalah yang disediakan oleh suami, namun para ibu boleh mendapatkan selusuh moden daripada minyak kelapa dara keluaran Tropika.
4) Jaga Pemakanan
Sebaik-baiknya pastikan para ibu mengambil makanan yang seimbang, sihat dan lebih baik disediakan sendiri.
Elakkan pengambilan makanan segera atau makanan yang mengandungi bahan perasa, pewarna, penstabil, garam dan gula yang tinggi.
Elakkan juga dengan sewenang-wenangnya mengambil sebarang ubat yang mengandungi dadah. Sentiasa bertanya adakah ubatan tersebut sesuai untuk ibu hamil atau tidak.
Untuk lebih selamat, pilih ubat atau suplemen semulajadi untuk wanita hamil.
5) Melakukan Senaman
Senaman merupakan salah satu aktiviti yang sangat disyorkan kepada ibu hamil bagi membantu memudahkan proses bersalin.
Namun, pastikan para ibu melakukan senaman yang bersesuaian dan tidak membebankan serta mengikut kemampuan masing-masing.
Boleh rujuk video yang dikongsikan ini:-
6) Bergerak Aktif & Tidak Terlalu Berehat
Berehat memang perlu bagi ibu hamil terutamanya mereka yang mengalami sebarang komplikasi sewaktu kahamilan.
Namun, sekiranya mampu, boleh lakukan kerja-kerja rumah yang ringan seperti duduk itik sewaktu mengemas rumah atau permainan anak-anak.
Di samping itu, perbanyakkan berjalan pada minggu-minggu akhir kehamilan.
7) Amalkan Makan Bendi
Sayur bendi terdiri daripada 90% air dan kaya dengan kandungan kalsium. Sayur yang berlendir ini bukan sahaja membantu dalam proses bersalin, malah turut menjadi penawar kepada sembelit, diabetes dan juandis.
Bendi ni boleh dimakan dengan pelbagai cara termasuklah ulam, ditumis, dimasak bersama sayuran lain dan sebagainya.
Ibu hamil yang mempuanyai masalah buasir juga elok mengamalkan pengambilan bendi ni.
Sebenarnya ada lagi 8 Tips Mudah Bersalin Sewaktu Kehamilan & Proses Kelahiran yang akan saya kongsikan di dalam Siri 2 nanti. Jangan lupa terjah ke sana ye 🙂
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
okeh.
kena tunggu siri-siri seterusnya lah nih.
titan recently posted…I believe YOU can fly?
Sila-sila. Terima kasih kerana bersabar menanti…hehe