• Putrajaya, Malaysia
  • March 29, 2024

Anak kecil ibarat kain putih. Ibu bapalah yang mencorakkan anak tersebut mengikut acuan dan kemampuan masing-masing sama agar corak yang terhasil adalah corak yang terbaik dan paling cantik.

Malah, di dalam Islam, ibu bapa diamanahkan untuk mendidik anak-anak mengikut acuan Islam. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:- “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (bersih suci), maka ibu bapalah yang bertangungjawab sama ada menjadikannya Yahuidi, Majusi atau Nasrani,” (Riwayat Muslim).

 

 

akibat negatif menjerit dan menengking anak kecil

 

Sebagai ibu bapa, menjadi tangungjawab bersama untuk menunjukkan akhlak dan contoh teladan yang baik agar dapat diterapkan dengan mudah di dalam jiwa anak-anak.

Namun, dalam proses mendidik anak-anak, ada masanya kita lebih terbawa-bawa dengan emosi dan merasakan anak-anak kecil sudah cukup faham dengan arahan yang diberikan.

Seringkali ibu bapa meninggikan suara, menjerit atau menengking anak kecil dalam melayan kerenah biasa anak-anak tersebut yang sering dilihat sebagai degil, tidak mendengar kata dan keras kepala.

Ini belum lagi dikira kalau ibu bapa menggunakan bahasa yang kurang elok serta tidak bersesuaian terhadap anak-anak kecil mereka.

Padahal itu semua merupakan perkara yang normal bagi anak-anak kecil yang sedang membesar serta mula melakukan penerokaan terhadap persekitan mereka.

 

Mengapa Ibu Bapa Dilarang Menjerit @ Menengking Anak-anak?

Salah satu nasihat daripada Dr. Rozieta Shaary (Family Guru, Personaliti TV & Radio) yang lebih dikenali sebagai Ibu Rose, kesan buruk akan berlaku kepada anak-anak yang sering dijerit dengan kata-kata yang tidak elok dan kurang bermotivasi:-

 

Jika ibu bapa tahu besarnya kesan buruk menjerit kepada anak, ibu bapa tentu tidak sanggup melakukannya dengan selalu dan sengaja”

Jika hendak tahu dan nampak kesannya, buat eksperimen ini.

Ambil 2 bekas yang tertutup yang boleh dibubuh sesenduk nasi.

Labelkan A dan B.

Bekas A

Setiap hari untuk seminggu, jerit pada nasi dalam bekas A. Jerit pada pagi dan malam. Jerit dengan marah. Jerit dengan perkataan yang selalu digunakan apabila marah. Tutup balik bekas tersebut. Ulang setiap hari sehingga 7 hari, siang dan malam.

Bekas B

Senyum pada bekas tersebut. Niat dalam hati yang kita bersyukur ada nasi tersebut. Ulang siang dan malam selama 7 hari.

Jangan letak bekas-bekas tersebut di dalam peti sejuk dan jangan letak dekat-dekat. Letak di sudut dapur dan berjauhan di antara satu sama lain.

Pastikan sekiranya sedang menjerit pada Bekas A, Bekas B berjauhan dari kita.

Beritahu apa yang jadi pada hari ke-7.

Tapi kalau malas nak buat, mungkin video di bawah ni boleh membantu.

Itulah sebabnya kita tengok anak-anak yang sering dimarah, dimaki hamun dan digunakan perkataan kasar dan tidak baik kepada mereka itu, kita lihat wajah mereka kelam, mereka juga penuh kemarahan, kebencian dan ketakutan.

Kecuali mereka yang memaafkan kekasan yang dilakukan kepada meraka.

Semoga kita berazam kurangkan menjerit kasar kepada anak-anak dengan sengaja.

Ibu Rose

 

Video Eksperimen Kesan Jeritan Terhadap Nasi

 

Ujian nasi ni dilakukan oleh seseorang berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh Dr. Masaru Emoto.

Jika ingin melihat eksperimen menggunakan beras, boleh ke pautan Ibu Rose – Mesejnya Kasih.

Sekiranya ingin menggunakan beras, basahkan beras terlebih dahulu. Namun, menggunakan nasi akan memberikan keputusan yang lebih pantas berbanding beras.

Nampak macam simple je kan? Tapi impaknya sangat besar. Betapa selama ini ramai di antara kita terlalu alpa dan ikutkan perasaan dalam mendidik zuriat yang diamanahkan. Lepas ni kita sama-sama memperbaiki diri dalam mencorak anak-anak kita.

Tiada istilah terlambat selagi kita ingin berusaha untuk berubah kepada yang lebih baik. Yang penting sentiasa positif dan baiki kekurangan atau kesilapan yang telah lalu.

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

6 thoughts on “Kenapa Ibu Bapa Sangat Ditegah Menjerit & Menengking Anak Kecil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge