• Putrajaya, Malaysia
  • April 27, 2024

Anemia sering dialami oleh para ibu sewaktu kehamilan. Apa yang perlu dirisaukan ialah ia bukan sahaja memudaratkan para ibu, malah boleh membahayakan janin yang sedang dikandung.

Saya pernah terkena Anemia sewaktu mengandung anak no-2. Mula-mula tu best jer tengok sticker putih pada buku pink rekod kehamilan. Sticker putih ni adalah petanda kehamilan yang tiada sebarang masalah, risiko rendah.

Tapi bila bacaan Hb (Hemoglobin) berapa pada paras 11 gram/dL ke bawah, terus nurse tampal sticker kuning kat buku tu. Adehhh, tak suka betul…hehehe. Tapi kene lebih berwaspadalah. Sentiasa memastikan bekalan zat besi yang diambil tu mencukupi.

 

14 Jenis Makanan Tambah Darah Sewaktu Kehamilan

 

Pisang dapat bantu pengidap anemia untuk meningkatkan bacaan Hb.

 

1. Pisang

Pisang kaya dengan asid folik yang sangat bagus bantu perkembangan dalam pertumbuhan janin serta penghasilan sel-sel baru. Ibu hamil boleh mengamalkan 2 biji pisang sehari.

 

2. Daging Merah

Tahukah anda bahawa kandungan zat besi daripada sumber haiwan lebih mudah diserap oleh tubuh berbanding sumber lain? Daging merah sangat disyorkan pengambilannya sewaktu hamil kerana tinggi kandungan zat besi.  Tapi pastikan ambil dalam kuantiti yang sederhana mengikut keperluan tubuh.

 

3. Brokoli

Brokoli bukan sahaja kaya dengan zat besi dan asid folik, malah tinggi dengan anti-oksidan yang bantu tubuh untuk melawan penyakit dan jangkitan. Bila imun tubuh meningkat, para ibu akan menjadi semakin sihat.

 

4. Hati

Hati ayam dipercayai dapat menambah kepekatan darah. Namun ambillah secara terkawal.

 

5. Bayam

Bayam merupakan antara sayuran hijau terbaik bagi pengidap Anemia ketika hamil. Bayam merah atau hijau membekalkan Asid Folik dan Zat Besi pada tubuh dengan baik.

 

 

kekacang bantu tambah darah pengidap anemia semasa hamil

6. Kekacang

Kekacang adalah antara makanan ringan yang baik untuk menambah darah. Ambillah kekacang sebagai snek di antara waktu makan utama.

 

7. Kurma

Kurma adalah makanan sunnah yang sangat baik untuk menambah darah. Di samping itu, sifatnya yang mudah hadam kerana merupakan gula ringkas membolehkan para ibu hamil mendapat tenaga segera. Rasanya pun sedap.

 

8. Kismis

Kismis merupakan buah anggur yang dikeringkan. Ia merupakan salah satu snek pilihan yang sangat baik untuk kesihatan. Pada masa yang sama, dapat meningkatkan jumlah darah ibu hamil.

 

 

madu bantu tambah darah pengidap anemia semasa hamil

 

9. Madu

Sekiranya para ibu telah disahkan mengalami anemia, pastikan madu menjadi amalan yang diambil secara harian. Madu boleh digunakan menggantikan gula dalam makanan dan minuman.

Namun, pastikan madu yang diambil adalah madu asli, bukannya sintetik atau ditambah gula.

 

10. Oat

Oat dapat membekalkan mineral dan zat besi yang diperlukan oleh tubuh. Ianya sangat baik untuk wanita hamil kerana turut membantu sistem pencernaan. Di samping itu, oat turut mudah dicernakan oleh badan.

Untuk mempelbagaikan selera, boleh tambah kekacang, kismis, kurma atau madu ke dalam oat. Sedap dan berkhasiat.

 

 

buah delima bantu tambah darah pengidap anemia semasa hamil

 

11. Buah Delima

Buah delima agak popular juga di kalagan ibu hamil. Ia dapat bertindak mengekalkan jumlah sel darah merah. Kandungan zat besinya pula dapat mengurangkan gejala anemia.

 

12. Telur

Dalam sebiji telur, bahagian telur kuning sahaja yang mengandungi nutrien termasuk zat besi yang diperlukan oleh pengidap anemia. Amalan memakan kuning telur dapat bantu mengekalkan hemoglobin sekaligus menambah kandungan dalam darah.

 

13. Kerang

Kerang memang terkenal sebagai makanan penambah darah. Pelbagaikan menu kerang supaya kita tidak mudah jemu.

 

 

VitaLea sumber zat besi semulajadi

14. VitaLea

VitaLea merupakan multivitamin semulajadi yang kaya dengan 28 jenis mineral dan vitamin termasuk Zab Besi yang sangat diperlukan oleh tubuh kita. VitaLea juga agak popular sebagai energy booster.

 

Testimoni VitaLea Bantu Tingkatkan Bacaan Hb Semasa Hamil

 

VitaLea bantu tambah darah masa mengandung

 

VitaLea bantu tambah darah masa mengandung

 

VitaLea bantu tambah darah masa mengandung

 

VitaLea bantu tambah darah masa mengandung

Sekali lagi diingatkan kepada ibu yang sedang hamil, jangan pandang ringan tentang bacaan Hb ni. Sekiranya telah disahkan mengidap Anemia, perlulah segera mengambil langkah berjaga-jaga dan amalkan pemakanan yang kaya Zat Besi. Anemia yang serius sangat berbahaya dan boleh mengancam kesihatan ibu dan nyawa bayi.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

2 thoughts on “14 Tips Merawat Anemia Secara Semulajadi Supaya Kelahiran Tidak Berisiko

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge