• Putrajaya, Malaysia
  • May 5, 2024

Gastrik ni biasanya menyerang orang yang tak berapa menjaga waktu makan. Mungkin dek kerana terlalu sibuk atau sebab nak jaga badan. Yang melakukan diet melampau pun turut terdedah kepada serangan gastrik. Pada bulan puasa ni pun, kes gastrik turut meningkat.

Sebelum tu, saya nak share sebuah video daripada Puan Fara Hana yang berkongsi pengalaman beliau yang sengsara 10 tahun mengidap gastrik kronik dan macam mana beliau boleh keluar daripada masalah gastrik beliau.

 

 

Apakah Gastrik?

Gastrik atau di dalam istilah perubatan, ia dikenali sebagai gastritis, merupakan sejenis keradangan pada mukosa/pengalas/dinding perut yang mempunyai rawatan efektif.

Biasanya keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi punca utama kebanyakan ulser perut.

 

Proses Penghadaman & Kaitan Bagaimana Berlakunya Gastrik

Apabila kita makan, daripada mulut, makann akan melalui saluran esofagus sebelum sampai ke perut.

Apabila sampai ke dalam perut, makanan ini akan di peroses dan dihadamkan sebbelum dibuang melalui usus.

Kalenjar pada dinding perut pada masa yang sama akan merembeskan jus gastrik termasuk enzin dan asid perut untuk proses pencernaan. . Salah satuu asid ialah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi.

Namun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.

Bila berlaku ketidakseimbangan asid di dalam perut, maka akan berlakunya gastrik.

Jangkitan bakteria H. pylori pada bahagian perut turut menjadi antara punca utama gastrik. Ia mampu hidup di dalam keadaan perut berasid dan mempunyai jangka hayat yang agak panjang.

 

Punca-punca Lain Gastrik

  1. Pengambilan alkohol berlebihan
  2. Pengambilan kokain
  3. Merokok
  4. Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naprofen.
  5. Gangguan autoimun
  6. Penyakit crohn
  7. Stress
  8. Radiasi dan kemoterapi
  9. Makan dan minum bahan-bahan menghakis seperti racun
  10. Rembesan asid gasterik yang berlebihan
  11. Pengaliran semula hempedu ke perut
  12. Jangkitan kuman/parasit terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya.
  13. Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang

 

Tips Pengidap Gastrik Bulan Puasa

  • Mengambil berat tentang pemakanan sewaktu sahur. Bukan disebabkan gastrik semata-mata tapi sahur merupakan amalan yang disunatkan.
  • Bersahur bukan pada waktu sebelum tidur tetapi menjelang imsak (melewatkan sahur)
  • Bersederhana sewaktu berbuka. Tidak makan secara berlebihan. Keadaan ini boleh sebabkan berlakunya pedih ulu hati.
  • Elak daripada makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan perut yang penuh. Makan berat, 3-4 jam sebelum tidur, manakala snek sihat yang ringan bagi mengalas perut sekurang-kurangnya 1 jam sebelum tidur. Jika tidak, usus yang sepatutnya berehat sewaktu tidur akan terbeban.
  • Elak tidur sebaik sahaja bersahur kerana boleh menyebabkan masalah penghadaman.
  • Jika alah terhadap makanan tertentu seperti cuka dan rempah, elakkan terus.
  • Elakkan makanan berlemak.
  • Hindarkan sayuran yang mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya.
  • Bersahur dengan makanan, bukan air sahaja supaya dapat mengisi perut yang telah kosong sewaktu tidur.
  • Amalkan solat terawikh supaya memudahkan proses penghadaman.

 

Raya pun dah tak lama juga ni. Jadi, sekiranya kita memang mempunyai masalah gastrik, jangan suka-suka hati sangat mengadap ketupat, lemak, rendang, gulai dan aneka juadah hari raya nanti. Yang merana badan, kita jugak. Makan sikit-sikit takpe, tapi beringat tau.

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge