• Putrajaya, Malaysia
  • October 12, 2024

Bagi ibu yang sedang mengandung, Anemia, HB Low atau kurang darah adalah istilah yang biasa diperkatan. Tidak kurang juga perkataan yang berkaitan seperti hemoglobin dan zat besi.

Semasa hamil, badan akan mengalami perubahan termasuk pertambahan jumlah darah sekaligus menyebabkan keperluan terhadap zat besi, sumber vitamin dan mineral lain turut meningkat.

Mungkin video perkongsian ini dapat memberi panduan kepada para ibu hamil yang berkemungkinan  mempunyai risiko mendapat Anemia:-

 

 

 

Apakah Hemoglobin?

Hemoglobin merupakan protein dalam sel darah merah yang berfungsi mengangkut oksigen ke sel-sel lain dalam badan.

 

Apakah Anemia?

Anemia boleh didefinisikan sebagai satu keadaan yang mana apabila sel darah merah iaitu jumlah hemoglobin (Hb) di dalam darah berkurangan daripada bacaan normal.

Dalam kes kehamilan, apabila kandungan telah masuk ke fasa trimester ke-2 dan ke-3, keperluan zat besi akan meningkat daripada biasa. Sebab itulah, kalau kurang pengambilan zat besi, maka risiko mendapat Anemia sangat tinggi (bacaan Hb 10 gram/dL ke bawah).

 

kepentingan menjaga bacaan hb
Bacaan normal hemoglobin dalam badan.

 

Apakah Mild Anemia?

Mild Anemia adalah perkara yang normal yang berlaku ekoran dalam fasa kehamilan, maka demand tubuh dan pertambahan darah akan berlaku.

Namun demikian, sekiranya para ibu mengalami Anemia yang teruk pada fasa pertama dan ke-dua kehamilan, risiko yang mungkin terjadi ialah  pre-term delivery atau low birth weight baby.

 

Golongan Yang Berisiko Mendapat Anemia

  1. Hamil lebih dari seorang
  2. Muntah secara kerap (morning sickness)
  3. Mengalami 2 kali kehamilan yang terdekat
  4. Mengalami pra-kehamilan darah yang banyak seperti haid
  5. Tidak mengambil zat besi yang mencukupi

 

Simptom Anemia Semasa Fasa Kehamilan

  1. Jantung berdegup kencang
  2. Berasa sesak nafas
  3. Berasa letih dan lemah
  4. Mengalami keguguran
  5. Risiko mengalami penyakit berjangkit
  6. Ibu boleh berasa pitam dan mudah pitam/pengsan
  7. Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
  8. Kulit kelihatan pucat lesi

 

Kesan Anemia Terhadap Bayi Dalam Kandungan

  1. Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
  2. Mati ketika dilahirkan atau stillbirth
  3. Intrauterine growth restriction (IUGR) atau pertumbuhan janin terbantut
  4. Asphyxia atau bayi lemas semasa lahir
  5. Berat bayi yang lahir kurang daripada 2.5 kg

 

Anemia ni tak boleh dipandang ringan. Sebab tulah setiap kali checkup, nurse mesti akan check Hb para ibu. Kalau bacaan Hb berada di bawah paras normal, memang para ibu akan berada di bawah pemantauan pihak klinik/doktor. Anemia yang serius bukan sahaja membahayakan para ibu, malah turut mengundang risiko kepada bayi.

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge