• Putrajaya, Malaysia
  • April 27, 2024

Manggo lassi ni adalah salah satu minuman kegemaran incik suami. Kalau makan kat kedai nasib arab, memang air manggo lassi ni lah yang wajib order. 

Biasanya air ni berharga dalam RM 6-7 satu gelas. Nak minum puas-puas, baik bikin sendiri. Macam biasalah cara saya, campak-campak, siap! Hehe. Kali ni sukat pakai mug dan sudu besar jer.

 

Bahan-bahan Manggo Lassi

2 mug mangga yang telah dipotong isinya, biasanya

1 1/2 mug ais

1 mug susu segar

1 mug air kosong

2 sudu besar gula (kalau mangga dah manis, tak perlu letak gula atau kurangkan)

3 sudu besar plain yogurt

 

Resipi Manggo Lassi

 

 

Cara-cara Membuat Manggo Lassi

Campur semua bahan di dalam blender, kisar sehingga ais hancur dan semua bahan sebati.

Tambah ais jika suka.

 

Nota: Pastikan guna blender yang khas untuk kisar ais, kalau takde, boleh kisar dengan air sejuk atau masukkan ais kemudian.

 

cara buat manggo lassi

 

Tadaaaa…..dah siap si manggo lassi. Saya pakai mug kat bawah ni nak sukat semua bahan. Senang weh…hehe

cara buat manggo lassi
Percaya tak, kitaorang suami isteri, sekali hadap jer satu blender manggo lassi tu…nyaman dan puas hati…

 

Nanti free, karang cubalah. Bahan-bahan tu boleh buat lebih dan kurang ikut selera masing-masing. kalau nak manggo lassi yang lebih berkhasiat, boleh tambah dengan 1 sudu besar ESP, Meal Shake dan Performance Drink. Perghhh…tak makan nasi ler jawabnya 😛

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

6 thoughts on “Resipi Manggo Lassi Mudah, Sedap & Berkhasiat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge