• Putrajaya, Malaysia
  • April 26, 2024

Bagi penderita penyakit gout, di antara perkara penting yang perlu dititik beratkan adalah dari segi pemakanan. Silap makan je, memang mudah sangat nak kene serangan gout ni. Dan-dan tu jugak boleh kene.

Gout berlaku apabila kandungan dan kepekatan asid urik menjadi tinggi di dalam badan.

Sebenarnya terdapat beberapa jenis makanan yang mengandungi protein yang tinggi dan menghasilkan satu bahan yang dinamakan “purine” dan kemudiannya ditukarkan kepada sejenis bahan yang dikenali sebagai “uric acid” atau asid urik.

 

 

cara rawat gout

 

 

Makanan Yang Tidak Digalakkan Kepada Pesakit Gout

Di antara makanan yang perlu dikurangkan atau dielakkan terus oleh pengidap gout ialah:-

1) Makanan Laut (Seafood)

  • Ikan bilis
  • Tuna (dalam tin)
  • Sardin (dalam tin)
  • Mackerel/ikan kembung (dalam tin)

2) Shellfish, Mussels (Kupang), Scallops (Kerang), Sotong

3) Udang

4) Nuts (Kulit Keras) / Beans (Kekacang)

  • Kacang Putih
  • Kacang Soya (Tau Fu Fa)
  • Daal
  • Sambal
  • Petai

5) Organ Dalaman (Internal Organs)

  • Hati (Liver)
  • Jantung (Heart)
  • Buah Pinggang (Kidneys)
  • Limpa (Spleen)

6) Kambing / Daging Merah

 

Bagaimana Gout Terjadi

Gout boleh berlaku apabilavkandungan asid urik yang tinggi di dalam badan tadi akan menjadi tepu. Akhirnya akan terbentuk pula kristal (seperti pasir-pasir kecil) di dalam lendiran sendi dan akan menyebabkan sendi-sendi sudah tidak dapat dibengkokkan serta akan menyakitkan.

Selain daripada itu, akibat pembentukan kristal dalam lendiran sendi ini juga boleh menyebabkan terjadinya radang yang seterusnya menyebabkan kawasan tersebut menjadi bengkak kemerahan serta panas.

Pada kali pertama serangan gout, sendi yang sering terlibat ialah sendi pada kawasan ibu jari. Namun demikian, ia boleh juga menyerang bahagian lain seperti tumit, siku dan lutut.

Sekiranya berlaku peningkatan tahap gout yang terlalu tinggi, ia akan menyebabkan pembentukan kristal yang lebih besar (dipanggil “tophi”) sehingga boleh mencacatkan sendi tersebut.

Rentetan daripada berlakunya peningkatan asid urik yang terlalu tinggi, ia juga boleh menyebabkan  masalah batu karang yang seterusnya membawa kepada masalah buah pinggang.

 

Vivix Bantu Pesakit Gout

 

cara rawat gout

 

 

cara rawat gout

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

6 thoughts on “6 Jenis Makanan Utama Jadi Penyebab Gout

  1. Ramai orang suka sangat untuk makan ikan bilis termasuk aku. Sekarang dah tau gout boleh dijadikan oleh ikan bilis, maka I perlu kurangkan makanan ini buat masa sekarang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge