• Putrajaya, Malaysia
  • May 2, 2024

Bersedekah adalah di antara amalan yang sangat dituntut pada bulan Ramadan yang penuh kemuliaan ni. Salah satu cara untuk kita bersedekah adalah dengan memberi makan kepada orang lain, tak kiralah orang miskin, sahabat handai, jiran tetangga malah ahli keluarga sendiri.

Kalau nak beri makan pada orang lain tu, kalau mampu, boleh buat dalam bentuk jamuan atau mengajak mereka berbuka puasa di rumah. Namun jika kita mempunyai kekangan masa atau kewangan, boleh jer kalau kita menyediakan atau membeli kuih-muih dan dihantar kepada mereka yang berkenaan. Boleh juga dihantar ke surau atau masjid-masjid berdekatan.

 

 

Amalan yang dituntut pada bulan Ramadan
Menu berbuka puasa di rumah mak saudara saya, ni baru separuh, ada lagi menu yang tak termasuk dalam gambar…hehe

 

Berdasarkan hadis riwayat At-Tarmizi, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang memberikan hidangan berbuka puasa kepada orang lain yang berpuasa, ia akan mendapatkan pahala orang tersebut tanpa sedikit pun mengurangi pahalanya”.

Teringat pula pada mak saudara saya yang boleh dikatakan pada tiap-tiap tahun akan jemput kami adik beradik berbuka puasa kat rumah beliau. Kebetulan saya 3 beradik, walaupun berkahwin dengan orang sama negeri, tapi semuanya bekerja kat sebelah Putrajaya ni.

Mak saudara saya ni adalah adik bongsu mak kami dan memang dari kecil lagi kami rapat. Cuti sekolah mesti pergi berjalan atau lepak kat rumah beliau.

Satu tabiat mak saudara saya ni, kalau beliau nak masak, bukan reti nak buat 1-2 jenis menu. Mesti 3 ke atas. Macam petang semalam, dengan gulai ayamnya, kacang panjang goreng bersama hati, ikan tongkol masak singgang, ikan goreng, sambal belacan, salad, telur masin, nekbat, agar-agar talam cendol, rojak buah, bubur ayam.

Air bandung dan air oren. Lepas tu air milo panas plak.

Menu yang kitaorang bawa pulak, murtabak daging dan ayam, popia, air tebu dan buah tembikai.

Ditambah menu yang jiran kasi, lontong Johor serta bubur kacang durian. Ke bubur kacang ni mak saudara saya juga yang masak? hehehe

Pengsan!!! Tapi Alhamdulillah, rezeki. Makan sekadar boleh diisi oleh perut.

Malam sebelumnya tu saya tidur di rumah kakak ipar. Join sahur, Makanan pun tak kurang meriahnya. Ada gulai ikan jenahak (errr…ingat-ingat lupa tapi macam ikan merah), paru goreng sambal, sambal tumis udang, sotong masak merah tapi ala kicap jugak, telur dadar, kobis goreng, pun ada murtabak dan samosa.

Air teh O. Lepas tu, abang ipar kitaorang bikin dia punya signature, teh tarik yang memang ummmpphhh!!! Terlupa plak saya nak snap gambar.

Time berbuka hujung minggu lepas pun meriah gak.

Semoga mereka yang rajin menjamu selera kepada orang lain ni dilimpahkan rezeki yang mencurah-curah dan diberi rahmat berpanjangan. Berebut-rebutlah kita melakukan amalan yang disukai Allah pada bulan yang mulia ni. Allah dah janjikan pahala dan ganjaran yang berlipat kali ganda.

 

 Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

10 thoughts on “Amalan Yang Sangat Dituntut Pada Bulan Puasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge