• Putrajaya, Malaysia
  • May 2, 2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂

 

Jeruk ni kalau diikutkan hampir semua golongan yang gemarkan, tak kira lelaki atau perempuan. Tapi biasanya ibu yang mengandung pada trimester pertama selalu menjadikan jeruk sebagai makanan penahan loya.

 

 

jeruk-buah-pala

 

Namun, tahukah anda bahawa makanan jeruk yang biasanya daripada buah-buahan lebih banyak memberi kemudaratan kepada tubuh badan kita?

 

Bahaya Makanan Jeruk

 

Di antara keburukan makanan jeruk ialah:-

 

1) Zat  Hilang

Vitamin yang sepatutnya ada di dalam buah-buahan jeruk telah terhakis ekoran daripada proses pengawetan atau menjeruk yang berpanjangan.

 

2) Gula dan Garam Berlebihan

Makanan jeruk selalunya mengandungi gula dan garam yang berlebihan dan boleh mengakibatkan penyakit-penyakit berbahaya kepada kesihatan.

 

3) Bahan Berbahaya

Sesetengah pengilang menggunakan formalin iaitu bahan pengawet mayat untuk menjeruk makanan atau buah-buahan.

Ada juga yang menggunakan bahan pengawet asid benzoik secara berlebihan.

Selain daripada itu, kebanyakan jeruk yang diawet turut mengandungi bahan pewarna tambahan yang berlebihan.

 

4) Kesan Terhadap Kesihatan

Bahan formalin ini juga menjadi punca meningkatnya risiko mendapat kanser.

Selain daripada itu, makanan jeruk juga boleh menyebabkan alahan, kecacatan bayi dan kurang daya imun.

Asid di dalam jeruk pula boleh merosakkan hati dan jantung.

Manakala gula dan garam yang berlebihan boleh mengundang penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.

 

Tips Pengganti Jeruk

 

Bagi mereka yang ingin membuka selera atau yang ingin mengurangkan loya, boleh menggantikan makanan jeruk dengan yogurt. Yogurt sangat baik kerana mengandungi sumber protein, kalsium, vitamin dan lemak yang baik.

Selain itu, rojak buah juga boleh menjadi alternatif terbaik pengganti jeruk kerana kaya dengan vitamin, mineral, serat dan zat-zat lain.

Bagi ibu yang mengalami morning sickness pula, boleh mencuba Peppermint Ginger Plus untuk mengurangkan rasa loya.

 

Tips Shaklee

 

Kalau anda dah rasa insaf, tak mahu dah makan makanan berbahaya macam ni….hehehe dan nak berikhtiar menyingkirkan toksin serta bahan berbahaya dari badan, vitamin untuk detox yang boleh dipilih ialah Alfafa, Herblax dan DTX Complex.

 

Vitamin yang kaya anti-oksidan yang boleh membantu menuetralkan radikal bebas di dalam tubuh pula ialah Vivix, Vitamin A (Carotomax), Vitamin C, Vitamin C.

 

Buatlah pilihan yang bijak untuk kesihatan anda.

 

Terima kasih 🙂

 

iR Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019-937 7380
Shaklee ID: 1001144

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

6 thoughts on “Bahaya Makanan Jeruk

  1. Terimakasih artikelnya, memanglah lebih baik makan buah segar langsung yang jelas-jelas pasti sehat untuk tubuh dan manfaatnya insya allah terasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge