• Putrajaya, Malaysia
  • April 26, 2024

Tidak dapat tidak, semua orang sememangnya mempunyai parasit tidak kira sama ada yang berada di dalam atau di luar badan. Cumanya, adakah parasit tersebut masih terkawal atau telah berleluasa terutamanya di dalam badan. Jangkitan parasit terlalu mudah berlaku kepada semua orang, apatah lagi kalau tidak mengamalkan tabiat kebersihan.

Selain mengambil tahu tentang tanda-tanda badan telah dijangkiti parasit, kita juga perlu mendapatkan info tentang cara-cara parasit boleh masuk ke dalam tubuh agar langkah-langkah pencegahan dapat diambil lebih awal.

 

Cara Parasit Menjangkiti Badan Manusia

 

 

detoks parasit - cara parasit masuk ke dalam tubuh

 

Jangkitan parasit boleh diperolehi melalui salah satu atau lebih daripada senario berikut:-

  1. Daripada penghantaran kongenital (ibu kepada janin)
  2. Daripada barangan biasa yang telah tercemar
  3. Daripada orang lain, atau lebih kurangnya secara langsung (oleh najis atau secara seksual)
  4. Daripada jangkitan diri sendiri, kerana menggaru kawasan dubur yang boleh menyeret telur cacing daripada tangan ke mulut akibat tidak mencuci tangan dengan bersih setiap kali membuang air besar.
  5. Daripada tanah yang telah tercemar oleh najis manusia atau haiwan
  6. Daripada memakan daging mentah atau kurang masak yang telah tercemar
  7. Daripada memakan ikan mentah
  8. Makanan tradisional beberapa negara termasuk resipi mereka.
  9. Daripada air minuman yang tercemar.
  10. Daripada haiwan peliharaan yang mempunyai parasit.
  11. Daripada tanah, tanah basah atau pasir dengan berjalan kaki ayam atau menggunakan kasut dengan kaki terbuka.
  12. Daripada sayur-sayuran dan buah-buahan yang tercemar.

Kita memang mudah mendapat jangkitan parasit daripada sayur-sayuran dan buah-buahan yang tidak dibasuh dengan sempurna sebelum makan.

Ramai yang beranggapan, apabila mengamalkan pemakanan sayur dan buah organik, maka ianya adalah 100% selamat sebab dah tak guna racun perosak atau bahan kimia.

Namun, yang kita terlepas pandang ialah bahayanya muncul apabila terdapat telur atau larva cacing yang terdapat pada tanah melalui sisa haiwan, daripada kompos yang mereput secara semulajadi dan juga baja.

Terdapat telur cacing, seperti Ascaris yang boleh hidup di dalam tanah di bawah suhu yang melampau selama 5 tahun.

 

Oleh itu, amalkanlah tabiat menjaga kebersihan. Basuh sayur, buah dan makanan yang berkaitan dengan bersih sepenuhnya sebelum dimakan.

Selalu terapkan budaya mencuci tangan sebelum makan dan minum serta setiap kali selepas ke tandas ke dalam diri anak-anak.

Sesuatu yang sering dilakukan akan menjadi tabiat dan turut diwarisi ke atas satu generasi kepada generasi seterusnya. Sebab tulah budaya menjaga kebersihan ni bermula dari rumah.

 

Berminat nak join group detoks parasit di bawah kelolaan saya?

Whatapps ke 019-9377380

Jom kita detoks parasit ramai-ramai:)

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

9 thoughts on “Detoks Parasit; 12 Cara Bagaimana Kita Boleh Mendapat Jangkitan Parasit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge