Selalunya kita dah biasa dengan istilah detoks kan? Selalu orang nak kurus, memang amalan detoks ni. Detoks atau detoksifikasi ialah suatu proses pembersihan tubuh dari segala macam kotoran dan racun-racun yang sengaja atau tanpa kita sedar telah masuk ke dalam badan kita dalam jangka masa yang lama.
Detoks merupakan proses penyingkiran bahan toksik, racun, lemak atau bahan buangan daripada tubuh manusia. Badan kita sememangnya mempunyai sistem detoksnya yang tersendiri iaitu hati, usus dan ginjal.
Puasa merupaan satu kaedah detoks. Apabila kita berpuasa, badan kita akan melakukan proses detoks secara semulajadi.
Detoks ni dilakukan bertujuan bagi memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan kulit menjadi bersih serta segar. Di samping itu, detoks juga dapat memastikan agar buah pinggang dapat berfungsi dengan sewajarnya.
Apakah Pula Parasit?
Parasit dalam tubuh kita ni merupakan sejenis penyakit yang tersembunyi.
Disebabkan simptom-simptom jangkitan parasit ni seakan sama dengan simptom penyakit yang lain, jadi ramai yang tak sedar yang badan mereka bermasalah akibat parasit.
Parasit ni merupakan mikroorganisma yang masuk ke dalam tubuh kita dan hidup serta membiak dengan memakan nutrien badan kita dan seterusnya meninggalkan toksin dalam badan kita.
Ibarat pokok penumpang yang berjenis parasit, dia semakin segar, gemuk dan sihat, pokok tumpangannya pula semakin kecut, tak bermaya dan akhirnya boleh mati. Macam tetamu yang tak diundang pun ya.
Jenis-jenis Parasit Yang Menyerang Manusia
Di antara jenis-jenis parasit yang sering dijumpai di dalam tubuh manusia ialah:-
1) Cacing Gelang (menyerang usus, otak dan hati)
2) Anisakis (cacing dalam ikan dan biasanya berpindah ke dalam usus manusia apabila makan ikan mentah).
3) Cacing Tambang/Ancylostoma (paru-paru dan usus)
4) Askariasis (Cacing perut yang masuk melalui makanan tercemar atau otoran yang mengandungi telur cacing – membiak di dalam perut dan paru-paru)
5) Acanthamoeba (apabila tidak membersihkan contact lense) dan macam-macam lagilah.
Eeeuuuuwww!!!! Tak sanggup rasanya nak bayangkan yang kita bela semua parasit ni dalam tubuh kita!
Oleh yang demikian, langkah pertama untuk mengelakan parasit masuk ke dalam badan adalah dengan menjaga kebersihan terutamanya persekitaran, makanan dan diri sendiri. Mudah kan?
Boleh whatapps ke 019-9377380 jika berminat nak join group detoks parasit di bawah kelolaan saya.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
seram pula tengok gambar parasit tu
Afiqah recently posted…RF3 World Firmax3 Malaysia
Kannn, geli pun yer