• Putrajaya, Malaysia
  • April 29, 2024

Orang yang nak kurus sering mengelak daripada mengambil karbohidrat, sehinggakan ada diet yang elak karbohidrat sama sekali. Sedangkan karbohidrat ni tetap diperlukan oleh tubuh. Jadi kalau diet rendah karbohidrat masih boleh diterima pakai kerana tidak meminggirkan karbohidrat terus.

 

Pilih karbohidrat kompleks

 

Karbohidrat adalah bahan mentah yang memberi kuasa kepada tubuh kita. Kita memerlukan karbohidrat untuk membuat gula bagi menghasilkan tenaga.

Karbohidrat terbahagi kepada dua jenis iaitu karbohidrat ringkas dan karbohidrat kompleks.

Apakah perbezaannya?

Karbohidrat ringkas seperti bahan api yang cepat terbakar. Ia dipecahkan menjadi gula. Kita perlu mengawal dan memastikan pengambilan karbohidrat ringkas kurang diambil dalam diet harian kita.

Karbohidrat kompleks pula merupakan pilihan yang lebih baik. Ini kerana ia mengambil masa yang lebih lama untuk dipecahkan oleh tubuh.

 

Panduan Memilih Karbohidrat Sihat

#1: Lihat Label (Termasuk Tulisan Halus Di Bawah Kandungan)

Label nutrisi makanan biasanya merupakan cara yang paling mudah untuk kita mengesan gula tambahan, sumber karbohidrat ringkas yang kita ingin kurangkan pengambilannya.

Lihat perkataan yang berakhir dengan  “OSE”.

Nama kimia bagi gula ialah sukrosa (sucrose). Nama-nama lain yang anda mungkin pernah lihat termasuklah fruktosa (fructose), dekstrosa (dextrose), dan maltosa (maltose).

Semakin ke atas senarai semua bahan-bahan ni, semakin tinggi kandungan gula tambahan yang terdapat di dalam makanan tersebut.

 

#2: Perlukah Mengelak Karbohidrat Ringkas

Ia bukanlah sesuatu yang mudah! Makanan yang telah diproses dengan gula tambahan secara amnya merupakan pilihan yang tidak begitu sihat, ia benar.

Tetapi karbohidrat mudah juga terdapat secara semulajadi di dalam sesetengah makanan yang merupakan sebahagian daripada diet yang seimbang.

Sebagai contoh, kebanyakan susu dan produk tenusu yang lain mengandungi laktosa, atau gula susu.

 

#3: Bijak Memilih Roti

Adakah sebuku roti mempunyai karbohidrat kompleks yang baik untuk kita?

Ia sebenarnya bergantung kepada bijirin yang digunakan untuk membuatnya.

Carilah roti yang mengandungi bijirin penuh (whole grain bread). Barli, rai (rye), oat dan gandum adalah beberapa pilihan bijirin penuh yang baik untuk tubuh kita.

 

#4: Bagaimana Dengan Buah-buahan?

Buah-buahan memang manis kan? Jadi sudah pasti mempunyai karbohidrat ringkas, betul tak?

Ianya memang betul tetapi ianya masih merupakan pilihan yang sihat.

Ini kerana buah-buahan mengandungi serat yang dapat membantu melambatkan proses kerosakan gula. Lagi bagus kalau yang mempunyai sumber nutrian yang baik sepseti Vitamin C dan Kalium.

Buah-buahan yang boleh dimakan bersama kulit dan biji seperti pear, epal dan buah beri sangat tinggi dengan serat.

 

#5: Perhatikan Minuman Kita

Air soda/berkarbonat yang kita minum sering menjadi sumber karbohidrat ringkas yang tidak disedari (sneaky).

Ini kerana, minuman soda yang bukan diet mengandungi pemanis, biasanya tinggi dengan sirap jagung frukrosa (high-fructrose corn syrup).

Ia biasanya merupakan bahan pertama yang disenaraikan di dalam label nutrisi makanan. 12 auns air soda biasanya boleh mengandungi 39 grams karbohidrat, semuanya datang dari gula di dalamnya.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: KurusLangsingSebelumRaya

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

4 thoughts on “Panduan Membuat Pilihan Tepat Karbohidrat Sihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge