• Putrajaya, Malaysia
  • May 3, 2024

Sebelum ini, saya da berkongsi tentang 2 perkara utama dan yang paling penting untuk menjadi kurus sekaligus menurunkan berat badan. Ianya melibatkan pembakaran kalori harian kita.

Secara teorinya, apabila setiap 8,000 kalori yang terkumpul di dalam tubuh, atau dengan kata lain, tidak dibakar melalui senaman atau aktiviti fizikal, ia akan menaikkan berat badan kita sebanyak 1 KG.

Tips kekal sihat langsing

Oleh yang demikian, kalori yang diambil setiap hari perlu diseimbangkan dengan tenaga  yang digunakan setiap hari agar tidak timbul pula masalah pengumpulan lemak dalam badan.

“Banyak cara boleh kita lakukan untuk membakar kalori. Ia melibatkan aktiviti fizikal harian seperti berjoging, berenang, bermain squasy, membasuh kereta, berkebun, bermain tenis dan sebagainya.”

“Bagi wanita, melakukan kerja-kerja seharian di rumah seperti membasuh kain, mengelap lantai, memvakum permaidani atau naik turun tangga untuk mengemas, juga boleh membantu membakar kalori dalam tubuh. Tapi, perlu dilakukan secara konsisten,” tegas Nor Lizawati Che Lah, Pakar Pemakanan Hospital Pantai Ampang.

Mengikut statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dianggarkan 2.3 bilion orang dewasa akan mengalami lebihan berat badan manakala 200 juta bakal berdepan masalah obesiti menjelang 2015.

Melihat kepada faktor pemakanan generasi kini yang lebih tertumpu kepada makanan segera dan tidak mementingkan pengambilan makanan seimbang, ditambah pula budaya hidup yang leka dengan permainan komputer dan tidak melakukan aktiviti riadah, ianya mampu menjadi sebab kepada peningkatan masalah kesihatan.

Hakikatnya, terpulanglah kepada diri kita sendiri. Tepuk dada, tanyalah selera, tanyalah iman. Segalanya terletak di tangan kita.

Kalau kita mula melakukan aktiviti fizikal dan menjaga diet yang betul, perkara ini mungkin dapat diatasi atau dielakkan.

Semuanya terletak pada diri kita. Ini kerana kuasa untuk memilih ditentukan oleh tangan dan akal kita sendiri. Kita berhak untuk memilih hidup yang lebih sihat, ceria, gembira dan sempurna sekadar keperluan dan kemampuan kita.

Semuanya sangat mudah kerana ia dimulakan dengan diri kita sendiri. Malah boleh dilakukan di rumah tanpa mengeluarkan sebarang kos. Tak perlu pening-pening dah nak bakar kalori lepas ni. Setkan minda yang kita boleh dan mampu untuk melakukannya.

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: KurusLangsingSebelumRaya

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

8 thoughts on “Tips Bakar Kalori Dalam Aktiviti Seharian Kita

  1. suka kalau berlari anak selalu itu saya akan buat dari ke depan sampai lari ke dapur heee..kelakar rasanya kalau ingatkan balik..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge