• Putrajaya, Malaysia
  • May 3, 2024

Smoothie adalah salah satu pilihan menu sihat untuk memastikan badan kekal langsing. Smoothie yang mengandungi perisa buah-buahan semula jadi yang tinggi serat serta dicampur bersama bahan-bahan yang rendah lemak, turut dapat bantu mengurangkan dan mengelakkan masalah perut buncit.

Smoothie ni sesuai diambil sewaktu sarapan pagi, tengahari atau sewaktu bersantai (snack time). Jadikan meminum smoothie ni sebagai amalan bagi memastikan perut sentiasa kempis serta badan kita kelihatan langsing.

 

 

cara kurus langsing perut kempis - resipi smoothie epal sihat

 

#1: Resipi Langsing Smoothie Epal

Bahan-bahan:-

1/2 cawan susu soya

3/4 cawan yogurt perisa vanilla

1 sudu rempah pai epal

1 biji buah epal yang dipotong dadu dan dibuang kulit

2 sudu mentega

Kiub ais

Cara-cara:-

Kisar semua bahan dalam mesin pengisar selama 1 minit. Hidangkan ke dalam gelas bersama sudu.

 

 

 

cara kurus langsing perut kempis - resipi smoothie mangga sihat

 

#2: Resipi Langsing Smoothie Mangga

Bahan-Bahan:-

1/4 cawan buah mangga dipotong kiub

1/4 cawan buah avocado ditumbuk

1/2 cawan jus mangga

1/4 cawan yogurt vanilla tanpa lemak tambahan

1 sudu perahan jus limau kasturi

1 sudu gula

6 ketul kiub ais

Cara-cara:-

Campurkan semua bahan dan kisar ke dalam mesin pengisar hingga lembut dan sebati. Hidang bersama sepotong mangga atau buah strawberi untuk lebih enak.

 

 

 

tips kempiskan perut dan kekal langsing

 

 #3: Resipi Langsing Mentega Kacang dan Pisang

Bahan-bahan:-

1/2 cawan susu tanpa lemak tambahan

1/2 yogurt tanpa lemak tambahan

2 sudu mentega kacang

1/4 dari sebiji pisang

4 ketul kiub ais.

Cara-cara:-

Campurkan semua bahan ke dalam mesin pengisar. Kisar sehingga menjadi milky dan sebati. Hidang sejuk.

 

Teriur plak rasanya bila dah listkan resipi smoothie yang dapat bantu tubuh kita kekal langsing. Kalau nak lagi sihat, mungkin boleh buat sendiri ais tu menggunakan air masak. Yogurt pun, boleh pakai plain yogurt dan menukarkan gula putih kepada gula perang atau madu.

Cuma mungkin terdapat sedikit kelaianan rasa dia.

Apa-apa pun, jangan lupa mencuba resipi mudah, sihat dan berkhasiat ni tau. Sekali-sekala tukar selera, apa salahnya, ye tak?Anak-anak pun mesti suka.

Opss, lupa nak bagi tips penambahan zat lagi dalam smoothie nie. Boleh sangat kalau nak dicampurkan dengan ESP, Meal Shake, Cinch Shake dalam semua smoothie ni. Performance Drink pula boleh dicampurkan ke dalam Smoothie Mangga. Nak lagi berserat, tambah pula sedikit oat atau nestum.

Mesti rasa lagi terangkat, badan pun makin sihat dan langsing!

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: KurusLangsingSebelumRaya

Shaklee ID: 1001144

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge