• Putrajaya, Malaysia
  • May 1, 2024

Sebut tentang kencing manis ni, teringat saya pada arwah bapa saudara saya. Beliau terpaksa dipotong kaki akibat bacaan gula dalam darah yang tinggi menyebabkan kaki beliau terpaksa dipotong.

Orang yang ada kencing manis ni, imuniti tubuh mereka untuk melawan kuman sangat rendah.

Sebab tulah, kalau luka sikit jer, cepat sangat nak merebak. Jangkitan kuman pun mudah sangat nak berlaku.

Macam arwah bapa saudara saya, bila luka pada kaki beliau dah semakin merebak dan tidak dapat dikawal, maka kaki beliau terpaksa dipotong.

Belum sempat lagi nak memperkenalkan Vivix kepada beliau, ajal telah menjemput arwah.

Innalillahiwainna ilaihirojiun…Al-Fatihah. Semoga arwah pakcik saya ditempatkan di kalangan para solehin, sebagaimana arwah abang beliau iaitu ayah saya.

Jadi, bila suatu hari masa musim banjir yang lalu, apabila kawan saya menghubungi saya berkenaan kaki ayah beliau yang perlu didedeh/dikikis/dibuang bahagian yang buruk dan bernanah akibat kencing manis, tanpa teragak-agak saya terus mencadangkan Vivix.

Saya harap sangat, lepas ni dah takde dah pesakit kencing manis menerima nasib seperti bapa saudara saya.

Betul, ajal tu memanglah sudah ajal, kita memang kene terima dengan redha. Cuma yang penting, usaha dulu berikhtiar sehabis daya pun sama penting juga. Jangan hanya berserah pada takdir semata-mata.

Berbalik kepada cerita ayah kawan saya tu, kalau ikutkan, bacaan gula dalam darah ayah beliau adalah stabil, iaitu 4, sebelum terkena jangkitan kuman ni.

Tapi dek kerana mengharungi air banjir, tiba-tiba kaki beliau jadi teruk macam tu.

Kawan saya ni, tanpa membuang masa lagi, terus memesan sebotol Vivix untuk ayah beliau.

Apalah sangat RM 475 berbanding terpaksa tengok ayah beliau meneruskan hidup tanpa sebelah kaki.

Masa tu saya dah bagitau, kalau join ahli, harga lagi jimat, kalau ambil 2 botol terus, tersangatlah berbaloi, malah dapat cash bonus lagi.

Tapi kawan saya nak try 1 botol dulu.

Saya memang sentiasa bertanya khabar tentang ayah beliau.

Alhamdulillah sangat. Tak habis pun lagi 1 botol, kaki ayah beliau menunjukkan penyembuhan yang sangat ketara.

Dalam masa beberapa bulan, isi pada kaki ayah beliau dah tumbuh sepenuhnya.

Beliau siap share gambar kaki ayah beliau lagi dengan saya.

 

 

banjir punca luka diabetes

 

Walaupun saya memang rasa seram jer nak tengok gambar tu, jauh di sudut hati, saya tumpang bersyukur ayah kawan saya tu beransur sembuh.

Pasal potong kaki ni kan, kalau dah memang tak dapat nak dielakkan takpelah kan. Tapi kalau ada ikhtiar yang boleh kita buat, namun kita tak mahu mencuba, mesti akan rasa menyesal seumut hidup.

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Facebook: Naimah Wahab

Shaklee ID: 1001144

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge