• Putrajaya, Malaysia
  • November 2, 2024

Kajian Landmark atau iuh dikenali sebagai Landmark Study merupakan salah satu elemen penting untuk memastikan suplemen yang kita ambil tu benar-benar berkesan dan selamat.

 

Kenapa Landmark Study Sangat Penting?

Untuk mendapat taraf kesihatan yang sihat secara optimum adalah gabungan antara pengambilan nutrisi yang mencukupi dan cara hidup seseorang.

Malangnya pada zaman serba moden dan nak cepat aje ni, kita lebih suka memilih sesuatu yang serba segera.

Makan pun makanan segera, siap diproses dan juga yang disejukbekukan. Kerja-kerja rumah pun banyak dibantu oleh mesin, robot atau peralatan elektrik.

Kita? Duduk-duduk bersantai menonton televisyen sambil memakan kerepek atau makanan ringan, junk food lagi tu.

Daripada keadaan inilah, lama-kelamaan, badan mula menimbun lemak dan macam-macam penyakit yang berbahaya datang satu-persatu.

Daripada kes di atas ni, pelbagai usaha pihak yang mengeluarkan suplemen melakukan kajian bagi membuktikan yang produk mereka sangat berkesan untuk mengatasi pelbagai jenis masalah kesihatan.

 

 

cara pilih vitamin terbaik

 

Namun, kebanyakan kajian (study) yang dijalankan adalah dalam tempoh jangka pendek.

Selain daripada itu, hasil kajian tu selalunya bergantung kepada kesan terhadap satu-satu vitamin.

Sedangkan, kebiasaannya, setiap penyakit tu, nak terjadi akan ambil masa di antara 10-30 tahun, bergantung kepada corak pemakanan dan gaya hidup seseorang tadilah.

 

Berbalik kepada Landmark Study, kajian ini akan dijalankan ke atas 3 golongan iaitu:-

1) Golongan yang tidak mengambil sebarang vitamin

2) Pengamal suplemen jenama lain

3) Pengamal suplemen Shaklee

 

Semua golongan di atas ni adalah mereka yang menjaga pemakanan iaitu mengambil makanan yang berkhasiat serta mempunyai gaya hidup yang sihat.

Golongan 2 dan 3 pula adalah mereka yang mengamalkan vitamin lebih daripada 20 tahun.

 

Keputusan Landmark Study

Landmark Study ni dijalankan oleh pihak ke-3 yang tidak mempunyai sebarang kepentingan ke atas semua golongan di atas mahupun syarikat pengeluaran suplemen yang terlibat.

Semua keputusan kajian akan dipaparkan tidak kira sama ada memihak atau pun tidak kepada ketiga-tiga golongan yang terlibat.

 

Jadi, apakah hasil Landmark Study?

 

 

cara pilih vitamin terbaik

 

1) Shaklee Benar-benar Berkesan dan Selamat

Semua keputusan Landmark Study menunjukkan yang ianya memberi jawapan positif terhadap golongan yang mengamalkan vitamin Shaklee.

Jadi, apabila pihak Shaklee meletakkan jaminan yang produk mereka sentiasa selamat dan sentiasa berkesan, ia bukanlah saje-saje nak over claim atau syok sendiri.

 

2) Berhati-hati Memilih Suplemen

Di samping itu, ada perkara penting yang perlu diambil kira oleh kita yang baru nak berjinak-jinak dengan suplemen ni.

Pastikan yang produk tersebut benar-benar selamat. Jangan sebab nak vitamin yang murah, kita main taram jer apa-apa jenis vitamin tanpa mengambil kira kualitinya.

Kelak, mungkin kita terpaksa menanggung akibatnya. Elok-elok nak sihat, mudharat yang dapat. Minta dijauhkan-Nya.

Pilihlah suplemen kerana kualiti, bukna kerana harganya yang terlalu murah atau kerana agak glamer di pasaran.

 

3) Suplemen Adalah Satu Keperluan

Selain daripada itu, kita perlu sedar yang pada zaman sekarang ni, suplemen adalah satu keperluan.

Sangat perlu kita betulkan mentaliti kita yang apabila kita makan suplemen, Shaklee terutamanya, maka kita bebas nak makan apa sahaja jenis makanan.

Bukan Bukan Bukan macam tu ye.

Kalau rujuk kembali kepada hasil Landmark Study, orang yang tak makan suplemen tapi jaga pemakanan dan gaya hidup sihat pun boleh terdedah kepada risiko pelbagai jenis penyakit.

Apatah lagi kalau kita yang suka main langgar jer, ye tak?

Yelah kan, dengan faktor luaran seperti pencemaran, racun serangga, penggunaan bahan kimia, benih tanaman GMO dan pelbagai lagi yang memang di luar kawalan kita ni, lagilah tinggi risikonya.

Jadi, pengambilan suplemen ni adalah sebagai pelengkap nutrisi harian, menutup lompong-lompong yang wujud.

Sebab tulah, hasil Landmark Study ni sangat penting.

Ia mengambil kira kesan jangka panjang pengamal suplemennya.

Dah elok ambil makanan yang seimbang, amalkan gaya hidup yang sihat dan cergas, lengkapkan pula dengan suplemen Shaklee yang menjadi sebagai salah satu ikhtiar untuk menjadi sihat secara optimum.

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Facebook: Naimah Wahab

Shaklee ID: 1001144

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

6 thoughts on “Apa Yang Nak Dibuktikan Dengan Landmark Study

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge