• Putrajaya, Malaysia
  • April 26, 2024

Dalam proses nak menguruskan badan, kita sering mendengar istilah “Bakar Kalori” dan “Bakar Lemak”. Selalunya orang akan beranggapan yang kedua-duanya adalah perkara yang sama. Sebaliknya, bakar kalori dan bakar lemak adalah dua proses yang berbeza.

 

Bagaimana Proses Bakar Kalori & Bakar Lemak Berlaku

Bakar kalori bermaksud menggunakan kalori untuk memastikan metabolisma bekerja (melakukan kerja harian, jantung terus berdegup tanpa henti, baikpulih sel-sel mati, pertumbuhan).

Proses ini boleh dicapai dengan menggunakan sumber bahan bakar yang betul, iaitu benda yang kita makan (karbohidrat, lemak dan protein).

Sekiranya kita tidak cukup makan (kalori defisit), baru badan akan beralih kepada sumber bahan bakar alternatif.

Turutan proses pembakaran adalah seperti berikut:-

Glycogen Otot –> Glycogen Hati –> Asid Amino (Otot) –> Lemak

Jadi, kalau kita perhatikan kat sini, lemak adalah pilihan terakhir yang diambil oleh badan. Yang mana ia membawa maksud, sekiranya kita berdiet dengan cara yang salah, apa yang hilang mungkin sekadar otot semata-mata, bukannya lemak.

 

Cara Bakar Lemak Dan Kalori
Makanan seimbang diperlukan sewaktu berdiet

 

Apabila otot badan kita semakin berkurangan, metabolisma tubuh akan menurun. Seterusnya keupayaan tubuh membakar kalori turut merudum.

Berat nak naik kembali pun senang sebab otot yang hilang tu akan diganti semula apabila kita berhenti berdiet dan makan seperti biasa (ikut keperluan kalori asal). Malah berat kita mungkin boleh naik berkali-kali ganda.

Puncanya tadilah, sebelum berdiet, otot kita dapat berfungsi seperti biasa nak bakar kalori. Bila dah berdiet dengan cara salah seperti mengamalkan crash diet, otot pembakar kalori semakin tidak efisyen.

 

diet tidak sihat

Bila berlaku turun naik berat badan yang tidak stabil, inilah yang dikenali sebagai “Yo-yo Effect”.

Apa yang paling penting, kesihatan dan kurus yang optimun dapat dicapai dengan diet yang betul dan seimbang, senaman serta cara hidup yang sihat. Menjaga pergaulan di antara satu sama lain turut mempengaruhi tahap kesihatan kita.

 

 

Bahagia tanpa stress

Ini kerana, individu yang sering mengalami masalah dengan orang lain akan mudah menjadi stress. Stress pula adalah salah satu punca terbesar masalah kesihatan termasuklah menganggu misi kita mencapai berat badan ideal.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: KurusLangsingSebelumRaya

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

6 thoughts on “Perbezaan Antara Bakar Kalori & Bakar Lemak Yang Sering Disalahfaham

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge