• Putrajaya, Malaysia
  • April 28, 2024

Islam sangat menitikberatkan adab dan keserderhanaan dalam segala aspek kehidupan termasuklah dari segi pemakanan dan minuman. Yang pastinya sudah tentu ia mempunyai hikmah yang tersendiri untuk kesihatan tubuh badan kita. Adab makan dan minum sahaja pun dah sangat bermanfaat untuk kita.

Bersikap Sederhana Dalam Pemakanan

Menurut Tarmizi, Ahmad, Ibn Majah dan an-Nasai, Nabi Muhammad SAW bersabda, “Tidak ada bekas yang diisikan oleh anak Adam yang lebih keji daripada perut. Cukuplah bagi anak Adam beberapa suapan bagi membetulkan tulang belakangnya.

Dan sekiranya ia terpaksa melakukannya juga, maka satu pertiga untuk makanannya, satu pertiga untuk minumannya dan satu pertiga untuk nafasnya”.

Kekeyangan yang melampau ni akan menyebabkan nafsu bergelora dan akhirnya tubuh mudah dihinggapi penyakit. Selain daripada itu, kita akan mudah menjadi letih, mengantuk, malas beribadah serta tidak produktif. Apatah lagi nak jadi proaktif, ye tak?

 

Makanan Berkhasiat Perlu Diutamakan

Rasullullah sangat menyukai makanan yang berzat dan berkhasiat. Menurut Ibn Qaiyim al-Jauziyah, “Nabi Muhammad SAW memakan makanan yang biasa dimakan oleh orang-orang tempatan seperti daging, buah-buahan, roti, tamar dan sebagainya.

Sekiranya baginda tidak berselera makan sesuatu, baginda tidak menjamahnya dan tidak memaksa diri menjamahnya. Ini adalah asas penting dalam penjagaan kesihatan. Apabila seseorang dipaksa memakan sesuatu yang tidak disukainya, ia mendatangkan lebih banyak mudarat daripada manfaat.

Di samping itu, baginda suka minum madu lebah yang dicampur dengan air sejuk”

 

Cara Duduk Yang Membantu Penghadaman

Menurut Bukhari, Tarmizi dan Abu Daud, Nabi Muhammad SAW bersabda, ” Janganlah kamu makan sambil bersandar”.

 

 

Kebaikan adab makan Islam

 

Menurut Ibn Majah, Abu Daud dan an-Nasai, Nabi Muhammad SAW juga melarang seseorang makan dan minum dalam keadaan berbaring seperti yang disebut di dalam hadis nabi, ” Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang seseorang makan dalam keadaan berbaring di atas mukanya atau meniarap”.

Justeru itu, Roberto Larson Duyff (MS, RD, CFCS) dalam The American Dietetic Association’s Complete Food and Nutrition Guide menggalakkan ibu bapa mendidik anak-anak supaya makan sambil duduk.

Beliau tidak menggalakkan seseorang makan sambil berjalan, berdiri ataupun berbaring. Kedudukan yang betul semasa makan akan membantu proses penghadaman.

Rasulullah SAW juga melarang seseorang terus tidur sebaik sahaja sejurus lepas makan. Perbuatan ini boleh mengeraskan hati seseorang serta mendatangkan kemudaratan.

Selain daripada itu, sangat digalakkan berjalan selepas makan dan kalau boleh sehingga seratus langkah. Amalan ini akan menjaga kesihatan serta membantu tidur jika diamalkan selepas makan malam.

 

Wah, nampak tak indahnya tuntutan Islam dalam mengajar kita tentang kesihatan melalui pemakanan?

Kalau ikut kajian sains moden pun, orang yang mempunyai berat badan yang berlebihan ni biasanya mempunyai jumlah kalori dan lemak yang tidak diperlukan secara berlebihan. Dari mana semua ni datang?

Sudah pastilah kerana tabiat pemakanan kita yang tidak dijaga. Betul tak?

 

Nanti saya sambung lagi dalam siri 2 ye. Jangan lupa amalkan tips pemakanan dalam Islam ni tau. Mudah sebenarnya. Cuma perlu konsisten dan berdisiplin pada peringkat awal. Nanti kalau dah jadi tabiat, mesti kita sendiri yang enjoy!

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

4 thoughts on “Tips Kesihatan Islam; Sikap & Adab Dalam Pemakanan & Minuman (Siri 1)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge