• Putrajaya, Malaysia
  • November 2, 2024

Semua orang nak kurus dengan cepat. Kalau tak, takdelah keluar iklan ubat kurus tanpa perlu berdiet dan bersenam. Ni belum kira lagi teknik kurus pelbagai cara yang dikongsikan bagi menarik perhatian orang ramai. Akibat nak kurus cepat juga, ramai antara kita yang terancam nyawa akibat mengambil ubat kurus yang mempunyai kandungan bahan terlarang. Malah ada yang mengalami masalah kesihatan kerana mengikuti program atau teknik kurus cepat secara membuta tuli. Tapi, tahukah anda yang terdapat cara kurus dengan cepat tanpa risiko berbahaya?

 

This image has an empty alt attribute; its file name is Kurus-Dengan-Cepat-571x400.png

Tips Kurus Dengan Cepat #1: Jaga Pemakanan

Untuk kuruskan badan, perkara pertama yang perlu kita perhatikan adalah pemakanan. Ini kerana untuk kurus dengan cepat, ia bergantung kepada 80% pemakanan kita, manakala 20% lagi adalah aktiviti fizikal termasuk sosial dan pengurusan stress.

Kalau berhajat nak kurus dengan cepat, pastikan kawal serta kurangkan pengambilan makanan yang tinggi garam, gula, lemak serta yang mengandungi bahan-bahan tambahan sintetetik. Makanan  dan minuman segera serta proses menjadi antara punca utama berat badan sukar nak turun. Jajan atau makanan ringan pun kita perlu kawal. Kalau boleh elak terus, lagi bagus.

Pastikan ambil real food. Lebihkan sayur, buah dan bijirin sihat. Kalau dapat ambil makanan organik serta daripada produk-produk semulajadi lagi digalakkan. Tetapi, sekiranya sukar nak dapatkan produk tersebut, pastikan kita tapis dulu apa yang akan kita masukkan ke dalam mulut kita.

Jangan lupa juga, tukar cara penyediaan makanan daripada selalu guna kaedah deep fry, beralih kepada kukus, panggang dan rebus.

 

Tips Kurus Dengan Cepat #2: Minum Air Kosong

Air kosong mengandungi zero kalori. Jadi air kosong merupakan minuman terbaik untuk menurunkan berat badan. Gantikan air minuman berperisa dan manis seperti air bergas, kordial, teh tarik dan sebagainya dengan air kosong. Nescaya kita akan dapati berat badan kita lebih cepat turun.

Sahabat saya pernah berkongsi, sejak beliau berhenti mengambil susu pekat manis, berat badan beliau turun dengan cepat dan banyak. Saya sendiri pun, Alhamdulillah dah lama tak beli susu pekat manis. Gula putih pun dah lama tiada kat rumah.

 

This image has an empty alt attribute; its file name is Kurus-Dengan-Cepat-minum-air-kosong-591x400.png

 

Menurut sebuah kajian yang dijalankan, didapati bahawa jumlah kalori yang dibakar semasa kita tidak bergerak atau melakukan sebarang aktiviti boleh meningkat sebanyak 24 hingga 30% dalam masa 10 minit selepas minum air kosong. Wow, tinggi tu kalori terbakar. Kalau kita tambah aktiviti fizikal, lagilah banyak kalori yang terbakar. Sebab tu air kosong adalah minuman pilhan terbaik untuk mereka yang nak kurus dengan cepat.

 

Tips Kurus Dengan Cepat #3: Bersenam

Kalau tak biasa bersenam, mulakan jer dengan aktiviti fizikal yang ringkas dan mudah sesimple memperbanyakkan pergerakan sepanjang hari. Tak perlu terus pecut jogging pada hari pertama. Memandai dengan berjalan kaki dahulu. Kemudian diikuti brisk walk dan bila dah dapat stamina serta rentak, boleh lah jogging. Mulakan dalam tempoh 5-10 minit sehari dahulu, kemudian boleh tingkatkan tempoh yang lebih lama. Sangat bagus senaman ni diamalkan 3 – 5 kali seminggu.

Banyak lagi aktiviti fizikal yang boleh kita lakukan. Boleh nak zumba, aerobik, pergi gym dan sebagainya. Senaman ni sangat penting sebab ia akan membantu badan kita membina otot serta sendi yang sihat dan kuat. 

 

Tips Kurus Dengan Cepat #4: Cukup Nutrisi Dengan Supplements

Tahukah anda yang badan kita ni perlukan nutrisi yang cukup untuk nak jalankan fungsi-fungsi dia? Badan kita tak kenal epal, karipap, oren, burger, pizza, nasi lemak dan sebagainya tau. Tapi badan kita akan ambil nutrisi macam Vitamin B-12 untuk tingkatkan metabolisma, protein untuk elak rasa lapar, leucine untuk bina otot yang sihat supaya badan lagi fit. Omega-3 akan berfungsi membantu pembakaran lemak, manakala polifenol pula menyokong pemulihan otot lepas bersenam serta menyokong pembakaran lemak. Banyak sangat yang diperlukan badan untuk bantu proses kurus. Bila badan cukup nutrisi, jadi kita akan dapat capai target untuk kurus dengan cepat.

 

Supplement Bantu Kurus Dengan Cepat

Shaklee menawarkan rangkaian produk suplemen yang dihasilkan secara semulajadi untuk bantu kita kurus dengan cepat. Ini kerana Set Kurus Shalee Premium ni lengkap dengan nutris yang diperlukan oleh badan. Set Kurus Shaklee Premium yang merupakan supplements terbaik ni terdiri daripada Omega Guard, Lecithin, Herblax, Cinch Shake dan Vivix.

 

Omega Guard

Omega Guard akan bertindak meningkatkan metabolisma yang mana akan menaikkan kadar pembakaran lemak. Selain itu, Omega Guard juga membantu mengurangkan rasa lapar.

This image has an empty alt attribute; its file name is Kurus-Dengan-Cepat-air-kosong-199x400.png

 

Lecithin

Lecithin akan bertindak sebagai pengemulasi atau nak senang faham sebagai pemecah lemak sekaligus meningkatkan pembakaran lemak. Individu yang mengambil Omega Guard dan Lecithin semasa bersenam didapati dapat meningkatkan lagi kadar pembakaran lemak.

 

This image has an empty alt attribute; its file name is Kurus-Dengan-Cepat-lecithin-444x400.jpg

Herblax

Herblax sangat bagus untuk membantu melancarkan penghadaman. Herblax bertindak sebagai agen detoks usus. Usus yang bersih dan sihat akan membolehkan nutrisi dapat diserap oleh badan secara optimum. Selain itu, Herblax ni bantu kempiskan perut. Terus rasa badan langsing tau.

 

This image has an empty alt attribute; its file name is Kurus-Dengan-Cepat-herblax-2-250x400.png

 

Cinch Shake

Cinch Shake merupakan protein shake yang sangat penting dalam membantu pembinaan otot sihat. Apabila badan kita lebih banyak otot berbanding lemak, pembakaran kalori akan meningkat. Jadi kita akan kurus dengan lebih cepat lagi.

 

This image has an empty alt attribute; its file name is Kurus-dengan-cepat-tanpa-risiko-cinch-shake-444x400.jpg

 

Cinch Shake mengandungi leucine yang bantu kekalkan serta tambah jisim otot terutamanya apabila kita bersenam. Jadi kita takdelah mengalami isu kesan yo-yo diet. Paling best juga, Cinch Shake boleh dijadikan meal replacement atau pengganti hidangan. KIM paling suka ambil Cinch Shake ni sebagai sarapan. Macam sekarang ni, bersahur dengan Cinch Shake/Life Shake + ESP, inshaaAllah bertenaga dan kenyang sampai berbuka.

 

Vivix

Vivix ni merupakan minuman botani yang tinggi polifenol. Polifenol ni salah satu fungsi dia adalah menyeimbangkan kadar hormon estrogen dalam badan. Sebabnya, kalau hormon estrogen tinggi, badan akan simpan lebih banyak lemak. Bila hormon estrogen yang berlebihan tu seimbang, maka lebih banyak jisim otot yang dibina. Vivix ni ibarat booster lah untuk fungsi dan kesihatan menyeluruh badan kita.

 

 

 

Untuk dapatkan Set Kurus Shaklee yang tinggi nutrisi, segera hubungi KIM ya. Nanti KIM guide cara makan dan akan kongsi tips kurus yang lain.

 

This image has an empty alt attribute; its file name is Kurus-Dengan-Cepat-set-kurus-premium-2-525x400.png

 

Sharing Is Caring,

Naimah Wahab (KIM) – SID: 1001144

019-9377380

https://bit.ly/TanyaKIM

#KIMLegacy #KIMThrive #iReachX5 #peluangjanapendapatan #peluangbisnes #NextLevelBlogging #projekmegablog #shakleethrive23 #shakleethriumph23 #pengedarshakleejenderam #pengedarshakleedengkil #pengedarshakleeputrajaya #pengedarshakleeselangor #pengedarshakleeseluruhmalaysia #shakleereadystock #tipssihat #tipskurus #tipskurussihat #vitaminsemulajadi #kesihatanmenyeluruh

Website – www.myliferia.my
YouTube – https://youtube.com/@myliferia2394
Page – https://bit.ly/40EWHlf
TT – tiktok.com/@naimahwahab
IG – https://www.instagram.com/naimahwahab/
Tweeter – https://bit.ly/3Yx3fR9

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

1 thought on “Tips Kurus Dengan Cepat Tanpa Risiko Bahaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge