• Putrajaya, Malaysia
  • March 29, 2024

Siapa yang suka masak, mesti tak dapat lari daripada membeli sayur-sayuran kat pasar atau kedai kan?

Kalau tak masak pun, kena jadi tukang beli jugak, nak-nak encik suami, kan kan??

Macam KIM, kalau ke pasaraya, dapat meronda-ronda kat area sayur-sayuran dan buah-buahan tu dah rasa happy dan seronok. Seakan satu kepuasan walaupun tak borong sayur atau buah pun masa tu.

Macam terapi minda dan jiwa gitu! Hahahaha, gini style pun ada ye!??

Harini hari Jumaat. Dapat rehat panjang. Yang pastinya mesti ada yang singgah pasar basah atau pasaraya nak cari sayur-sayuran kan, kan?

 

cara pilih sayur segar yang sihat

Meh KIM kongsikan cara nak pilih sayuran yang segar dan sihat.

 

Kategori Sayur-sayuran

Sayur-sayuran ni terdiri daripada 4 kategori:-
– sayuran dedaun

  • sayuran buah

  • sayuran kekacang

  • sayuran ubi-ubian

 

1) Sayuran Dedaun

? Tulang daun jelas kelihatan

? Batang mudah dipatahkan (dah patah pasti beli ye…kang kene hambat dengan tokey sayur plak?)

? Keseluruhan sayur kelihatan segar dan sihat

? Warna tak kusam, pilih warna cerah, bukan warna menguning

? Pilih yang berlubang seperti bekas makan ulat, biasanya sayur semacam ini kurang pendedahan pada racun serangga.

 

2) Sayuran Buah

? Tidak berbau busuk

? Tidak ada kesan lubang (berlubang biasanya ada serangga atau ulat kat dalam)

? Tiada kesan goresan

? Tidak terlalu lebu/lembik/masak

 

3) Sayuran Kekacang

? Tidak berlubang

? Warna hijau tua (bagi kacang yang berwarna hijau)

? Biji kacang tidak terlalu timbul (contohnya kacang panjang, kacang buncis – yang timbul selalunya dah tua dan keras)

? Tiada lendir yang keluar

? Boleh dipatahkan (sama kes macam sayuran dedaun tau!)

? Pilih yang muda

? Tidak berbintik-bintik

 

4) Sayuran Ubi

? Tidak berlubang

? Tidak berair

? Tidak memar/lebu/lembik (biasanya sebab jatuh atau terkenan hentakan kuat)

? Tiada goresan

? Masih keras

? Tidak berlubang-lubang

? Tidak berbau busuk

? Tidak berulat

? Tidak mempunyai bintik

Apa yang paling penting sangat-sangat, jangan lupa basuh sayur-sayuran ni semua dengan bahan pencuci yang selamat seperti Basic H tau!

Selamat mencari sayur-sayuran segar lagi sihat.

Naimah Wahab

Suka sayuran segar, gemuk, sihat & rangup??

Founder of KIM Family

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

3 thoughts on “​Tips Memilih Sayur-sayuran Segar & Sihat

Leave a Reply to titan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge