• Putrajaya, Malaysia
  • April 19, 2024

Kalau ditanya tentang nak dapat anak genius, IQ tinggi, bijak pandai, pasti tidak ada seorang pun ibu bapa yang tidak mahu. Tapi sejauh mana usaha yang dilakukan oleh para ibu bapa untuk merangsang anak mereka sejak bayi masih berada di dalam kandungan lagi?

 

Teknik Merangsang Perkembangan Otak Bayi Sejak Dalam Kandungan

 

 

Tips rangsang bayi genius

 

1) Rangsangan Melalui Audio/Bicara

Janin di dalam kandungan mempunyai kemampuan mendengar, melihat cahaya dan bertindakbalas melalui gerakan. Justeru itu, ibu bapa boleh bercakap-cakap dengan janin seawal usia kandungan 23 minggu. Walaupun kemampuan janin masih terbatas, namun ia sudah dapat membezakan suara ibu dan ayah.

Kalau di barat, penasihat kehamilan sering mengsyorkan agar janin pada usia ini dipendengarkan dengan muzik-muzik lembut seperti Mozart. Ia dipercayai mampu merangsang otak bayi dalam kandungan.

Sebagai seorang Islam, sangatlah disyorkan para ibu bapa lebih banyak membaca atau memperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran. Kalau boleh, sewaktu isteri hamil sedang tidur, suami turut membaca Al-Quran di sisi isteri mereka.

 

2) Rangsangan Melalui Visual

Salah satu rangsangan secara visual boleh dilakukan melalui gambar. Rangsangan visual melibatkan kerja otak kanan. Rangsangan pada otak kanan akan memberi pengaruh positif terhadap perkembangan janin.

Otak kanan dapat dilatih dengan cara mengambil gambar serta memotretkan gambar tersebut. Boleh juga para ibu melihat gambar permandangan. Rasa tenang daripada gambar yang dilihat itulah akan merangsang peningkatan IQ pada janin.

 

3) Rangsangan Melalui Cahaya

Kajian yang dijalankan oleh Journal of the American Academy of Child & Adolescent Psychology mendapati bahawa cahaya redup yang dekatkan kepada ibu hamil mampu merangsang bayi dalam kandungan.

Usahakan untuk membeli lampu yang mempunyai kadar pencerahan bertahap. Elakkan pencahayaan yang terlalu terang kerana boleh mengganggu keselesaan bayi. Gerakan yang dihasilan oleh bayi menandakan tindakbalas yang telah diberikan.

 

4) Keperluan Nutrisi Yang Mencukupi

Mengambil makanan yang kaya dengan sumber perangsang otak sangat penting untuk perkembagan pesat IQ bayi. Topik ini telah saya kupas lebih mendalam di dalam entri 5 Makanan Penting Membantu Perkembangan IQ Bayi Dalam Kandungan.

 

5) Hindari Stress

Stress atau tekanan bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan jangka panjang. Malah, stress turut boleh menganggu kesihatan sewaktu kehamilan termasuk bayi. Stress atau sebarang rasa cemas sebenarnya boleh ditangani dengan baik.

Ibu hamil boleh melatih tubuh dan fikiran menjadi rileks dan tenang dengan senaman prenatal atau yoga yang sangat bermanfaat untuk menghindari stress. Bila kita berasa tenang, sekali lagi ia turut mempengaruhi ketenangan janin dan meningkatkan kecergasan otok.

 

Sebagai ibu bapa, jangan hanya melihat kepada peningkatan IQ anak semata-mata. Salah satu aspek yang agak penting yang perlu dititikberatkan juga ialah akhlak dan nilai murni. Maka ibu bapa seharusnya mengamalkan akhlak dan nilai murni sejak anak mereka di dalam kandungan lagi agar ianya turut mempengaruhi zuriat yang bakal lahir nanti.

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

4 thoughts on “5 Tips Meningkatkan IQ Bayi Dalam Kandungan Bagi Melahirkan Anak Genius

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge