• Putrajaya, Malaysia
  • April 26, 2024

Perut kempis memang menjadi idaman semua. Malah ibu yang baru lepas bersalin pun sangat ingin mendapatkan perut yang rata kembali sebagaimana sebelum mengandung. Perut kempis ni bukan sahaja menjadikan kita nampak lebih fit, yang pentingnya ialah lebih rendah risiko terhadap penyakit.

Nak perut rata ni tak semestinya bergantung kepada senaman kempis perut semata-mata. Malah cara hidup dan pemakanan juga sangat penting dan membantu kita mencapai misi. Jadi, memang bolehlah kempis perut tanpa senaman.

 

Tips Perut Kempis & Rata

 

tips kempiskan dan ratakan perut buncit - makanan berkhasiat

 

1) Makanan Sihat

Memilih makanan sihat dan mengurangkan atau kalau boleh, mengelakkan makanan ringan. Gantikan gula-gula atau jajan dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Pasti kita akan dapat lihat perbezaannya.

 

2) Protein Tanpa Lemak

Perbanyakkan mengambil daging dan kacang tanpa lemak. Ianya bagus untuk kesihatan kita kerana mengurangkan lemak berlebihan berkumpul di dalam badan.

 

3) Bijirin Penuh

Makan bijirin penuh dengan memastikan label “100% wholegrain atau wholewheat”, bukan hanya tepung gandum.

Bijirin akan bantu kita berasa penuh dan kenyang lebih lama. Selain daripada itu, bijirin yang tinggi serat ini akan membantu proses penurunan berat badan serta mendapatkan perut kempis dan rata.

 

 

tips cegah dan elak perut buncit

 

4) Produk Tenusu Rendah Lemak

Beralihlah daripada produk tenusu tinggi lemak kepada produk tenusu rendah lemak, yang kaya dengan protein dan Vitamin B6.

 

5) Makan Sedikit Tetapi Kerap

Makan makanan dalam “portion” yang kecil sepanjang hari. Makan hanya sekadar cukup untuk kita berasa kenyang. Tunggu sehingga hampir lapar untuk makan.

Tumpukan kepada pengambilan makanan berkhasiat sahaja dan elakkan gula-gula. Gula-gula akan menyebabkan kita mudah berasa letih dan mengidamkannya lagi.

 

6) Kunyah Dengan Tenang

Kunyah dengan perlahan dan jangan gelojoh. Dengan mengambil sedikit masa di antara waktu mengunyah akan membantu untuk kita sedar bahawa kita telah kenyang. Seterusnya, berhenti sebelum terlalu kenyang.

 

Setakat ni rasanya semua tips yang dikongsikan adalah perkara biasa dan sangat mudah diamalkan kan? Malah sebahagian besarnya sangat disarankan dan menjadi adab dalam Islam. Terpulang kita je nak amalkan atau tidak.

Tunggu ye sambungan Bahagian 2 bagi Tips Diet Untuk Mendapatkan Perut Kempis & Rata. Dengan tips yang dikongsikan ni, dapatlah juga ia membantu untuk kempiskan perut dengan pantas 🙂

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

4 thoughts on “6 Tips Diet Untuk Mendapatkan Perut Kempis & Rata; Bahagian 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge