• Putrajaya, Malaysia
  • April 26, 2024

Perut buncit bukan sahaja menjejaskan penampilan seseorang, malah perut buncit sering dikaitkan dengan pelbagai penyakit kronik. Setelah berkongsi 6 Tips Diet Untuk Mendapatkan Perut Kempis & Rata; Bahagian 1, saya akan sambungkan lagi 7 tips terlibat pada bahagian 2 ni.

 

Tips Perut Kempis & Rata

 

 

makanan rendah indeks glisemik

 

1) Makanan Rendah Indeks Glisemik

Makanan yang berindeks glisemik rendah akan mengambil masa yang lebih lama untuk dicerna. Ini akan membolehkan kita berasa kenyang lebih lama.

Badan kita perlahan-lahan akan menyerap nutrien supaya dapat mengelakkan kejatuhan paras gula secara mendadak di dalam darah sehingga waktu makan seterusnya. Keadaan ini membolehkan badan mendapat tenaga dalam tempoh yang lebih panjang.

Di antara makanan terbaik yang rendah GI ialah kubis, lobak, timun, zucchini, daun salad gelap, bawang, pir, tomato, brokoli, pisang, epal, beri.

2) Elak Makan Sebelum Tidur

Sebaik-baiknya jangan makan apa-apa, apatah lagi makanan berat 2 jam sebelum tidur. Badan kita akan lambat memproses makanan sewaktu kita tidur menyebabkan makanan yang diambil tadi tidak dapat dicernakan dengan sempurna.

Jika terlalu lapar, minum susu atau makan biskut. Boleh juga minum ESP.

 

3) Air Kosong

Seelok-eloknya gantikan air minuman biasa terutamanya minuman bersoda dan bergula dengan air kosong. Air kosong akan membantu proses penurunan berat badan dan kurus dengan lebih pantas lagi. Air berperisa tu boleh dipertimbangkan sebagai alternatif sekiranya perlu.

 

 

tips cegah dan elak perut buncit

4) Air Limau/Lemon

Air limau dikatakan minuman yang dapat meningkatkan metabolisma tubuh secara semulajadi. Boleh perah limau di dalam air sejuk. Ianya menyegarkan serta menyihatkan.

Boleh juga perah jus lemon di dalam air suam serta rendamkan kulit lemon 1/2 jam sebelum minum air tersebut. Ia juga boleh menjadi agen detoks semulajadi.

 

5) Air Kencing

Pastikan air kencing berwarna jernih atau kuning cair. Air kencing yang berwarna gelap, kuning pekat serta berbau menjadi petanda bahawa badan kita terhidrat (kering). Badan yang kekurangan air akan menyukarkan proses pembakaran lemak.

 

6) Kurangkan Garam

Garam menjadi punca kita mengalami gemuk air kerana garam yang berlebihan akan menyebabkan tubuh kita menyimpan air. Keadaan ini juga menjadikan badan seperti menggelembung terutamanya di bahagian abdomen.

Sebaik-baiknya gantikan makanan tinggi kandungan garam dengan yang lebih sihat lagi.

 

7) Tidak Mengambil Alkohol

Satu botol arak mengandungi kira-kira 600 kalori di dalamnya. Bagi orang Islam, ia sememangnya haram dan dilarang sama sekali.

 

Senang je kan? Nak buat tu kadang-kadang asyik terlupa. Lepas ni boleh buat beberapa tips dulu, nanti dah biasa, boleh tambah tips untuk mendapatkan perut kempis dan rata secara berperingkat.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

2 thoughts on “7 Tips Diet Untuk Mendapatkan Perut Kempis & Rata; Bahagian 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge