Kita boleh melakukan trick terhadap tubuh kita dengan untuk mengurangkan berat badan dengan memberikan rasa kenyang dan pada masa yang sama kurang makan.
Makanan Yang Mengeyangkan Lebih Lama
#1: Chia Seeds
Biji benih yang sanagat kecil ni mungkin kelihatan tidak dijangka boleh mengeyangkan. Tapi ianya boleh berkembang di dalam perut dan membuatkan kita berasa kenyang lebih lama.
Berbanding bijian popi, campurkan chia seed ke dalam adunan muffin kita atau campurkannya ke dalam jus minuman harian untuk meningkatkan kadar anti-oksidan dalam tubuh.
#2: Kacang Kuda (Chickpeas)
Walaupun semua kekacang adalah baik untuk kita, namun kacang kuda ni antara yang paling mudah untuk didapati.
Kacang kuda kaya dengan protein, membantu penghadaman dan tinggi dengan zat besi.
Kisar kacang kuda bersama tahini sebagai inti sandwich, atau masak bersama lentils untuk hidangan makan malam yang sihat.
Sewaktu di luar negara dulu, kalau makan di kedai nasi arab, saya memang suka hummus. Hummus ni diperbuat daripada kacang kuda yang dikisar dan dicampur sedikit dengan minyak zaitun dan lemon.
Enak dimakan bersama roti atau begitu sahaja.
#3: Salmon
Salmon bukan sahaja sangat kaya dengan asid lemak Omega-3, malah sangat tinggi kandungan protein.
Minyak semula jadi di dalam ikan salmon ni membantu meningkatkan kadar metabolisma dengan lebih pantas, yang mana akan membantu pembakaran kalori.
Tidak seperti daging merah, salmon akan menjadikan badan kita kekal bertenaga pada masa yang sama mengeyangkan.
#4: Greek Yogurt
Yogurt merupakan bahan yang sangat bagus untuk menjadikan kita kenyang pada waktu pagi. Jika dibandingkan dengan yogurt biasa, yogurt Greek lebih rendah kandungan karbohidrat dan tinggi protein.
Sebagai penambah perisa, masukkan kacang dan madu asli untuk rasa
yang lebih enak.
#5: Ubi Keledek (Sweet Potato)
Biasanya kita memang sukar untuk mengelakkan kentang goreng (fun fries) tetapi ubi keledek adalah alternatif terbaik yang rendah indeks glisemik. Pilihan yang lebih baik sekiranya ingin mendapatkan yang ramping.
Ubi keledek bukan sahaja rendah kalori, malah ianya sangat enak bila dipanggang menjadi kerepek atau direbus sepenuhnya.
Dalam menjaga kesihatan dan berat badan, diet yang betul dan seimbang adalah sangat penting. Dengan pengambilan makanan yang sihat, badan kita akan menjadi lebih sihat. Jangan lupa mengamalkan cara hidup yang aktif agar kita menjadi lebih cergas dan cerdas.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: KurusLangsingSebelumRaya
Shaklee ID: 1001144