• Putrajaya, Malaysia
  • March 28, 2024

Sejak disahkan mengalami anemia atau lebih dikenali sebagai HB rendah, Puan Anisa berasa sangat runsing. Sudah 3 kali chek up dilakukan di klinik kesihatan, namun, bacaan HB beliau antara 9.5 ke 10.4. Belum pernah cecah 11, iaitu bacaan normal HB bagi ibu mengandung.

Kalau ikutkan nurse yang bertugas, Puan Anisa perlu mengambil lebih makanan yang kaya dengan Zat Besi (Iron) supaya kandungan Zat Besi di dalam darah beliau mencukupi dan dapat meningkatkan tahap HB beliau ke paras normal.

Bagi mendapatkan info yang diperlukan, selain daripada bertanya dengan nurse, kawan-kawan yang pernah mengalami masalah yang saya, Puan Anisa turut search info terlibat dalam internet. Macam-macam lah cadangan pakcik “Google” ni, tapi Puan Anisa senaraikan mana yang mudah untuk didapati dahulu.

 

7 Makanan Bantu Cegah Anemia Semasa Mengandung

1: Daging Merah

 

 

makanan tingkatkan hb ibu hamil

 

Berbanding daging putih seperti ayam dan burung, daging merah seperti lembu, kerbau dan kambing lebih kaya dengan protein dan mengandungi lebih tinggi Zat Besi serta mineral lain seperti Vitamin A, D K, B2, B3, B6 dan B12, Asid Amino, Omega-3 dan Selenium yang diperlukan oleh ibu hamil. Kesemua mineral ni mampu membantu untuk meningkatkan hemoglobin dengan cepat.

Namun, perlu diingatkan yang daging merah ni mengandungi lemak yang lebih tinggi daripada daging putih. Jadi sangat disyorkan agar mengambil daging merah tanpa lemak.

 

2: Tembikai

 

 

Tembikai merupakan salah satu “super food” dan makanan tambah darah yang kurang famous atau diketahui ramai. Yang istimewanya, buah tembikai ni, kaya dengan Vitamin A.

Selain daripada memperbaiki kesihatan mata, Vitamin A sebenarnya sangat berkesan juga dalam meningkatkan sel darah merah. Ini kerana Vitamin A akan bertindak membantu Zat Besi dalam hemoglobin untuk mengikat oksigen.

 

3: Ikan

 

 

Ikan selalunya kaya dengan asid lemak Omega 3. Contohnya ikan Salmon, selain boleh meningkatkan bacaan HB ketika mengandung, ia turut mengandungi Vitamin B12 yang membantu pembentukan sel-sel darah.

Ikan juga sangat sesuai diambil jika ibu dalam proses mengawal berat badan semasa hamil kerana ikan adalah makanan yang rendah nilai kolestrol.

Selain daripada itu, telur ikan turut mengandungi nutrisi berkhasiat seperti protein, zat besi dan Karbohidrat yang boleh membantu meningkatkan bilangan hemoglobin.

Pastikan untuk mempelbagaikan menu “seafood” dalam menu harian para ibu kerana tiram, kerang dan hasil makanan laut juga tidak kurang hebat nutrisinya dalam membantu meningkatkan HB ke paras bacaan normal. Cuma pastikan mengambil ikan lebih berbanding makanan laut yang lain

 

4: Buah-buahan Kering

 

Bila seseorang ibu telah disahkan hamil, setelah melalui fasa morning sickness (bagi sesetengah ibu), mereka akan sering berasa lapar dan ingin mengunyah. Jadi, buah-buahan kering ni sangat sesuai dijadikan sebagai snek atau kudapan serta makanan tambah darah bagi ibu hamil.

Berbanding “junk food”, jauh lebih baik digantikan dengan kurma, kismis, prun, aprikot dan buah tin. Kalau boleh dapat yang organik, lagi bagus. Lebih sihat.

Buah-buahan kering ni bukan sahaja sihat dan sedap, tapi turut mengandungi Zat Besi yang amat bagus dalam membantu meningkatkan bacaan HB dalam darah.

 

5: Jambu Batu

 

Sedapnya guava atau lebih dikenali sebagai jambu batu ni. Para ibu disarankan banyak mengambil biuah-buahan kerana sangat tinggi dengan kandungan Vitamin C.

Vitamin C ni akan membantu penyerapan Zat Besi ke dalam tubuh. Kalau perasan, bila para ibu ke klinik dan dibekalkan pil Zat Besi, mesti nurse pesan suruh ambil dengan jus kan? Haaa…itulah sebabnya juga.

Menurut kajian, buah jambu batu mengandungi Vitamin C sebanyak 2 kali ganda berbanding Vitamin C di dalam buah oren. Wahhhh…

 

6: Sayuran Berdaun Hijau

 

Jenis sayuran yang tinggi kandungan Zat Besi ialah sayuran berdaun hijau. terutamanya bayam. Selain daripada bayam, brokoli, kangkung, kale dan sawi amat membantu para ibu untuk mencegah anemia.

Selain daripada itu, sayuran berdaun hijau juga mempunyai kandungan asid folik semulajadi yang tuurt membantu kesihatan ibu semasa mengnadung.

 

7: Kuning Telur

 

makanan tingkatkan hb ibu hamil

Jangan takut dengan telur, khasnya kunig telur. Tahukah para ibu sekalian, telur mengandungi Protein, Kalsium dan Zat Besi? Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, belilah telur yang gred elok serta diperkaya dengan Omega-3.

Kuning telur sangat berkesan sebagai makanan tambah darah. Cuba amalkan pengambilan telur secara teratur 2 kali sehari.

 

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

(Atau klik terus untuk WhatApps: www.wasap.my/60199377380)

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

6 thoughts on “7 Makanan Bantu Naikkan HB Semasa Hamil

Leave a Reply to Naimah Wahab Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge