• Putrajaya, Malaysia
  • April 26, 2024
Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂

 

Apa Itu AIDS?

AIDS adalah singkatan bagi Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit. Sistem ketahanan badan seseorang pesakit AIDS termusnah dan ini menyebabkan penyakit biasa menjadi berbahaya dan membawa maut.

Buat masa ini, masih belum ada ubat untuk merawati AIDS dan begitu juga vaksin untuk mencegah AIDS.

 

 

AIDS1

 

Apa Itu HIV?

HIV ialah singkatan bagi sejenis virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang. HIV menyebabkan AIDS.

 

Bagaimana HIV Merebak?

HIV merebak melalui 3 cara:-

 

1) Hubungan Seks

HIV merebak melalui pemindahan cecair badan daripada seorang yang telah dijangkiti kepada seorang yang lain, apabila mereka mengadakan hubungan seks.

 

2) Penggunaan Dadah

HIV merebak apabila penagih berkongsi jarum dan alat suntikan untuk menyuntik dadah.

 

3) Jangkitan Ibu Kepada Anak

Ibu yang telah dijangkiti boleh merebakkan HIV kepada bayinya ketika di dalam rahim, atau sewaktu dilahirkan.

 

Bagaimana Mengetahui Anda Dijangkiti HIV?

Seseorang BOLEH KELIHATAN SIHAT tetapi dirinya HIV positif. Cara yang paling berkesan adalah menjalani Ujian Antibodi HIV yang terdapat di mana-mana klinik atau hospital, tetapi anda perlu diberi kaunseling sebelum dan selepas menjalani ujian tersebut.

 

Bagaimana Mencegah AIDS?

AIDS adalah masalah semua. Anda boleh mencegah AIDS dengan mengetahui fakta tersebut:-

>> Jauhi diri, jika boleh daripada melakukan hubungan seks.

>> Setialah kepada pasangan anda. Jangan mengadakan seks luar nikah kerana sekali sahaja sudah cukup untuk dijangkiti.

>> Jauhi diri sepenuhnya daripada dadah.

 

Anda Tidak Boleh Dijangkiti Melalui:-

>> Berkongsi perkakasan atau makanan dengan seorang pesakit AIDS

>> Gigitan nyamuk

>> Menderma darah

>> Tandas

>> Kolam renang awam

>> Menyentuh atau memeluk pesakit AIDS

 

“Ingatlah, AIDS adalah masalah kita. Seseorang yang HIV positif perlu menerima bantuan dan sokongan kita.

Hargai kehidupan anda.

Cegah AIDS sekarang!!”

Terima kasih 🙂

 

iR Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019-937 7380
Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge