• Putrajaya, Malaysia
  • March 28, 2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂

 

Hujung minggu ni, kalau tak keluar bersiar-siar atau open house raya, mesti sedang busy mengemas rumah, basuh baju, lipat pakaian, dan sebagainya kan? Sebut pasal lipat pakaian ni, ada masanya kita pun lipat cadar juga kan?

 

Dalam banyak-banyak jenis cadar, cadar bergetahlah yang paling saya tidak suka lipat sebelum ini. Cadar bergetah ni, kalau lipat, mesti jadi tak cantik dan tak kemas. Sakit mata tengok hasil lipatan cadar tersebut.

 

Itu dulu, sekarang tidak lagi. Sejak saya tahu mengenai teknik melipat cadar bergetah dengan cara yang lebih mudah dan cepat, terasa seronok pula time melipat cadar tu. Kalau nak beri 10 helai cadar bergetah pun, saya sudi nak lipat, hehehe. Sebenarnya, melipat cadar bergetah ni ada caranya. Apabila kita gunakan teknik yang betul, hasilnya memang sangat memuaskan hati.

 

Cara Lipat Cadar Bergetah (Fitted Sheet) Dengan Mudah & Cepat

 

Cara lipat cadar bergetah dengan betul

 

Langkah #1:

Terbalikkan permukaan cadar bergetah.

 

Langkah #2:

Temukan bucu pertama dengan bucu kedua cadar tersebut dan betulkan permukaan cadar tersebut.

 

Langkah #3:

Temukan bucu ketiga cadar tersebut ke dalam bucu pertama dan kedua tadi. Kemudian, temukan bucu keempat cadar tersebut dengan cara yang sama.

 

Langkah #4:

Selepas permukaan cadar dibetulkan, hamparkan cadar yang telah bertemu semua bucu tadi di atas permukaan yang rata.

 

Langkah #5:

Lipat bahagian kiri dan kanan cadar agar mendapat bentuk sisi lipatan yang sama.

 

Langkah #6:

Lipat cadar bergetah tadi kepada lepatan yang lebih kecil.

 

Langkah #7:

Hasilnya ialah lipatan cadar bergetah yang cantik dan kemas.

 

Mudah kan? Mesti orang tak sangka tu cadar bergetah. Video di bawah ni mungkin boleh memberi gambaran yang lebih jelas lagi buat anda.

 

 

Selamat mencuba! Semoga anda pun dapat rasa teruja dan happy sangat sebagaimana yang saya rasa.

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Shaklee ID: 1001144

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

8 thoughts on “Cara Lipat Cadar Bergetah Dengan Cepat Dan Mudah

Leave a Reply to puteri kasih Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge