• Putrajaya, Malaysia
  • April 29, 2024

Kalau ada anak kecil 2-3 orang yang selang 1-2 tahun seorang, gawat rasanya. Macam lahir anak kembar pun ya. Sangat mencabar nak beri perhatian dan didikan betul-betul.

 

Anak Syurga

 

Tapi daripada pemerhatian saya yang baru ada 2 orang hero kecil ni, kita memamg kene bekerja keras untuk membentuk anak sulung.

Kenapa saya berpendapat macam tu?

Sebabnya, anak ke-2 dan seterusnya akan cepat belajar dan nak ikut apa yang abang atau kakak diaorang buat, sebut atau beraksi.

Bukti dah di depan mata. Asif yang berusia 2 tahun lebih ni, pantang tengok abang Kashful dia buat atau sebut apa-apa, mesti nak ikut.

 

Anak Syurga

 

Bayangkan kalau anak sulung kita dah terbiasa dengan ucapan atau perbuatan yang tidak elok, pengaruh terhadap adik-adik yang lain sangat kuat.

Nanti sikap dan perangai itulah yang akan mereka bawa keluar rumah.

Kalau dah biasa dengan akhlak yang baik, Alhamdulillah.

Tapi kita sebagai ibu bapa, jangan letakkan target terlalu tinggi nak anak perfect dari segala segi.

Terima kelemahan dan maafkan kesilapan mereka. Nama pun budak-budak kan? Memang mereka berada dalam proses nak belajar. Meneroka perkara baru.

Didiklah mereka dengan kasih-sayang dan ajaran Islam. Yang penting doa dan ucapan yang baik-baik perlu juga diberikan untuk anak-anak syurga kita. Inshaa Allah, mereka akan mudah dibentuk.

 

Anak Syurga
Best Brother Forever!

 

Semoga semua anak dan bakal anak para pengunjung blog Myliferia dikurniakan akhlak terpuji, menjadi anak soleh dan solehah.

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Facebook: Naimah Wahab

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

4 thoughts on “Cara Mudah Nak Didik Sikap Positif Kalau Ada Anak Kecil Berderet-deret

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge