• Putrajaya, Malaysia
  • December 1, 2024

 

Ramai kan sekarang ni yang menjalankan bisnes online? Tak kiralah sama ada bisnes online tersebut dijalankan secara part time atau full time. Bisnes online ni menjadi pilihan kebanyakan daripada kita kerana seiring dengan perkembangan teknologi digital yang semakin pesat di negara kita khasnya dan seluruh dunia amnya. Bisnes online semakin digemari kerana ianya mudah dan fleksibel untuk dijalankan, buat bisnes dari rumah pun boleh. Selain itu, bisnes online ni tidak memerlukan modal yang besar serta sesiapa sahaja boleh melibatkan diri. Nak tahu Tips Bisnes Online Yang Simple Tapi Boleh Mendatangkan Hasil?

 

Tips Mudah Nak Mula Bisnes Online

 

1. Mulakan Dengan Modal Yang Rendah

Salah satu kelebihan bisnes online adalah modalnya yang rendah. Ya, mulakan sahaja apa yang ada di tangan kita. Yang penting ada peranti atau gajet seperti handphone dan capaian internet. Ada dua perkara ni, bisnes online kita boleh dimulakan terus.

Tak perlu pun sampai membuat pinjaman bank. Apatah lagi meminjam dengan Ah Long. Kita juga tidak digalakkan untuk berhutang dengan sanak-saudara semata-mata untuk memulakan bisnes online ni. Semua tu boleh mendatangkan masalah baru atau isu dalam kehidupan kita yang akan datang. Kita pun belum tahu lagi nasib bisnes online kita kan? Kalau belum berjaya, ia akan menjejaskan kehidupan dan hubungan kita dengan orang lain. Dah lah berhutang keliling pinggang, bisnes pula tak menguntungkan.

Apabila memulakan bisnes online, perkara yang paling penting adalah memperkasakan pemasaran di media sosial kita. Konsisten buat content yang bermanfaat dan berkaitan bisnes kita, kemudian, lihatlah bagaimana bisnes online kita terus berkembang.

 

2. Mulakan Dengan Produk Orang Lain

Nak buat bisnes online ni tak semestinya wajib kita ada produk sendiri. Boleh mulakan dengan produk orang lain. Kalau yang dah terkenal dan kukuh di pasaran pun lagi bagus. Kita cuba dapatkan sales serta pangkalan data pelanggan sendiri dahulu. Selalunya kita akan cenderung untuk membeli produk atau brand yang dah establish, betul tak?

Buat personal branding terlebih dahulu. Dapatkan kepercayaan (trust) daripada Pelanggan. Pelanggan yang trust dengan seseorang peniaga ni selalunya cenderung untuk membeli dengan orang tersebut. Ada masanya mereka membeli bukan sebab perlu sangat sesuatu barang tu, tapi pembelian mereka tu disebabkan mereka rasa seronok berurusan dengan orang menjual produk tersebut. Trust yang kuat akan menyebakan pelanggan lebih setia untuk repeat order dengan kita.

 

3. Risiko Yang Rendah

Bagi meminimakan kerugian, kenalpasti risiko yang ada terhadap produk yang ingin kita jual tu. Sebagai contoh, katakan produk yang kita jual mudah rosak atau mempunyai tempoh luput yang lebih singkat, kenalpasti dan buat anggaran stok yang perlu kita ambil. Pengurusan stok sangat penting agar kita tidak membuat stok yang berlebihan sehingga tidak terjual dan menjadi rosak.

 

 

 

Kita juga disyorkan untuk mengadakan promosi dari semasa ke semasa agar penjualan produk terus berkembang dan konsisten. Tiada stok yang tersimpan menandakan permintaan terhadap produk kita semakin meningkat dan sentiasa ada. Pada masa yang sama, ia menjadi penanda aras yang kita telah berjaya merendahkan risiko bisnes online kita.

 

4. Jangan Terlalu Fikirkan Keuntungan

Memang setiap perniagaan kita nak untung besar. Begitu juga dengan bisnes online ni. Jangan sesekali memborong stok yang banyak tanpa melihat terlebih dahulu sambutan terhadap sesuatu produk yang dijual. 

Bermula dengan jumlah yang sedikit terlebih dahulu. Kaji dan lihat permintaan serta trend pengguna. Setelah mendapati jualan semakin berkembang, baru mula tingkatkan modal dan stok bisnes online kita. Bukan apa, tak mahulah nanti, beli stok belambak-lambak tapi pengakhirannya bertapa di bawah katil. Tak pasal-pasal kita yang menangis di bucu katil pula nanti.

 

This image has an empty alt attribute; its file name is tips-bisnes-online-1a-1-489x400.jpg

 

5. Belajar Ilmu Pemasaran dan Kewangan

Ilmu pemasaran ni sangat penting walaupun kita hanya jalankan bisnes online sahaja. Ini kerana setiap kategori bisnes yang berbeza mempunyai cara kerja serta tips dan strategi yang tersendiri. Dengan ilmu pemasaran juga kita mampu mencapai lebih ramai pengguna dan prospek untuk produk kita. Beruntungnya buat bisnes online ni, pelanggan dan prospek boleh datang daripada seluruh dunia tanpa sempadan.

Selain daripada ilmu pemasaran, ilmu pengurusan kewangan juga sangat penting untuk didalami oleh setiap usahawan. Terlalu ramai ahli perniagaan yang telah mencapai satu tahap kejayaan yang agak tinggi dalam perniagaan mereka, jatuh tersungkur akibat tersilap langkah mengurus kewangan syarikat.

Kita sepatutnya wajar mengambil tahu tentang duit modal, keuntungan, cash reserved, untung kasar, untung runcit,  untung bersih, cara nak buat kunci kira-kira dan sebagainya yang berkaitan dengan bisnes kita. Dengan mengambil berat tentang ilmu pengurusan kewangan, inshaAllah bisnes online kita akan berkembang maju pada masa yang akan datang. Selain itu, aliran wang yang sihat membolehkan kita merancang hala-tuju bisnes online yang sedang kita jalankan itu.

 

Bisnes Shaklee Boleh Dijalankan Secara Online

Bisnes Shaklee ni memang bisnes yang fleksibel tau. Boleh dijalankan secara online atau offline. Bisnes Shaklee bertulang belakangkan syarikat yang kukuh serta mempunyai sistem yang sangat komprehensif. Segala keperluan bisnes online boleh dijalankan dengan bisnes Shaklee ni.

Shaklee turut mempunyai laman web yang simple, memiliki struktur yang jelas, berinfomatif dan sangat responsif. Kebanyakan urusan bisnes online Shaklee dapat dilaksanakan menggunakan laman web tersebut. Apa yang paling best, sokongan daripada pihak syarikat Shaklee juga sangat padu dalam membantu para pengedar Shaklee dalam memperkembangkan bisnes online masing-masing.

Mudah jer nak mulakan bisnes online Shaklee ni. Langkah pertama, perlulah  mendaftar sebagai ahli Shaklee dulu. Yang ni KIM boleh tolong daftarkan. Lepas tu nanti KIM akan guide macam mana nak mulakan bisnes online Shaklee ni.

 

 

Sharing Is Caring,

Naimah Wahab (KIM) – SID: 1001144

019-9377380

https://bit.ly/TanyaKIM

#KIMLegacy #KIMThrive #iReachX5 #peluangjanapendapatan #peluangbisnes #NextLevelBlogging #projekmegablog #shakleethrive23 #shakleethriumph23 #pengedarshakleejenderam #pengedarshakleedengkil #pengedarshakleeputrajaya #pengedarshakleeselangor #pengedarshakleeseluruhmalaysia #shakleereadystock #tipssihat #tipskurus #tipskurussihat #vitaminsemulajadi #kesihatanmenyeluruh

Website – www.myliferia.my
YouTube – https://youtube.com/@myliferia2394
Page – https://bit.ly/40EWHlf
TT – tiktok.com/@naimahwahab
IG – https://www.instagram.com/naimahwahab/
Tweeter – https://bit.ly/3Yx3fR9

Join Ahli Shaklee – Daftar Sendiri

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

1 thought on “Tips Bisnes Online Simple Tapi Menguntungkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge