• Putrajaya, Malaysia
  • May 3, 2024

Travel atau melancong ni sangat best tau. Bila sebut perkataan travel, kita dah terbayang-bayang dalam kepala yang kita pergi bersenang-senang ke tempat orang lain. Tidak kira di dalam atau di luar negara. Tapi apabila sebut travel ni, fikiran kita biasanya lebih terarah ke luar negara, kan? Pernah tak merasai pengalaman travel keluar negara?

Kalau yang baru pertama kali nak melancong ke luar negara, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira. Jom KIM kongsikan 8 tips travel luar negara. Di antara perkara-perkara yang perlu dititipberatkan apabila ingin travel ke luar negara adalah seperti beriku:

 

1. Travel dengan Pasangan atau Rakan

Sebagai orang yang baru pertama kali nak travel ke luar negara, adalah lebih baik dan menyakinkan untuk kita membawa pasangan atau sekurang-kurangnya seorang peneman. Apabila ke tempat baharu, negara baharu, mungkin akan berlaku perkara yang tidak diduga sewaktu kita travel ke negara tersebut.

 

 

Apatah lagi kalau perjalanan travel kita tu perlu menaiki kapal terbang dan ia merupakan pengalaman pertama kita dengan kapal terbang. Ada kalanya berlaku perubahan masa penerbangan akibat perubahan cuaca atau jika terdapat sebarang kecemasan. Sekiranya kita kurang peka atau tidak biasa dengan perubahan ni, kita mungkin akan berasa lebih cemas. Silap haribulan, boleh terlepas kapal terbang. Kalau ada partner travel ni, lain sikit kan. Kalut pun, kita masih lega sebab ada teman di sisi. 

 

2. Sediakan Itinerary yang Fleksibel

Sebelum nak travel ni, kita kena sediakan dulu itinerary. Pastikan study dahulu tempat yang kita nak pergi supaya keadaan berjalan lancar apabila berada di negara tersebut. Kenal pasti tempat yang kita nak travel tu, hotel yang berdekatan serta kemudahan-kemudahan yang ada seperti minimart, kenderaan awam, kenderaan sewa, makanan halal bagi muslim dan sebagainya. 

Pastikan juga kita sediakan option kalau tempat utama yang kita nak pergi tu tak dapat dilawati. Contohnya kalau berlaku perubahan cuaca seperti hujan atau snow, mungkin kita keletihan atau tidak sihat. Buat cadangan option lain siap-siap. Jadual melancong pun jangan terlalu pack. Jadi takdelah kita stress. Dapatlah travel dengan lebih senang hati.

Paling bagus kita selidiki dan dapatkan info terlebih dahulu tentang negara yang ingin kita lawati terutamanya dari segi cuaca, bahasa, mata wang, latar belakang masyarakat, sejarah dan sebagainya. Ini akan memudahkan perjalanan serta urusan kita ke negara tersebut.

 

3. Sediakan Dokumen Travel Lengkap

Sebelum nak travel ke satu-satu negara, pastikan semak betul-betul apa keperluan dokumen yang mesti disediakan. Ada masanya terdapat sedikit perbezaan keperluan dokumen bergantung kepada negara yang ingin dilawati. Sentiasa peka dengan sebarang keperluan yang mesti disediakan di setiap check point yang terlibat. Contohnya menyediakan passport, visa, lesen memandu, insuran dan sebagainya. Kegagalan kita memenuhi keperluan dokumen yang diarahkan boleh menyebabkan kita tidak dibenarkan travel ke negara terlibat.

Sentiasa bawa kad pengenalan ke mana-mana kita pergi. Mudah untuk berurusan nanti.

Pastikan passport masih lagi sah dan belum tamat tempoh. Kita tidak boleh melakukan perjalanan kurang daripada enam bulan dari tarikh tamat tempoh passport kita. Walaupun pihak imegresen tempatan mungkin membenarkan kita terbang, namun berkemungkinan besar imegresen di negara asing tidak membenarkan kita untuk masuk ke negara mereka.

Jika perkara ini berlaku, kita akan diarahkan untuk membeli tiket pulang ke negara kita dan perlu memohon pembaharuan passport. Alangkah rugi dan kecewa kalau perkara ini berlaku pada kita kan? Boleh spoil rasa excited nak travel. Jadi, sangat penting untuk kita menyediakan dokumen tepat yang diperlukan oleh sesebuah negara yang bakal kita lawati nanti.

 

 

4. Persediaan Sekiranya Berlaku Kecemasan

Buat beberapa salinan passport, tinggalkan satu salinan passport dan itinerary perjalanan kita kepada waris terdekat sebagai persediaan sekiranya berlaku kecemasan ketika kita berada di luar negara. 

Selain itu, daftar dengan kedutaan atau pejabat konsulat Malaysia di negara yang bakal kita lawati. Jika berlaku sebarang kes di luar jangka, atau kecemasan, seperti ancaman perang atau bencana alam, pihak kedutaan boleh menghubungi kita untuk proses evakulasi dari negara tersebut.

 

5. Wang Tunai dan Kad Pembayaran

Tukar duit dengan pengurup wang yang berlesen sebelum berlepas. Paling untung kalau kita dapat selidiki terlebih dahulu pengurup mata wang asing yang mana menawarkan tukaran wang yang lebih murah.

 

 

Jangan lupa untuk mengaktifkan kad debit dan kad kredit kita dengan menghubungi pihak bank yang berkaitan. Ada sesetengah negara yang lebih menggalakkan penggunaan kad. Selain daripada itu, kad debit dan kad kredit ini juga boleh membantu sekiranya berlaku kes kecemasan di luar negara.

Selain itu, buat juga semakan bayaran keluar masuk negara yang dilawati. Ini kerana, bagi sesetengah destinasi, bayaran cukai lapangan  terbang tidak termasuk dalam tambang tiket. Jangan masa nak balik nanti, tiba-tiba dikenakan cukai, duit tunai dah habis, kad ATM pula dah tak boleh pakai. Satu masalah pula kita nak hadap.

 

6. Download Aplikasi Travel Yang Boleh Membantu

Sediakan buku panduan travel atau muat turun aplikasi panduan travel yang mengandungi maklumat destinasi yang ingin dituju. Sebagai contoh, kita boleh download aplikasi penterjemahan bahasa, tempahan hotel atau tempat makan halal destinasi yang ingin kita lawati. Dengan adanya aplikasi tersebut, ia akan memudahkan urusan kita apabila berada di negara berkenaan.

 

7. Semak Cuaca

Nampak simple tapi sangat penting untuk kita ambil tahu tentang cuaca destinasi yang ingin kita pergi. Untuk negara empat musim, pastikan pilih cuaca yang bersesuaian dengan kita. Andai kata kita alah sejuk, tak tahan apabila berada dalam suhu dingin, pastikan elak untuk ke negara yang sedang melalui musim salji. Cuaca juga masih dingin sewaktu di awal musim luruh dan musim bunga.

 

Kenangan bermain salji sewaktu menetap di Vienna, Virginia, USA. Anak sulung lahir kat sana. Alhamdulillah untuk memori indah menjadi anak rantau.

 

Mengetahui tengtang keadaan cuaca semasa juga memudahkan kita untuk menyediakan pakaian yang bersesuaian dengan cuaca di negara tersebut. Pakaian yang kena dengan cuaca akan menjadikan percutian kita lebih menyeronokkan. Kita tak dapat nak enjoy menikmati salji dengan memakai tshirt dan seluar slack dan berselipar. Boleh beku kat situ.

 

8. Bekalan Makanan dan Keperluan Lain Travel

Pastikan untuk membawa bekalan makanan yang secukupnya. Sesetengah negara, agak sukar untuk kita mendapatkan makanan halal. Jadi, sementara kita berjumpa dengan restoran atau kedai makanan halal, takdelah kita kelaparan di negara orang.

Selain itu, bawa travel kit bagi menjimatkan ruang bagasi kita. Travel kit ni sangat membantu kita untuk packing barang yang paling penting sahaja.

Pastikan juga untuk menyediakan satu persalinan pakaian dalam hand carry bag terutamanya apabila destinasi travel kita melibatkan negara yang jauh dan memakan masa penerbangan yang panjang.

Jangan lupa untuk membeli adapter dan plug internasional ya. Setiap negara mempunyai plug yang berbeza. Banyak kedai yang jual plug internasional ni. Hatta dekat MR D.I.Y pun ada jual. Buat masa ni harganya sekita RM14.00. Sangat mampu milik kan.

Tak kurang juga, pastikan kamera berada dalam keadaan baik. Kalau guna handphone, pastikan space handphone kita telah dikosongkan. Bukan apa, dah alang-alang nak travel ke luar negara, mesti kita nak rakamkan momen kat sana kan? Lagipun belum tentu kita boleh kembali lagi ke destinasi yang sama. Jadi, jangan lupa abadikan sebanyak mungkin gambar dan video di negara berkenaan sebagai kenangan terindah dalam hidup kita.

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

2 thoughts on “8 Tips Travel Ke Luar Negara Untuk Beginner

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge