• Putrajaya, Malaysia
  • October 8, 2024

Pergi bercuti sambil bersenang-lenang memang menjadi impian semua orang. Ada yang bercuti sambil bekerja, ada pula yang bercuti kerana ada urusan yang perlu diselesaikan dekat destinasi tersebut. Tapi kalau bercuti sambil buat urusan lain terutamanya urusan kerja, memang tak best. Hilang feel holiday kita tu. Alangkah baiknya kalau dapat bercuti tapi pada masa yang sama layanan yang diterima sangat istimewa dan ekslusif kan? Kalau nak tahu, Percutian Shaklee merupakan percutian mewah, ekslusif dan diberikan secara percuma.

 

Trip Percuma Shaklee

Kalau nak tahu, untuk leader yang bangunkan bisnes Shaklee, mereka berpeluang untuk menikmati trip mewah ke luar negara secara percuma. Terdapat dua kategori trip iaitu regional dan international trip. Regional trip ni melibatkan percutian ke negara-negara jiran atau ASEAN manakala international trip pula adalah percutian ke negara selain daripada negara ASEAN. Untuk international trip, para leader yang beragama Islam boleh menukarkannya dengan umrah.

Percutian mewah ni bertaraf 5-6 bintang tau. Kalau leader yang berkelayakan, boleh bawa pasangan, anak-anak ataupun ibu dan ayah mereka. Semasa percutian ni, semua qualifier akan dibekalkan luggage serta keperluan pakaian panas sekiranya sewaktu trip tu melibatkan destinasi negara yang sedang mengalami musim sejuk.

Bab makan pun sangat-sangat best kerana pihak pengurusan Shaklee akan menyediakan menu halal khas untuk delegasi dari Malaysia. Jadi, dapatlah kita menikmati makanan tempatan tanpa rasa was-was. Paling syok lagi tu, semua leader akan dibekalkan wang saku. Sekiranya destinasi percutian tersebut sukar untuk mendapatkan makanan halal secara buffet, boleh la guna wang saku tu buat beli makanan. Duit tu memang berlebih-lebih dah. Siap boleh buat shopping tau.

 

Percutian Mewah Shaklee Tahun 2023

Untuk tahun 2023 ni, Shaklee akan bawa delegasi ke Anaheim dan Los Angeles bagi international trip. Trip ni akan berlangsung selama tujuh hari, enam malam. Untuk regional trip, Shaklee akan bawa semua leader yang berkelayakan ke Seoul, Korea selama empat hari, tiga malam.

Kalau nak tahu, ada sesetengah leader yang siap sambung lagi percutian ke tempat lain selepas mengikuti percutian Shaklee ni. Of course lah dengan tambahan duit sendiri. Dah alang-alang sampai kat negara orang kan, baik ambil peluang. Nak datang balik mungkin agak mustahil untuk kebanyakan orang.

 

Percutian Mewah Shaklee Tahun 2022

Pada tahun lepas, Shaklee bawa semua delegasi leader yang berkelayakan ke negara syurga dunia, Switzerland. Percutian selama sembilan hari, tujuh malam. Switzerland memang terkenal dengan keindahan alamnya yang memukau. Satu lagi kalau nak ke sana memang kena ada bajet besar sebab pertukaran mata wang kita pun sangat mahal.

Percutian Shaklee kat Switzerland ni bukan kaleng-kaleng tau. Semua leader dibekalkan wang saku sebanyak 200CHF dengan nilai semasa waktu tu lebih kurang dalam RM1000. Wow sangat kan? Dah happy dapat wang saku, Shaklee memang bawa ke tempat yang menjadi tumpuan dunia kat sana. Dengan menaiki Turkish Airlines, transit kat Istanbul. Dari Istanbul pergi ke Zurich, Switzerland. Kemudian, naik bas dalam 2 jam ke Lucerne.

 

Semua delegasi Shaklee Malaysia dibawa ke Singapore Restaurant yang menyajikan makanan Asia. Bolehla lepaskan rindu pada tomyam.

 

Dari Zurich ke Lucerne. Kemudian Check in di Burgenstock Hotel & Resort Spa.

 

Berpeluang menaiki bot mewah bagi menikmati keindahan alam merentasi Lake Lucerne

 

Menuju ke Burgenstock Hotel untuk check in. Pengalaman baru yang sungguh mengujakan

 

Selain daripada Zurich, Lucerne, delegasi Shaklee Malaysia turut dibawa melancong ke Mount Titlis, Jungfrau Top Of Europe, Lausanne & Gruyeres, Olympic Museum di Lausanne, Charlie Chaplin World & Montreux dan Geneva.

Ni baru tahun 2022 tau. Sebelum-sebelum ni memang Shaklee bawa melancong ke serata dunia dah seperti Amerika Syarikat, Jepun, Itali, naik cruise dan banyak lagi. Boleh layan video percutian Shaklee ni.

 

 

Percutian Shaklee & Syurga Membeli-belah

Buat mereka yang kaki shopping, kalau dapat ke luar negara, memang heaven. KIM cakap ni berdasarkan pengalaman KIM sendiri yang pernah menetap di Amerika Syarikat selama tiga setengah tahun. Barang-barang kat sana terutamanya barang-barang branded seperti pakaian, hadbag, kasut dan pinggan mangkuk memang murah. Jangan convert ke mata wang kita tau. Tapi kalau convert pun, memang jauh lebih murah lagi.

Paling ketara adalah pakaian terutamanya di negara empat musim. Biasanya pakaian yang dikeluarkan ni mengikut musim. Apabila masuk musim salji, pakaian pada musim luruh akan dijual dengan harga yang lebih murah. Pakaian brand luar negara dekat butik Malaysia yang harganya beratus-ratus tu, boleh dapat dengan nilai dua angka dolar sahaja di luar negara contohnya US nilah. Memang boleh mabuk shopping.

So, nak ingatkan sangat-sangat ni sila bawa luggage kosong kalau bercuti ke luar negara terutamnya kalau aim nak shopping. Memang tak menyesal sebab selalunya ramai yang beli luggage kosong kat sana. Tapi boleh juga kalau aim nak beli luggage kat sana. Memang berbaloi sangat bagi yang suka travel.

 

Bagaimana Nak Dapatkan Percutian Shaklee Yang Super Mewah?

Bermula dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee (boleh hubungi KIM untuk bantu), kemudian jalankan bisnes Shaklee yang menjanjikan pulangan yang setimpal dengan usaha. InshaAllah, KIM dan team akan bersama-sama membantu anda membangunkan legasi bisnes Shaklee kita. Kalau berpeluang menikmati percutian Shaklee yang mewah dan percuma, kenapa pilih nak bayar, ye tak? Jangan lupa jemput baca 8 Tips Travel Ke Luar Negara Untuk Beginner.

 

Sharing Is Caring,

Naimah Wahab (KIM) – SID: 1001144

019-9377380

https://bit.ly/TanyaKIM

#KIMLegacy #KIMThrive #iReachX5 #peluangjanapendapatan #peluangbisnes #NextLevelBlogging #projekmegablog #shakleethrive23 #shakleethriumph23 #pengedarshakleejenderam #pengedarshakleedengkil #pengedarshakleeputrajaya #pengedarshakleeselangor #pengedarshakleeseluruhmalaysia #shakleereadystock #tipssihat #tipskurus #tipskurussihat #vitaminsemulajadi #kesihatanmenyeluruh

Website – www.myliferia.my
YouTube – https://youtube.com/@myliferia2394
Page – https://bit.ly/40EWHlf
TT – tiktok.com/@naimahwahab
IG – https://www.instagram.com/naimahwahab/
Tweeter – https://bit.ly/3Yx3fR9

Join Ahli Shaklee – Daftar Sendiri

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

0 thoughts on “Percutian Shaklee Yang Mewah Tapi Percuma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge