• Putrajaya, Malaysia
  • April 29, 2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂

 

Fuhhh, berasap WhatApps dan Facebook semenjak dua menjak ni bila timbul isu pengeboman GAZA, kekejaman Zionis terhadap Palestin dan kedangkalan pihak Israel terhadap penduduk bumi yang dirampas tersebut.

 

Sejurus daripada itu, akan timbul pula isu pemboikotan McDonald serta produk-produk tertentu yang lain. Shaklee pun tak terkecuali terkena tempias isu boikot-memboikot ni. Isu ini sebenarnya telah lama muncul, sudah lebih bertahun dahulu. Tenggelam timbul kembali seiring dengan serangan yang tidak berperikemanusiaan daripada pihak Israel terhadap Palestin.

 

 

Kontroversi #1: Isu Shaklee Penyumbang Kepada Dana Yahudi

 

Sebenarnya, individu yang menyumbang kepada dana Israel tersebut ialah salah seorang daripada pengedar Shaklee (Shaklee independent distributor). Beliau merupakan board of director kepada pertubuhan Kaneseth Israel iaitu David Miller atau nama glamour beliau Dave Miller.

 

 

Shaklee Penyumbang Dana Israel

 

Pihak pengurusan Shaklee Malaysia sangat mengambil berat isu ini dah telah memanjangkannya kepada Shaklee Coorperation. Pihak Shaklee Coorperation telah mengesahkan bahawa mereka memang tidak terlibat sebagai penyumbang kepada dana Israel tersebut.

 

Jadi, sesiapa pun memang tak boleh nak halang hak individu untuk memberi sumbangan kepada mana-mana badan amal dengan keuntungan perniagaan yang mereka perolehi. Samalah seperti orang Islam yang melakukan derma.

 

 

Kontroversi #2: Pada Botol Produk Shaklee Tiada Cop Halal JAKIM

 

Ni pun satu hal, rasanya dah berbuih orang Shaklee duk terangkan berkenaan status halal JAKIM ni. Produk Shaklee sebenarnya telah dikilangkan di Amerika Syarikat, jadi yang sampai ke Malaysia ni, sudah pastilah yang dah siap-siap dibotolkan.

 

 

shaklee's halal certification

Shaklee yang masuk ke Malaysia ni dah dapat kelulusan halal pihak Islamic Services of America (ISA) yang mana telah mendapat pengiktirafan halal daripada pihak JAKIM. Untuk maklumat lanjut, sila klik pada entri Sijil Halal JAKIM.

 

Ada juga yang kata produk Shaklee yang berbentuk softgel diperbuat daripada Brovine Gelatine yang haram. Dah terkeliru barangkali di antara Bovine dan Porcine? Sebenarnya, walaupun produk yang sama seperti Lecithin, namun pengilangan adalah berbeza bagi sesetengah negara.Sebagai contoh, Lecithin Shaklee yang dikilangkan untuk Canada adalah berbeza dengan Lecithin yang dikilangkan untuk Malaysia.

 

Pihak Shaklee sangat mengambil berat isu halal haram ni. So, jangan was-was lagi yer 🙂

 

 

Kontroversi #3: Ada Produk Shaklee Tiada Sticker KKM

 

Boleh refer kat botol Shaklee tu ada tak pelekat hologram Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kalau botol takde kat depan anda, boleh pergi check di laman sesawang Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia (BPFK). Berikut merupakan langkah-langkah untuk menyemak status produk Shaklee di BPFK:-

 

Cara semak status produk Shaklee di BPFK

 

Cara semak status produk Shaklee di BPFK2

 

Cara semak status produk Shaklee di BPFK3

 

Cara semak status produk Shaklee di BPFK4

 

Cara semak status produk Shaklee di BPFK5

 

Terdapat beberapa produk Shaklee yang tidak mempunyai pelekat hologram Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu:-

 

1. Advance Joint Health Tablet (AJHT)

2. Energizing Soy Protein (ESP)

3. Cinch

4. Collagen Powder

5. Performance Drink

6. Vivix

 

Adakah semua produk di atas ni tidak mendapat kelulusan KKM dan tidak selamat?

 

Sebenarnya semua produk di atas ni dikategorikan sebagai makanan. Makanan tidak memerlukan kelulusan KKM sepertimana beras, susu, gula dan sebagainya.

 

Rasanya dengan 3 isu yang diketengahkan ni pun dah cukup untuk menjawab segala persoalan dan isu-isu panas yang timbul tu kan?

 

Boleh ajer nak order sendiri produk Shaklee yang sememangnya dijamin sentiasa selamat, berkesan, semulajadi dan mesra alam ni.

 

Kalau terdapat sebarang kemusykilan, jangan lupa hubungi saya terus tau.

 

eBook Khas Cara Makan Vitamin Shaklee untuk anda yang mendaftar dengan saya. Terdapat juga info tentang Pantang Larang Vitamin Shaklee
eBook Khas Cara Makan Vitamin Shaklee untuk anda yang  mendaftar sebagai ahli dengan saya
Terdapat juga info tentang Pantang Larang Vitamin Shaklee

 

 

Untuk mendapatkan penjimatan di antara 20-25%, anda boleh menghubungi saya bagi mendaftar sebagai ahli. Tidak perlu aktif, tidak perlu maintain pembelian.

 

Yuran keahlian hanya sekali seumur hidup!

 

Borang Daftar Online

Daftar Keahlian Percuma

(Contoh: Dengan pembelian 2 botol Vivix, anda terus dapat harga ahli dan keahlian percuma serta bonus tunai pada bulan seterusnya)

 

 

Untuk sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan saya segera.

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

3 thoughts on “Kontroversi Shaklee; Penyumbang Dana Israel, Halal JAKIM dan Kelulusan KKM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge