• Putrajaya, Malaysia
  • April 26, 2024

Untung betul rasa bila incik suami terchenta sukakan masakan jenis tumis air ni. Cepat nak sediakan tu satu hal lah. Tapi yang penting tu, insyaaAllah lebih sihat. Tapi perlu tambah lada hitam, baru kene selera beliau. Saya dan anak-anak, ok jer. Semua suka. Beres! hehe

Tumis labu air ni tersangat lah mudah, senang dan simple nak sediakan. Macam buat tumis petola lada hitam gak lah. Tukar jer dengan labu air.

Caranya, tumis 4-5 ulas bawang putih yang telah ditumbuk bersama sejemput bilis dan 1/2 sudu kecil lada hitam. Lada hitam ni boleh jer guna yang dah serbuk. Biar garing sikit, masukkan 2 gelas air kosong bertapis.

Biarkan menggelagak 2-3 minit. Lepas tu masukkan labu air dan perasakan dengan garam. Kalau nak seimbangkan rasa, masukkan sedikit jer gula melaka. Tapi untuk kes detoks parasit ni, tak letak gula melaka tu lagi bagus, walaupun tak salah. Asal jangan gula putih.

Siap!

 

 

Tips Kurus Cantik Mudah dan Cepat
Gambar incik Google

 

Untuk sotong goreng kunyit pulak, tersangatlah simple. Pejam mata pun boleh buat tau!

Gaulkan 5-7 ekor sotong sederhana besar yang telah dipotong kecil dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.

Goreng dengan minyak yang sedikit sehingga kuah yang terhasil daripada air sotong menjadi pekat.

Ada masanya saya biarkan sehingga kuah dan sotong tu menjadi sedikit garing, hmmmm sedapnyer!

Siap!

 

Tips Kurus Cantik Mudah dan Cepat
Gambar incik Google

Boleh makan bersama sambal belacan, ikan masin, nasi panas-panas. Mesti bertambah-tambah 😀

 

P/S: Jangan lupa ambil Set Detoks Parasit lepas makan ye. Ikut seperti dalam jadual. Nanti saya guide 🙂

 

 

Jom join group detoks parasit bersama-sama saya 🙂

Whatapps ke 019-9377380

Kita detoks parasit ramai-ramai, lagi seronok, lagi bersemangat, lagi syok!

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge