• Putrajaya, Malaysia
  • April 16, 2024

Penyakit buah pinggang atau ginjal kronik ialah kehilangan progresif fungsi buah pinggang yang lambat selama beberapa tahun mengakibatkan kepada kegagalan buah pinggal kekal. Di Malaysia, dianggarkan seramai 2300 pesakit baru dikesan mengidap kegagalan ginjal setiap tahun.

Sehingga 31 Disember 2004, pesakit yang mendapat rawatan dialysis berjumlah 11,544 orang. 70% mendapat rawatan di pusat rawatan hemodialisis manakala 30% lagi mendapat rawatan CAPD atau rawatan hemodialisis di rumah.

Kegagalan ginjal terbahagi kepada beberapa peringkat mengikut tahap kerosakan iaitu Tahap 1 hingga Tahap 4.

Kegagalan ginjal peringkat akhir berlaku apabila fungsi ginjal berada pada Tahap 4.

 

Kepentingan Buah Pinggang (Ginjal)

 

Buah pinggang atau ginjal ialah sepasang organ berbentuk kacang yang menjalankan fungsi pengekalan hayat yang sangat penting. Di antara fungsi-fungsi ginjal ialah:-

  • Membuang bahan kumuh seperti urea dan toksin dari badan
  • Membuang cecair yang berlebihan dari badan
  • Mengawal tekanan darah
  • Mengawal asid dalam darah
  • Mengawal mineral dalam badan
  • Menghasilkan hormon untuk pembentukan sel darah merah (erythropoietin) dan active Vitamin D, untuk mengekalkan tulang yang kuat dan sihat.

 

 

 

kegagalan ginjal & penyakit buah pinggang kronik 2 - punca masalah ginjal

Punca-punca Utama Kegagalan Ginjal Di Malaysia

 

 

cara atasi penyakit buah pinggang

 

Bagaimana Mengesan Penyakit Ginjal?

Kerosakan ginjal berlaku secara senyap-senyap tanpa sebarang tanda dan gejala sehingga ke peringkat yang teruk.

Jadi, kita dinasihatan supaya menjalani pemeriksaan kesihatan sekiranya kita tergolong di dalam kumpulan berisiko tinggi.

Di antara tanda-tanda penyakit kegagalan ginjal yang boleh menjadikan kita rasakan:-

  • Sentiasa dalam keadaan lemah dan keletihan (disebabkan oleh kekurangan sel darah merah)
  • Rasa mual, muntah dan hilang selera makan
  • Gatal seluruh badan
  • Sakit tulang
  • Bengkak pergelangan kaki dan sesak nafas
  • Pucat
  • Kencing yang berbuih
  • Darah keluar bersama air kencing
  • Jangkitan salur kencing yang berulang-ulang
  • Pengeluaran kencing yang berkurangan
  • Kencing kerap terutamanya waktu malam
  • Mengalami hypertensi pada usia muda

 

Golongan Yang Berisiko Mendapat Penyakit Ginjal

  • Jika mempunyai tekanan darah tinggi
  • Jika mengidap penyakit diabetes yang tidak terkawal
  • Jika air kencing mengandungi darah dan protein
  • Jika mengidap penyakit sistem keimunan seperti Systemic Lupus Erythromytosis (SLE).
  • Jika mempunyai sejarah kerap mengambil ubat penahan sakit atau herba
  • Jika terdapat sejarah penyakit ginjal dalam keluarga
  • Jika mengidap penyakit jantung.

 

Bagaimana Mencegah Kegagalan Ginjal

Perkembangan kegagalan ginjal peringkat akhir dapat dilewatkan dengan cara pengesanan awal, pengawalan tekanan darah tinggi yang ketat, mengawal paras gula dan mengawal kandungan protein dalam air kencing.

Mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit ginjal digalakkan membuat saringan ujian air kencing dan ujian darah. Golongan yang dimaksudkan ialah:-

  • Pengidap Kencing Manis (Diabetes Mellitus)
  • Darah Tinggi (Hypertension)
  • Penyakit Ginjal Batu Karang (Renal Stones)
  • Sejarah Penyakit Ginjal Dalam Keluarga
  • Pesakit yang mempunyai satu ginjal sahaja yang berfungsi
  • Mengamalkan pengambilan ubat penahan sakit secara berterusan.

 

Pada zaman yang serba moden dan nak segera ni, cara hidup dan pemakanan kita yang kurang sihat menyebabkan hampir semua di antara kita boleh tergolong di dalam mereka yang berisiko mendapat penyakit ginjal.

Namun, segalanya boleh dielakkan dengan mengambil segera langkah pencegahan. Cara yang paling mudah ialah dengan mengubah tabiat hidup dan pemakanan yang lebih sihat agar kita dan keluarga terhindar daripada penyakit yang agak berbahaya ini.

Sekali dah sampai tahap kena dialisis, memang boleh dikatakan terpaksa bergantung kepada mesin tersebut. Nau’zubillah!

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

0 thoughts on “Penyakit Ginjal Kronik & Kegagalan Ginjal; Apa Yang Perlu Kita Tahu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge