• Putrajaya, Malaysia
  • April 25, 2024

Fuhhh….sebenarnya cuak juga saya nak buat entry ni sebab website saya ni baru lahir, jadi sah-sahlah lompang sana sini. Tapi demi kebaikan untuk website ini sendiri, saya gagahkan juga untuk menyertai Segmen – Saya Mahu Ditegur ni.

we-heart

Pertamanya terima kasih buat teman saya, Deeja yang bagitau pasal segmen ini. Juga terima kasih kepada pihak penganjur, eyriqazz.com. Walaupun dah tinggal tak sampai tiga hari jer lagi dari tarikh tutup, saya tetap teruja nak sertainya sama. Dia antara sebab kenapa saya mahu ditegur ialah:-

  • saya blogger baru, tersangat baru dan sememangnya perlu tunjuk ajar
  • nak tambah ilmu dan kemahiran
  • nak sama-sama sebarkan ilmu dan kemahiran bila dah pandai nanti
  • berukhwah
  • semoga dapat berkongsi maklumat yang setepat yang mungkin
  • dapat guide daripada orang-orang yang sudah berpengalaman, jadi mereka yang baik hati ini akan terus bawa kita ke point yang sepatutnya
  • supaya website saya tak jadi website syok sendiri
  • tak mahu website bersawang
  • sentiasa ada peningkatan
  • from zero to superb

 

Sekiranya anda ingin melihat senarai produk Shaklee, sila klik di sini.

Untuk membuat sebarang tempahan, sila klik di sini.

Terima kasih :)

New-Name-Card

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

27 thoughts on “Segmen – Saya Mahu Ditegur

  1. selamat datang ke dunia blogger..tak banyak boleh ditegur..sebab baru kan..:D

    1.Bahagian about tu,alamat emel tu elok diletakkan dalam bentuk image..kalau tak, harvest email software akan detect..dan spam ke inbox email nanti..
    2.kot letak gambar sendiri kat header mungkin lagi best..saya je belum letak header lagi.ehee
    reezluv recently posted…Kisah Awek Aeon Credit & Apek P1My Profile

  2. salam admin myliferia,

    utk sebuah blog baru, blog ni nmpk profesional sbb m’gunakan latar putih – warna yg bersih, kemas dan selamat.

    sy cadangkan widget pages di bawah blog ni disorok kerana tak terlalu penting. itu saja. dan widget category boleh buang salah satu 😉

    happy blogging dan selamat maju jaya 🙂
    Ummi Hanie recently posted…Keajaiban kalimah BISMILLAHMy Profile

  3. Assalamualaikum pada admin.. Pertama kali jejak ke blog ini..

    1. Dari segi theme ok dah.. Load laju, pengubahsuaian mengikut citarasa perlu buat tapi slow2 pun takpe..
    2. Niche blog ok, sesuaikan dan teruskan buat posting..
    3. Bab navasi blog tu boleh di perkemaskan lagi..
    Irwan Alessa recently posted…Misi Blog TerbaruMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge