• Putrajaya, Malaysia
  • May 1, 2024

Dari mata jatuh ke hati. Dari rasa mengikat jiwa. Itulah perumpamaan yang KIM boleh gambarkan betapa kuatnya ikatan hati dan kesetiaan KIM dengan Shaklee. Bukan cakap-cakap kosong tau. Bukan juga cinta yang membuta-tuli. Tapi daripada pengalaman sendiri menggunakan produk serta berbisnes dengan Shaklee yang menjadi sebab KIM masih setia lagi dengan Shaklee. Banyak sangat testimoni Shaklee yang KIM sendiri rasa. Nanti KIM kongsikan ya.

 

Testimoni Shaklee KIM Menggunakan Produk

1. Kawal dan Turunkan Bacaan Gula Dalam Darah Semasa Hamil

Alhamdulillah KIM dikurniakan empat orang anak lelaki. Semasa KIM hamil anak kedua, KIM telah disahkan mengalami Gestational Diabetes Mellitus atau lebih dikenali sebagai GDM di kalangan ibu mengandung. GDM ni adalah diabetes atau kencing manis yang pertama kali berlaku ketika seseorang wanita tu hamil. GDM ni bukan terjadi disebabkan seseorang wanita tu sudah menghidapi diabetes sebelum hamil. Walaupun GDM ni berlaku semasa hamil, tapi ibu tersebut berisiko untuk mendapat kencing manis selepas bersalin kalau tak jaga diet sihat dan seimbang semasa hamil GDM.

Masa sangkut GDM lepas minum air gula tu, KIM ingat biasa-biasa jer lah. Ikutlah arahan doktor kot perlu jaga diet jer kan. Namun, bermulalah episod huru-hara dalam kehidupan seharian apabila perlu melalui siri BSP test. Ujian BSP ialah Blood Sugar Profile Test. Ujian BSP ni dijalankan ke atas ibu hamil yang telah menjalani ujian MGTT (Modified Glucose Tolerance Test) atau minum air gula dengan bacaan gula dalam badan yang tinggi.

 

This image has an empty alt attribute; its file name is testimoni-shaklee-cegah-gdm-semasa-hamil-600x267.webp

 

BSP test ni kena buat empat jali sehari. Biasanya dalam jam 8.00 pagi, 11.30 pagi, 4.30 petang dan 9.30 malam bergantung kepada prosedur masa yang telah ditetapkan oleh klinik kesihatan masing-masing. Empat kali sehari nak kena keluar pejabat (kecuali sesi malam) untuk buat test kat klinik ni, mencabar juga kalau kebetulan tengah banyak kerja nak diselesaikan. BSP test ni kena buat setiap kali sebelum appointment berkala tu, kena ada keputusan BSP terkini untuk pantauan doktor. Walaupun tak buat ujian setiap hari, tapi memang agak kelam-kabut jugalah tiap kali tiba hari nak kena buat ujian BSP tu.

Maka bermulalah episod KIM mencari penawar GDM ni. Google punya google serta sembang-sembang juga dengan orang, terjumpalah cadangan Set hamil Shaklee. Paling best ambil Set Hamil Lengkap sebab khasiat dia dah merangkumi keperluan nutrisi ibu dan bayi dalam kandungan. Prenatal Set atau turut dikenali sebagai New Beginnings Set ni mengandungi ESP (protein), Omega Guard (minyak ikan tulen), Ostenutrix (Kalsium, Magnesium, Vitamin D), B Complex, Vitamin C dan Vita-Lize (multivitamin dan multimineral). ESP ni lah banyak bantu kawal gula dalam darah. B Complex pun sama, tukar gula kepada tenaga. Vitamin-vitamin lain pun saling berkait dalam membantu kesihatan ibu hamil sekaligus bagus juga untuk bayi dalam kandungan. 

Alhamdulillah sangat-sangat, bacaan gula dalam darah KIM stabil dan cantik. Punyalah terasa betapa azabnya hidup bila ada GDM dan kena hadap BSP ni, KIM sampai bertekad, kalau ada rezeki hamil lagi, KIM nak pastikan awal-awal jaga makan, ambil produk Set Hamil Shaklee dan make sure konsisten dan tak tinggal khasnya ESP. Alhamdulillah sangat-sangat, hamil anak ketiga dan keempat, KIM bebas GDM. Syukur sangat, yahooooo!!!!

KIM trauma dengan nama GDM dan serik dengan BSP test. Inilah antara testimoni Shaklee yang paling bermakna dalam hidup KIM. Sebab tu panjang lebar KIM berkongsi cerita  ni. Hanya mereka yang pernah mengalami GDM dan perlu melalui ujian BSP sajalah yang faham macam mana rasa bebanan tu. So, kalau sesiapa yang sedang hamil sekarang ni, walaupun takde GDM, silalah amalkan Set Hamil Lengkap ni. InshaAllah bantu cegah GDM dan risiko kehamilan yang lain. Kalau sedang mengalami GDM, set ni inshaaAllah mampu kawal dan kurangkan risiko GDM tersebut.

 

2. Kurangkan Keguguran Rambut Selepas Bersalin

Semasa hamil dan selepas bersalin badan kita mengalami perubahan hormon. Perubahan hormon ni ada kalanya menyebabkan rambut ibu mengalami keguguran. Samalah macam KIM. Keguguran rambut yang KIM alami selepas bersalin tu agak teruk juga walaupun taklah sampai ke tahap kronik. Tapi kalau setiap kali sikat rambut, sapu lantai atau mandi, nampak banyak rambut bergelimpangan atas lantai, risau juga kan.

 

This image has an empty alt attribute; its file name is testimoni-shaklee-rambut-gugur-2-539x400.jpg

 

So, bila cari info, ada yang cadangkan ESP yang menjadi antara produk paling top di Shaklee. Dah ada ESP tu, konsisten jelah amalkan. Lagipun ESP sahaja, shake dengan air sejuk chiller pun dah sedap kat tekak KIM. ESP yang berperisa vanila ni pun best sangat kalau kita buat smoothies. Mix dengan apa-apa sahaja buah memang sedap. Alhamdulillah, tak lama lepas tu, bila KIM sikat rambut, tak banyak rambut yang gugur. Kadang-kadang siap test tarik-tarik rambut lagi (hihihi) tapi syukurlah, akar dan rambut semakin kuat. Ni pun testimoni Shaklee yang KIM tak boleh lupa.

 

3. Gastrik Yang Tak Jadi Menyerang

Pernah dengar rojak stor tak? Kadang-kadang orang panggil rojak sentul. Ada yang guna buah stapi. Ni kalau di Terengganu lah. Ada haritu KIM dapat bekalan buah stor. Yang ni tak ingat beli kat kampung atau dengan group taman. Apa lagi, bikin rojak stor versi Terengganu lah. Buat kuah banyak-banyak. Kuah dia tu sama macam kuah rojak betik. Kuah dia diperbuat daripada isi ikan khasnya ikan sardin, cili boh, cuka, gula melaka, asam jawa dan garam sikit. Masam-masam manis gitu. Dah siap kuah, masukkan buah stor, lepas tu makan dengan keropok keping goreng, terangkat weh.

Dah buat banyak-banyak ni kan, so KIM simpanlah dalam peti sejuk. Jadi ada satu malam tu, teringin nak makan rojak stor ni. Dah agak lewat malam gak lah. Tapi dah teringin tukan, makan jelah. Rasanya dekat semangkuk jugak makan. Tiba-tiba perut rasa panas-panas. Ishhh, dah kenapa ni. Rasa memang tak selesa kat perut tu. Agak-agak macam nak kena gastrik ni kalau dibiarkan. KIM bukan pengidap gastrik tapi instinct kata macam tu masa tu. Macam mana ni, macam mana ni? Tak nak kena gastrik. Baca perkongsian orang yang kena gastrik, memang teruk.

 

This image has an empty alt attribute; its file name is testimoni-shaklee-atasi-gastrik-1-1-511x400.jpg

 

Tiba-tiba teringat ESP. Apa lagi, terus bancuh dan minum. Alhamdulillah, dalam waktu yang agak singkat, terus rasa lega. Makan rojak tu kan sebabkan pertambahan asid dalam perut. Tambah pulak perut lama kosong. Kan dah kena penangan rojak stor. ESP pula bersifat alkali, tu yang cepat neutralkan asid dalam perut. Syukurlah tak melarat jadi gastrik. Buat kalian yang mengidap gastrik atau pernah sampai dapat serangan gastrik kronik, boleh amalkan ESP plus Ostenutrix dan Alfafa. Depa semua geng-geng alkali. Jadi, apabila bertemu, asid tidak akan dapat mengganas lagi.

 

4. Luka Luaran Segera Kering dan Sembuh

Vivix memang terkenal sebagai agen penyembuh luka dalaman. Ramai yang berkongsi, apabila mengambil Vivix lepas bersalin semasa berpantang, luka bersalin mereka lebih cepat sembuh dan badan pun sangat bertenaga. Tapi Vivix ni pun sangat membantu luka luaran cepat kering dan sembuh. Ada masanya kalau kulit KIM macam nak naik ruam yang gatal-gatal tu, sapulah segera Vivix, inshaaAllah ruam tu tak jadi merebak.

Anak-anak KIM yang aktif tu, kalau luka terjatuh atau terkena apa-apa dekat badan, KIM memang sapu jer Vivix ni. Tapi kan, bila sapu Vivix ni, dia rasa agak pedih sedikit hasil daripada tindak balas kandungan dalam Vivix terhadap luka tu. Jadi, kalau untuk anak-anak, KIM tunggu diaorang tidur dulu, baru sapu. Biasanya kalau luka biasa, beberapa hari tak boleh kena air kan, pedih. Kalau sapu Vivix, inshaaAllah, sehari lepas tu dah boleh kena air macam biasa.

Ni kalau luka kecil dan tak dalam sahaja tau. Kalau luka agak besar dan dalam, segera dapat rawatan doktor. Luka biasa yang kita selalu sapu ubat kuning atau antiseptik tu, boleh lah try guna Vivix, ni. InshaaAllah, hasilnya sangat mengagumkan. Even KIM sendiri pun sangat teruja nak bereksperimen dengan Vivix sebagai penyembuh luka segera.

 

5. Pain Killer Semulajadi

KIM kalau seboleh-bolehnya nak elak makan panadol. So cuba nak guna cara alternatif. Dulu KIM pernah kena sakit gigi. Ya Allah, dia punya denyutan dan sakit tu, memang tak boleh bawa bincang. Janganlah buat hal dengan orang sakit gigi, memang mengundang lah. Sakit gigi ni antara sakit yang paling sakit lah kadar dia tu. So, KIM ikhtiarkan ambil megadose Ostenutrix dan B Complex. Sebagusnya, lepas ambil suplemen ni, tidur. Bangun lepas tu, inshaaAllah sakit gigi beransur kurang. Sama juga kalau ada rasa pening-pening kepala, ikhtiarkan megadose Ostenutrix, B Complex dan tambah Vitamin C. Mereka memang pain killer terbaik.

 

Testimoni Shaklee KIM Dalam Bisnes

Tahu tak yang sesiapa sahaja join sebagai ahli walaupun pada awalnya untuk makan sendiri boleh buat bisnes bila-bila masa pun? Best kot, buat belian tapi kalau layak, dapat cash bonus. Ada antara customer merangkap downline KIM pernah dapat cash bonus lebih daripada RM200 tau. Dia beli supplements untuk diri sendiri, keluarga dan orang tua dia. Mana nak cari bila beli barang dapat cash back sebanyak itu kan? Cash back tu pula terpulang kat kita nak buat apa. Tak wajib pun kena reedem balik produk Shaklee. Part ni KIM sangat seronok nak berkongsi benefit dengan pengguna dan bakal pengguna produk Shaklee yang lain.

 

This image has an empty alt attribute; its file name is testimoni-shaklee-berjaya-dalam-bisnes-600x300.jpg

 

Sebab tu, bila kita buat bisnes, banyak sangat peluang untuk kita capai pelbagai bonus yang telah ditawarkan oleh Shaklee. Macam KIM sendiri, semasa pertama sekali dapat bonus 4 angka, KIM hadiahkan mak KIM Vivix yang merupakan supplements paling premium di Shaklee. Perasaan puas tu memang tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata. Kerja makan gaji pun belum tentu dapat bagi hadiah premium macam tu. Alhamdulillah, Shaklee make it reality.

Kalau nak share testimoni Shaklee KIM ni, esok lusa pun tak habis tau. Belum campur lagi testimoni customer dan downline KIM yang lain. Kalau google kat sosial media pun, masing-masing sangat excited dengan kesan yang diaorang perolehi hasil konsisten dengan produk dan bisnes Shaklee. Jika nak tahu lanjut tentang produk Shaklee dan juga peluang jana pendapatan dengan Shaklee, jangan lupa hubungi KIM segera ok.

Jomlah kongsikan testimoni Shaklee korang kalau pernah guna produk atau buat bisnes Shaklee ni. Kalau yang tak pernah guna, rasa tak nak try produk atau bisnes Shaklee? Slot perkongsian testimoni Shaklee ni ditaja oleh Master Norita daripada blog anakkuwiraku.com. Harap-harap KIM berjaya menang hadiah tajaan daripada Master Norita selaku super duper upline KIM yang sentiasa memberi sokongan berpanjangan buat kami semua. Doakan KIM berjaya ya.

 

Sharing Is Caring,

Naimah Wahab (KIM) – SID: 1001144

019-9377380

https://bit.ly/TanyaKIM

#KIMLegacy #KIMThrive #iReachX5 #peluangjanapendapatan #peluangbisnes #NextLevelBlogging #projekmegablog #shakleethrive23 #shakleethriumph23 #pengedarshakleejenderam #pengedarshakleedengkil #pengedarshakleeputrajaya #pengedarshakleeselangor #pengedarshakleeseluruhmalaysia #shakleereadystock #tipssihat #tipskurus #tipskurussihat #vitaminsemulajadi #kesihatanmenyeluruh

Website – www.myliferia.my
YouTube – https://youtube.com/@myliferia2394
Page – https://bit.ly/40EWHlf
TT – tiktok.com/@naimahwahab
IG – https://www.instagram.com/naimahwahab/
Tweeter – https://bit.ly/3Yx3fR9

Join Ahli Shaklee – Daftar Sendiri

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

0 thoughts on “Testimoni Shaklee Pengikat Hati Saya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge