• Putrajaya, Malaysia
  • March 29, 2024

Tahukah kita  bagaimana sel-sel otak kita berhubung? Sel-sel otak kita ni tidaklah bersambung secara direct macam wayar komputer yang berselirat tu. Sebenarnya, di antara sel-sel otak (dipanggil neuron) terdapat satu ruang yang dikenali sebagai synapse. Pada synapse ni lah berlakunya pemindahan neurotransmitter daripada satu neuron ke neuron yang lain.

 

Bagaimana Otak Berfungsi

Ok, cuba bayangkan kalau neurotransmitter tu tak boleh melepasi synapse tu ke neuron-neuron yang lain? Senang cerita, katakan kita pandu kereta melalui satu jambatan untuk melintasi sebatang sungai, kalau tiba-tiba kat tengah jambatan tu terdapat retak dan runtuhan, mesti kita tak dapat nak teruskan perjalanan ke sebelah sana kan? Kalau teruskan jugak, dengan kita dan kereta kita sekali masuk sungai…ye tak?

Sama juga kalau orang bercakap telefon, kalau tiba-tiba terdapat gangguan, mesti tak dengar dengan jelas apa yang orang sebelah sana tu cakap kan? Mesej tak sampailah jadinya.

Samalah kisahnya kalau terdapat gangguan terhadap neurotransmitter kita. Bila sel-sel otak dah tak dapat berhubung, mulalah berlaku gangguan pada diri kita. Bukan penyebab menjadi nyanyuk je, masalah kesihatan lain pun boleh timbul.

Tips Memastikan Aliran Neurotransmitter Berjalan Lancar

 

1) Amalan Rohani

Sebagai seorang Muslim, yang paling penting dan utama sekali adalah menjaga Amalan Rohani. Pasai apa pulak? Of course lah kan, scientifically, memanglah sistem tubuh kita ni berjalan sendiri tapi spiritually sebenarnya ada ‘sesuatu’ yang menjaga setiap milimeter atau inci tubuh kita ni.

Ia adalah Malaikat yang menjaga setiap degupan jantung dan aliran darah kita. Jadinya, nak tak nak, by hood or by crook, perlu buat amalan rohani agar kita benar-benar sihat. Kesihatan rohani kan sangat mempengaruhi kecergasan jasmani 🙂

 

2) Aktiviti Fizikal

Kemudian, jangan lupa juga untuk mencergaskan diri atau mengeluarkan peluh. Bukan duduk goyang kaki, makn tidur jer. Buatlah aktiviti fizikal seperti kerja rumah, berkebun, bermain dengan anak-anak atau melakukan senaman. Bila badan sihat, otak pulak jadi cergas.

 

3) Mengambil Vitamin @ Suplemen Untuk Otak

Dah jaga amalan rohani dan mempunyai gaya kehidupan yang sihat, jangan lupa pula membekalkan otak kita dengan nutrien. Awasi apa yang kita makan sebab ianya akan pergi ke otak juga. Selain daripada Omega Guard yang agak famous untuk otak, terdapat beberapa jenis suplemen pilihan yang sangat disyorkan untuk otak kita, di antaranya ialah:-

 

a) Protein (ESP)

Protein membina neuron dan neurotransmitter. ESP pun turut mengandungi asid amino yang menjaga neuron dan saraf kita supaya sentiasa alert.

 

b) Vitamin C

Vitamin C ni bertindak menjaga sel otak daripada rosak. Bayangkan kalau sel otak kita rosak? ooohhh, tidak!

 

c) B Complex

B Complex bertindak menjaga kesihatan neurotransmitter.

 

d) Lecithin

Lecithin mengandungi phosphatidylcholine yakni precursor untuk neurotransmitter. Dengan erti kata lain, ia bantu perpindahan neurotransmitter ni dengan lebih mantap lagi.

 

e) Omega Guard

Omega Guard dapat membantu mengurangkan risiko otak mengecut. Takut nak bayangkan!

 

f) Performance Drink

Performance Drink melancarkan lompatan neurotransmitter.

 

g) Vivix

Vivix mengandungi Resveratrol. Komponen utama dalam Vivix ni bertindak membaiki sambungan sel-sel otak yang sebelum ini bermasalah.

 

Oleh itu, kalau kita rasa otak kita ni macam dah tak berapa nak betul, weng-weng sikit atau asyik terlupa je, cepat-cepatlah ambil produk kat atas ni. Kalau yang memang sedia amalkan dah produk ni, silalah up kan dos suplemen yang sedang diambil tu. Mungkin dos kurang, jadi sel-sel otak tak berapa nak bersambung dengan lancar 🙂

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

3 thoughts on “Tips Mencegah Nyanyuk & Ketahui Bagaimana Otak Kita Berfungsi

Leave a Reply to Naimah Wahab Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge