• Putrajaya, Malaysia
  • April 19, 2024

Sejak berkahwin, antara tugas utama KIM adalah shopping barang basah seperti ikan, udang, sotong, ayam daging, sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya. Ni antara kerja yang KIM suka dan pada KIM boleh dijadikan sebagai terapi minda.

Selalulah jugak, kalau ke pasaraya, walaupun takdelah sangat list nak beli barang basah ni, tapi nak juga meronda-ronda kat kawasan jualan depa semua. Rasa seronok pun ada….hehehe

Oke, berbalik cerita barang basah ni, kadang-kala kita pun boleh confuse sama ada barang tersebut, contohnya ikan betul-betul segar atau tak. Ada ikan yang luarannya nampak sangat fresh, tapi bila dah balik rumah, hancur lunyai bila dibersihkan.

Mesti frust kan kalau jadi macam ni?

 

 

Cara Nak Kenali Ikan Segar

Jom KIM kongsikan cara mudah untuk mengenalpasti ikan yang kita nak beli tu betul-betul segar.

? Warna kulit terang dan cerah.

? Daging ikan bila ditekan terasa kenyal.

? Mata jernih menonjol dan cembung*.

? Sisik ikan segar masih melekat kuat dan berkilat, sisik yang masih kukuh dan tidak tertanggal.

? Insang berwarna merah.

? Sirip kuat.

? Kulit dan daging ikan tidak mudah terobek/terkoyak, terutama pada bahagian perut.

? Tidak berbau busuk.

*Untuk warna mata, tekstur dan warna ikan, tergantung pada jenis ikan.

 

Haaa…mudah kan? Lepas ni, bolehlah memborong ikan kat pasar atau pasaraya tu dengan riang-ria sebab dah tahu cara nak dapatkan ikan segar 🙂

 

Naimah Wahab

Suka shopping barang basah 🙂

019-937 7380

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

3 thoughts on “​Tips Pilih Ikan Segar Dengan Mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge