Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂
Sebut sahaja perkataan diet, turunkan berat badan, kuruskan badan, biasanya kita akan kaitkan dengan faktor pemakanan. Ramai di antara kita yang sangat menjaga pemakanan untuk kurus tetapi masih belum mencapai berat badan yang ideal.
Tahukah anda bahawa sekiranya anda masih menggemari teh tarik, sirap bandung, air soda dan sebagainya, anda telah melakukan kesilapan besar dalam berdiet? Ini kerana minuman tersebut sangat tinggi kandungan gula dan boleh menggemukkan anda.
Ramai yang mungkin terlepas pandang bahawa pengambilan air yang “sihat” juga sangat penting dalam diet harian kita.
Minuman Yang Membantu Anda Kurus
1) Air Putih
Beberapa kajian menunjukkan bahawa amalan minum segelas air putih 20 minit sebelum makan boleh mengurangkan jumlah kalori yang akan diambil. Walaupun belum diketahui puncanya, namun para penyelidik amnya berpendapat kepadatan kalori minuman turut berperanan mengurangkan pengambilan kalori daripada makanan.
2) Air Batu
Satu kajian di Jerman mendapati bahawa dengan meminum air batu atau ais boleh membakar kalori. Dua gelas air batu dikatakan mampu membakar sehingga 24 kalori. Lebih kurang 40% pembakaran digunakan untuk menyesuaikan suhu air minuman supaya sama dengan suhu badan.
Namun, elakkan meminum air batu atau ais sebaik sahaja mengambil makanan berminyak atau berlemak.
3) Teh Hijau
Kajian menunjukkan bahawa teh hijau mampu memperbaiki daya tahan badan sehingga 24% selain meningkatkan pembakaran lemak.
Teh hijau berfungsi mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolestrol. Satu kajian yang dibuat oleh International Journal of Obesity telah membuat kesimpulan berdasarkan kajian mereka bahawa ektrak teh hijau mampu meningkatkan pembakaran lemak dan kalori dalam badan.
4) Susu Coklat Bebas Lemak
Susu coklat tanpa lemak merupakan minuman yang terbaik selepas melakukan senaman. Kandungan protein dan karbohidratnya mampu memulihkan kembali tenaga yang hilang sewaktu aktiviti yang melibatkan banyak gerakan dan rembesan peluh.
5) Jus Buah-buhan dan Sayur-sayuran
Jus buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan salah satu pilihan terbaik sewaktu berdiet kerana ianya sangat berkhasiat dan tinggi dengan serat.
Sebaik-baiknya jus ini dikisar sendiri oleh anda kerana jus yang dijual di pasaran selalunya tinggi kandungan gula serta bahan-bahan tambahan seperti pewarna, perasa dan pengawet berbahaya.
Jus yang anda hasilkan sudah pasti lebih sihat dan selamat.
Selain daripada itu, anda boleh mengetahui tentang Cara Kurus Dengan Nasi tanpa perlu berlapar.
Anda boleh merujuk cara Turun 10 KG Dalam Masa Sebulan atau Kurus Optimum Dengan Konsep 3B.
Terima kasih 🙂
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Shaklee ID: 1001144
saya suka teh hijau dan buah buahan
myrujukan recently posted…Konvensyen Usahawan Muda Selatan Untuk Online Bisnes
Wah, bagusnya…sihat sentiasa 🙂
air sejuk memang sedap tapi kena berhati-hati macam nasihat atas.
Denaihati recently posted…Selesai bayar hutang kereta sembilan tahun
Betul tn. DH, terlalu banyak ais pun bolh sebabkab sakit tekak gak.
puteri suka jus buah-buahan..air batu kalau diambil dengan makanan berlemak, akan mengemukkan
puteri kasih recently posted…Ciri-Ciri Rambut Rosak Dan Petua Menjaga Rambut
kan puteri, jadi lemak tepu terus… 😛
Air puteh sekarang ni memang susah nak minum..tak tahulah kenapa..haha
Hafizul recently posted…Tip Murah Rezeki – Belanja Isteri
Biasalah kan, yang terbaik tu orang x suka…..hahaha…gurau jer bro…
Beralih lag kepada teh hijau 🙂