• Putrajaya, Malaysia
  • April 25, 2024

Makanan sangat mempengaruhi kesihatan tubuh badan kita termasuklah kecergasan otak. Untuk merangsang otak kita menjadi semakin cergas dan tajam, memilih makanan yang bersesuaian adalah sangat penting.

 

Makanan Merangsang Ingatan & Menguatkan Minda

 

1) Madu

Madu sememangnya sejenis makanan yang berkhasiat dan mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik serta enzim yang mampu membantu meningkatkan daya ingatan serta kecergasan mental.

Madu ni seeloknya diminum sebanyak 2 sudu teh sehari, pada waktu pagi dan malam. Boleh juga dicampur di dalam air kosong suam atau dijadikan pengganti gula putih untuk kesihatan yang lebih baik.

Di antara zat galian penting yang terkandung di dalam madu ni ialah fosforus, zat besi, sulfur, kalsium, magnesium, karbon, potassium, kuprum dan belerang. Ala-ala multivitamin pun ye.

Madu ni sangat berkesan merawat penyakit mental dan menghindari dari kepenatan otak yang bekerja seperti berfikir, membaca dan merangcang sesuatu.

 

2) Kacang Merah

 

brain memory genius power

 

Kandungan Vitamin B1 di dalam kacang merah sangat diperlukan oleh otak terutamanya dalam proses sintesis asetilkolina yang mana ianya mempengaruhi ingatan. Kekurangannya juga boleh menjadi penyebab kecacatan fungsi mental ekoran peningkatan usia.

 

3) Daging Burung Merpati

Pengamal bijak pandai Islam dan orang Melayu dulu kala sering menggunakan daging burung merpati ni dalam kehidupan mereka. Ianya kaya dengan lemak sihat, protein, fosforus, kalsium dan kalori yang amat berkaitan dengan kecerdasan terutamanya untuk kanak-kanak.

 

4) Telur

 

brain memory genius power

 

Sememangnya pakar kesihatan sendiri telah mengakui bahawa telur adalah makanan yang bermanfaat untuk meningkatkan kekuatan otak kerana lengkap dengan vitamin, mineral, protein, kalsium, kuprum, magnesium, sulfur, kalium, fosforus, natrium, klorin, zat besi, air serta bahan aktif tambahan.

Kuning telur pula padat dengan kolin atau zat yang membantu perkembangan memori dan daya ingatan serta berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda.

 

5) Bayam

Dengan mengambil bayam sebanyak 3 kali sehari dikatakan mampu mengembalikan dan menajamkan ingatan. Ini ekoran kerana daun bayam yang berwarna hijau gelap sangat tinggi dengan kandungan mineral dan vitamin seperti Vitamin E dan Vitamin K.

 

6) Susu & Yogurt

 

brain memory genius power

 

Susu dan yogurt atau produk tenusu berupaya memberi rasa kenyang kerana mengandungi protein dan karbohidrat yang akan ditukar kepada sumber tenaga untuk keperluan otak.

2 jenis nutrisi ini sangat penting bagi pertumbuhan jaringan otak, neurotransmitter dan enzim kerana makanan daripada produk tenusu mengandungi protein dan vitamin B yang tinggi.

Selain itu, ia dapat mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Kandungan 3 unsur semulajadi di dalam susu iaitu keju, lemak dan air bagus untuk merangsang pertumbuhan otak dan badan.

Disyorkan agar sekurang-kurangnya minum segelas susu pada waktu pagi dan malam keranan susu sangat bermanfaat untuk kesihatan menyeluruh.

 

Lepas ni boleh amalkan lah mana-mana makanan kat atas bagi meningkatkan lagi daya ingatan serta menajamkan fikiran. Secara tak langsung, dapat juga mengurangkan atau mencegah risiko mendapat Alzheimier lebih awal.

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

6 thoughts on “6 Makanan Perangsang Otak Agar Jadi Lebih Cergas & Genius

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge