“Tahniah, puah telah disahkan hamil 3 minggu”, ucap Doktor Salina kepada Aifaa dengan senyuman lebar terukir di bibir beliau.
“Ye ke doktor? Alhamdulillah, syukur sangat, tak sangka rezeki kami dah sampai setelah hampir setahun juga menanti kehadiran cahaya mata pertama ni”, balas Aifaa dengan mata yang bersinar-sinar. Girang tidak terperi. Tak sabar rasanya nak khabarkan berita gembira ni kepada suami dan kedua-ibu bapanya.
Berita kehamilan Aifaa disambut penuh syukur dan rasa terharu keluarganya.
Aifaa yang memang sangat teruja dengan kehamilan pertamanya sering menghabiskan masa “google” info tentang kehamilan.
Macam-macamlah yang dia cari. Tentang kepentingan makanan sewaktu kehamilan, cara penjagaan diri sewaktu kehamilan, pantang larang-semasa hamil, malah makanan tambahan untuk mendapatkan kehamilan yang terbaik pun tidak dilupakan.
Bukan apa, sejak seminggu dua ni, Aifaa memang mengalami mabuk yang teruk terutamanya pada waktu pagi, mudah letih, sentiasa lapar, lenguh satu badan serta pening-pening lalat.
Sebab itulah dia pergi buat pemeriksaan kesihatan dan sekarang ni asyik cari maklumat untuk mengatasi masalah yang dia hadapi sewaktu mengandung ni.
Maklumat tentang vitamin bagi ibu yang hamil sangat menarik perhatian Aifaa. Bila dibaca satu persatu, hampir semua kena dengan masalah dia.
Vitamin Wajib Ibu Hamil Kekal Sihat Ceria
Vitamin yang sangat disarankan bagi memenuhi keperluan ibu mengandung ialah:-
- ESP
- Vitalea
- B Complex
- Ostematrix
- Vitamin C
- Omega
1: ESP (Energizing Soy Protein)
ESP ni merupakan protein yang bebas lemak dan kolestrol.
Kalau nak tahu, protein sangat-sangat penting untuk pembentukan janin yang sihat. Selain daripada itu, protein yang mencukupi boleh mengelakkan berlakunya masalah jantung berlubang pada bayi di dalam kandungan.
2: VitaLea
VitaLea pula merupakan multivitamin yang membantu tubuh mengekalkan tenaga sepanjang hari. Kandungan iron formulated di dalam VitaLea ni bermakna sangat kaya dengan zat besi.
Zat besi ni bagus untuk mengekalkan bacaan HB normal yang cantik sepanjang kandungan.
Jangan tak tahu, HB rendah ni adalah masalah yang sering berlaku di kalangan ibu hamil. Bahaya tau kalau HB rendah. Sebabnya, HB ni tugas dia angkut oksigen ke seluruh badan.
Kalau HB kurang, oksigen dibawa ke seluruh badan, terutamanya kepada bayi akan berkurangan. Jadi kalau HB rendah ni, ia boleh meletakkan bayi di dalam kandungan ibu tu berada dalam risiko yang membimbangkan. Ibu pun turut terkesan sama. Mudah jadi letih, penat dan rasa nak pitam.
Sebab tu, kalau HB rendah sangat, tadah telinga jer lah dengan nurse beri “ceramah”…hehe
3: Vitamin B Complex
Vitamin B Complex ni mengandungi hampir semua Vitamin B yang diperlukan oleh badan termasuklah Asid Folik yang dikenali sebagai Vitamin B9.
Vitamin B sangat penting pada awal kehamilan bagi mencegah risiko masalah tulang belakang bayi tidak sempurna yang lebih dikenali sebagai Spina Bifida.
4: Vitamin C
Vitamin C sangat penting untuk ibu dan janin. Untuk ibu, Vitamin C bertindak mengekalkan tahap imun sistem badan. Jadi ibu lebih sihat dan kurang berisiko diserang pelbagai masalah kesihatan.
Untuk janin pula, Vitamin C menjadi pembekal kolagen. Kolagen sangat penting dalam pembentukan tulang rawan,otot dan sendi yang kuat. Di samping itu, kolagen turut memastikan kulit, gusi dan tendon baby terbentuk dengan sempurna.
5: Ostematrix
Kandungan utama Ostematrix ialah Kalsium, Magnesium dan Vitamin D.
Kalsium dan Magnesium membantu pembentukan gigi dan tulang bayi. Manakala untuk ibu pula, Kalsium dan Magnesium membantu para ibu mengelakkan sakit pinggang dan belakang, rasa lenguh-lenguh badan serta kekejangan yang sering berlaku pada kaki sewaktu bangun dari tidur.
Magnesium turut membantu badan kita untuk menyerap Kalsium secara lebih optimum, dapat tidur lena dan mencegah sembelit ketika hamil.
6: Omega Guard
Minyak ikan Omega Guard sangat elok diamalkan oleh ibu hamil kerana ia membantu memudahkan proses bersalin. Omega Guard bertindak melembutkan laluan keluar bayi sekaligus mengurangakan risiko koyakan.
Kandungan DHA dan EPA yang tinggi dalam Omega Guard akan membantu perkembangan otak janin dengan pesat. DHA dan EPA sangat terkenal dalam mengoptimumkan fungsi otak. Kalau perasan, anak-anak yang amalkan Omega Guard ni, memang nampak genius dan cerdik lain macam sikit. 🙂
Di samping mengambil Vitamin Ibu hamil ni, jangan lupa jaga pemakanan serta amalkan gaya hidup secara sihat supaya ibu dan bayi dapat melalui pengalaman dunia kehamilan yang menyenangkan.
Nutrisi yang cukup sangat penting sejak dari awal kehamilan bagi mencegah daripada berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini seperti keguguran, kecatatan pada bayi atau masalah kesihatan kepada ibu dan bayi.
Cara Order Vitamin Ibu Hamil Trimester Pertama
Untuk order sendiri Vitamin Ibu Mengandung Trimester Pertama menggunakan kad kredit atau debit, boleh klik pada ikon di bawah:
Sekiranya memerlukan bantuan saya untuk membuat order Set Vitamin Ibu Hamil ni, boleh segera hubungi saya ye 🙂
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
(Atau klik terus untuk WhatApps: www.wasap.my/60199377380)
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
Memang bagus Set Hamil premium shaklee nni tau..saya sendiri amalkannya…
sepanjang kehamilan mmg rasa badan cergas dan bertenaga,kaki tak de kejang², masalah sembelit tiada, HB cantik, berat pulak tak delah naik dengan mendadak…memang sangat puas hati…
MaMa Chantique recently posted…6 Vitamin Wajib Untuk Ibu Mengandung Trimester Pertama
Sangat best kan kan??