• Putrajaya, Malaysia
  • April 25, 2024

Duit memanglah bukan segala-galanya tapi pada zaman sekarang ni, duit bolehlah kita nak kata sebagai satu keperluan.

Iyelah kan keperluan, perkara basic kat dalam rumah macam api dan air pun perlu duit. Bukan bakar duit nak hasilkan api atau nak gerakkan pili air, tapi kalau tak bayar bil sampai dah kene warning, bergelap dan kering-kontang paip kat rumah kitalah jawabnya.

Nak buat perkara asas kat luar pun se”simple” nak guna toilet pun pakai duit.

Tu belum kira keperluan harian, makan minum, pakaian, kalau yang ada baby atau anak-anak kecil, anak yang dah masuk sekolah dan macam-macam lagilah.

Jadi, nak tak nak, kita perlu juga ada duit.

Cara paling mudah dan ringkas nak ada duit adalah buat simpanan.

Gaji cukup-cukup makan jer, macam mana nak menyimpan?

Kita buat simpanan ni ikutlah kadar kemampuan kita.

Kalau boleh simpan RM 100 sebulan, setahun dah tak ke jadi RM 1200? Kalau 5 tahun? Dah dapat RM 6000 kan?

RM 6K ni macam-macam dah boleh buat. Kalau yang bujang tu, dah boleh buat kahwin dah pun. 😛

Tapi kalau tak mampu simpan RM 100 sebulan?

Simpan jelah RM 50 ke RM 40 ke, hatta RM 10 pun. Janji, ada bahagian gaji kita yang diketepikan untuk simpanan.

Teringat pula kat arwah ayah KakImah. Dulu arwah ayah sokmo pesan, duit gaji tu, kene juga tarik (ambil) sikit untuk simpanan. Arwah ayah memang sangat cermat dalam menguruskan hal ehwal kewangan kat rumah.

Sampaikan KakImah dah lekat tabiat bila masuk kerja. Siap buka satu lagi akaun khas daripada bank yang sama untuk buat simpanan. Tiap kali dapat gaji, terus transfer online dulu gaji ke akaun simpanan tu.

Dengan duit simpanan tu jugalah KakImah belikan mak set sofa untuk gantikan sofa lama yang dah buruk dan rosak, almari dapur, meja dan palang penyangkut pakaian untuk bilik adik-adik.

Puas sangat rasa hati bila tengok senyum happy yang terukir pada bibir dan wajah mak serta adik-adik saat tu.

Kalau mampu simpan banyak, buat cara banyak, kalau buat masa ni boleh simpan sikit, takpe, simpanlah mana yang boleh. Kan sikit-sikit lama-lama jadi bukit?

Simpanan ni sangatlah kita rasa berguna di saat kita perlukan sangat duit tapi duit gaji semasa memang tak boleh nak tampung.

Malang memang tidak berbau, dugaan pun boleh datang tiba-tiba kan?

Cumanya, dah elok-elok menyimpan tu, masa berbelanja perlulah sentiasa beringat.

Bukan kedekut, tapi berjimat-cermat. Jangan membazir kepada perkara yang tidak perlu.

Nak-nak kalau time nak shopping. Jangan ikut nafsu sakan berbelanja atau berlumba-lumba dengan orang lain.

Yang kita show off kan tu memang nampak jer macam grand, tapi kalau hutang kad kredit menggunung, siapa yang nak tolong bayarkan, ye idok?

Selamat menyimpan ye kawan-kawan 🙂

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

3 thoughts on “Amalan Jimat-Cermat Dengan Menabung Cara Mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge