• Putrajaya, Malaysia
  • October 8, 2024

Clean Eating atau eat clean ni adalah satu kaedah (metod) makan sebagai cara hidup, bukannya diet. Sebabnya, diet biasanya akan selesai jika berat badan telah turun atau telah mencapai target yang dikehendaki, sebaliknya eat clean ni tetap dilakukan secara berterusan.

Dalam clean eating (eat clean), kita diharuskan mengambil makanan yang semulajadi, seboleh mungkin tanpa melalui proses memasak yang lama.

Seboleh yang mungkin juga mengurangi kadar pengambilan garam, gula, minyak, makanan berlemak dan memperbanyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Bahan-bahan lain seperti protein tetap diambil dengan proses penyediaan yang sihat seperti kukus, rebus dan panggang.

Kaedah Memulakan Eat Clean

Di antara beberapa cara untuk memulakan eat clean ialah:-

  • Makan dalam portion yang kecil, 5-6 kali sehari untuk menjaga kestabilan gula dalam darah.
  • Mengambil protein yang lebih baik iaitu daripada sumber ayam, ikan, telur dan daging tanpa lemak.
  • Hindari semua makanan manis (gula, roti, kuih, kek,gula-gula, tepung putih, nasi putih dan sebagainya)
  • Hindari makanan berlemak jahat dan trans fat.
  • Hindari soda dan minuman tinggi kalori yang berasal daripada gula.
  • Hindari makanan yang mengandungi kalori yang tinggi, misalnya junk food (makanan ringan) dan yang digoreng terutamanya deep fry.
  • Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari.
  • Perbanyakkan proses memasak dengan kaedah kukus, rebus atau panggang.

 

 

tips kurus sihat

 

 

Perubahan gaya makan ni sebaik-baiknya dilakukan secara perlahan-lahan agar tubuh tidak terkejut. Mahu rebah atau gigil orang yang hari-hari makan nasi, tiba-tiba nak kene stop mengejut, kan?

Contohnya, pada 2 minggu pertama, hindari makanan bergoreng dan makanan ringan, tetapi tetap makan nasi. Tetap lebihkan sayur terutamanaya sayur-sayuran berdaun hijau.

Pada 2 minggu yang berikutnya, gantikan beras putih dengan beras perang, tepung gandum bertapis dengan tepung gandum mil penuh. Begitulah seterusnya sehingga badan terbiasa dengan pola pemakanan eat clean ni.

 

Manfaat Melakukan Kaedah Eat Clean

Di antara faedah kita malakukan eat clean:-

  • Pengurangan kadar lemak tubuh (inch loss)
  • Pengurangan berat badan (weight loss)
  • Menambah tenaga
  • Kulit lebih sihat
  • Rambut lebih cantik berkilau
  • Tidur lebih nyenyak
  • Meningkatkan imuniti tubuh
  • Menghilangkan stress

 

Eat clean memang dapat membantu meningkatkan taraf kesihatan kita. Sekiranya pesakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, gout kanser dan sebagainya sedang tercari-cari kaedah pemakananan terbaik, boleh try cara eat clean ni. Kemudian sesuaikan dengan penyakit yang dihidapi.

Apabila eat clean bergabung dengan detoks, insyaaAllah, hasilnya lagilah superb!

 

 

Jom join group detoks bersama-sama saya 🙂

Whatapps ke 019-9377380

Kita detoks ramai-ramai, lagi seronok, lagi bersemangat, lagi syok!

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

 

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

3 thoughts on “Apa Itu Eat Clean & Manfaat Mengamalkannya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge