• Putrajaya, Malaysia
  • April 19, 2024

Pernah dengar kan berkenaan paraben. Biasanya paraben akan dimasukkan ke dalam produk penjagaan diri seperti sabun mandi, shampoo dan sering dijumpai di dalam produk kosmetik.

Walaupun paraben dikatakan selamat jika digunakan pada kadar yang sepatutnya, namun, pendedahan terlalu lama dan berlebihan boleh mengakibatkan kesan yang tidak elok kepada kesihatan.

Pernah dengar istilah Paraben Free?

Paraben Free bukan dapat paraben secara percuma tau. Paraben Free maknanya sesuatu produk tu bebas daripada paraben.

Kesan Jangka Panjang Paraben

Apa bahaya paraben yang banyak terdapat di dalam produk kosmetik atau kecantikan ni?

? Paraben Ganggu Sistem Badan

Paraben Ganggu Sistem Badan


Paraben menyerupai hormon dan boleh mengganggu sistem endokrin. Ia boleh menyebabkan kerosakan kepada sistem tubuh seperti tiroid, ovari, hyphotalamus dan sistem peranakan/pembiakan lelaki.

? Paraben Sebabkan Kanser Payudara

Paraben Sebabkan Kanser Payudara

Penyerapan paraben ke dalam badan boleh mengganggu sistem penghasilan hormon estrogen yang normal.

Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya kanser payudara.

? Paraben Meresap Ke Dalam Salur Darah

Paraben Meresap Ke Dalam Salur Darah

Paraben yang walaupun disapu pada kulit boleh meresap ke dalam salur darah.

Ini kerana paraben pada bahan sapuan 10 kali lebih pekat berbanding yang terkandung di dalam minuman.

? Paraben Sebabkan Alergi Dan Ruam Kulit

Paraben Sebabkan Alergi Dan Ruam Kulit

Mereka yang berkulit sensitif sangat berisiko untuk mendapat alergi dan ruam pada kulit dengan penggunaan paraben ni.

Penggunaan paraben pada jangkamasa yang lama boleh menyebabkan kerosakan pada kulit.

Bahaya kan paraben ni? Walaupun pengambilan yang sedikit dikatakan selamat, tapi lebih baik kita elakkan sebab boleh memberikan kesan jangka panjang yang tidak elok

Naimah Wahab

019-937 7380

www.wasap.my/60199377380

Founder of KIM Family

SID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge