Batuk kering atau tibi (TB) merupakan sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh kuman daripada keluarga bakteria Mycobacterium tuberculosis.
Kuman ini ada kalanya dikenali sebagai tubercle bacili. Ia boleh menyerang tubuh seseorang terutamanya paru-paru.
Selain paru-paru, penyakit tibi boleh menjangkiti organ-organ tubuh yang lain seperti:-
- Kulit – ia akan menyebabkan benjolan pada leher (bengkak kalenjar)
- Tulang – ia boleh menyebabkan tulang belakang membonjol dan ada kalanya ia boleh menyebabkan lumpuh.
- Tiub fallopian – ia boleh menjejaskan kesuburan wanita.
Selain daripada itu, bakteria yang sama juga boleh menyerang otak, jantung dan usus.
Batuk Kering (Tibi) Penyakit Yang Mudah Berjangkit & Merebak
Batuk kering atau tibi ni merupakan penyakit yang agak sukar dikawal sekarang ia berjangkit melalui titisan air.
Ini bermakna, sekiranya pesakit batuk kering atau tibi ni batuk, bersih, malah bercakap tanpa menutup mulut, maka ia boleh menjangkiti orang sekeliling.
Sebab itulah pesakit tibi disyorkan untuk memakai ‘face mask’ apabila berada di tempat awam.
Biasanya, seseorang yang mudah diserang oleh penyakit tibi ni disebabkan kerana mempunyai sistem imun atau pertahanan badan yang lemah.
Sebagai contoh, bayi dan warga emas merupakan golongan yang mudah mendapat jangkitan. Ini kerana sistem imun bayi sedang ‘develop’ manakala sistem imun warga tua pula semakin lemah dan kurang efisyen.
Gejala Penyakit Tibi
Gejala penyakit tibi bergantung kepada organ yang terlibat menjadi serangan bakteria tibi. Sekiranya kuman ini menyerang paru-paru, pesakit akan mengalami:-
- Batuk dalam tempoh lebih daripada 2 minggu secara berterusan
- Batuk yang bercampur darah
- Hilang selera makan
- Susut berat badan
- Kerap demam dan berpeluh waktu malam
- Sakit dada apabila batuk
- Rasa letih
Tempoh Pengeraman Penyakit Tibi
Tempoh pengeraman penyakit tibi ni boleh bermula daripada tempoh dijangkiti sehinggalah seseorang tu menunjukkan gejala penyakit.
Tempoh pengeraman ni boleh berlaku di antara 3 minggu kepada sepanjang hayat.
Dianggarkan 10% daripada mereka yang dijangkiti kuman tibi ini akan menjadi pesakit tibi.
Individu Yang Berisiko Tinggi Terdedah Kepada Jangkitan Tibi
- Mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan pesakit
- Warga tua
- Penagih dadah yang menggunakan suntikan
- Banduan
- Pegawai dan kakitangan kesihatan yang mengendalikan pesakit tibi
Individu Yang Berisiko Tinggi Menghidapi Tibi
- Mereka yang mendapat jangkitan HIV.
- Pesakit yang menghidap penyakit-penyakit seperti sakit buah pinggang, kanser, lukemia, diabetes dan lain-lain
- Individu yanng baru sahaja dijangkiti kuman Mycobacterium tuberculosis dalam tempoh 2 tahun pertama.
- Mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidap tibi
- Penagih dadah yang menggunakan jarum
Pengesanan Penyakit Tibi
Bagi mengesan kehadiran penyakit tibi ni, ia tidak boleh dilakukan dengan menilai keadaan fizikal seseorang. Pengesahan lebih tepat dilakukan melalui:-
- Ujian kahak
- Ujian x-ray
| Baca juga Cara Rawat Penyakit Tibi Yang Agar Tidak Sampai Meragut
Oleh yang sedemikian, sekiranya mendapati diri kita mempunyai simptom tibi seperti batuk yang sukar nak berhenti, rasa dan demam dan terutamanya batuk berdarah, segeralah berjumpa doktor. Tindakan segera kita bakal menyelamatkan nyawa daripada diragut oleh kuman tibi atau batuk kering yang mengganas
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
(Atau klik terus untuk WhatApps: www.wasap.my/60199377380)
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144