• Putrajaya, Malaysia
  • September 29, 2022
simptom dan punca bell's palsy

Pernah dengar tentang penyakit Palsi Bell (Bell’s Palsy) tak? Bell’s Palsy ialah penyakit lumpuh saraf muka yang menyebabkan ketidakmampuan mengawal otot muka pada sisi yang terkena penyakit ini. Beberapa keadaan boleh menyebabkan kelumpuhan muka seperti barah otak, strok dan penyakit Lyme. Sekiranya tiada sebab dapat dikenal pasti, keadaan ini dinamakan Bell’s Palsy.

simptom dan punca bell's palsy

 

 

Penyakit ini mendapat nama sempena ahli anatomi daripada Scotland yang bernama Charles Bell, yang merupakan individu pertama yang menjumpainya.

 

 

Sebab Berlaku Bell’s Palsy

Bell’s Palsy adalah satu bentuk penyakit yang berkaitan dengan kerosakan saraf. Ia boleh didapati dalam 2 di antara 10,000 orang. Bell’s Palsy melibatkan kerosakan saraf muka ke-7. Walaupun sebab berlakunya penyakit ini tidak jelas, namun mungkin boleh jadi akibat jangkitan herpes. Ada kemungkinan juga akibat stress yang melampau.

 

Gejala Penyakit Bell’s Palsy

Gejala penyakit Bell’s Palsy ini selalunya bermula secara tiba-tiba, daripada biasa kepada teruk. Gejala-gejalanya termasuklah:-

 

  • perubahan dan luahan muka (contohnya menggerenyot muka)
  • kesukaran ketika makan dan minum
  • melelehkan air liur kerana tidak dapat mengawal otot muka.
  • kelopak mata atau sudut mulut yang lemah
  • mata atau mulut yang kering.
  • rasa tegang di muka atau rasa ditarik ke sebelah satu lagi
  • kelumpuhan muka pada satu bahagian yang na untuk menutup satu mata
  • sakit kepala
  • kehilangan deria rasa
  • sakit di bahagian belakang atau depan telinga
  • kepekaan kepada bunyi terjejas pada bahagian terkena penyakit.
  • gerenyetan pada muka
  • rasa lemah pada muka.

 

Rasanya memang tak boleh nak bayangkan kalau terkena penyakit Bell’s Palsy ni, minta dijauhkan Allah. Akibat Bell’s Palsy, wajah anggun atau kacak selama ini boleh bertukar rupa dalam sekelip mata. Penyakit ini boleh dikatakan akan mengubah perwatakan seseorang daripada periang dan peramah menjadi pemurung dan suka memencilkan diri.

Jangan lupa untuk ke entri yang seterusnya tentang Kaedah Rawatan Penyakit Bell’s Palsy dan Penjagaan Diri Pesakit Bells Palsy agar, sekiranya ada di antara sesiapa yang kita kenal atau diri kita sendiri yang terkena penyakit ini, tahu macam mana nak merawat penyakit Bell’s Palsy ni.

 

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau perkongsian ye šŸ™‚

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

12 thoughts on “Bell’s Palsy; Penyakit Yang Mungkin Mengubah Karektor Diri Seseorang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge