• Putrajaya, Malaysia
  • April 27, 2024

Assalamualaikum wrm wbt dan salam sejahtera 🙂

 

Anda biasa dengar tak, barang tu datang dari US (Amerika Syarikat), tapi bila belek-belak balik tag buatan dia, ada tertulis “Made In China”, “Made In Indonesia”, “Made In Bangladesh” dan macam-macam lagi negara dan bukan US.

 

made in China2

 

Kalau kat Malaysia, kebanyakan barang yang made in China ni selalunya barang tiruan atau barang branded yang kualitinya jauh lebih rendah. Malah, kadang-kadang orang panggil barang cap ayam a.k.a ayam brand. Tapi bukan ikan sardin cap ayam tu ye….hehehe

 

Ok, berbalik barang daripada US tadi, sebenarnya takde masalah dengan barang tersebut. Barang-barang branded seperti pakaian, hand bag, kasut, pinggan mangkuk dan sebagainya kebanyakan diperbuat di luar US.

 

Kenapa Jadi Macam Ini?

 

Sebenarnya pihak pengilang produk dari US selalunya membina kilang mereka di negara-negara luar seperti China, India, Indonesia dan seumpanyanya kerana kos buruh yang jauh lebih murah.

 

Apabila kos buruh murah, maka harga barangan yang terlibat dapat dijual dengan lebih murah. Apabila harga barang lebih murah, maka permintaan akan melonjak lebih tinggi. Permintaan yang tinggi pula akan memberi keuntungan yang lebih lumayan kepada pengilang.

 

Produk-produk US yang dikilangkan di negara-negara luar tersebut masih mengikut tahap kualiti yang ditetapkan. Bayangkan, anda dapat produk yang sama kualiti dengan harga yang lebih murah, mesti lebih seronok kan?

 

Disebabkan barang tersebut dihasilkan di negara-negara lain, maka “made in” perlulah dilabelkan mengikut negara ianya dikilangkan walau brand asal adalah dari US.

 

Saya mengambil contoh US kerana berdasarkan pengalaman sendiri yang menetap di sana lebih kurang 3 1/2 tahun. Mungkin juga negara-negara maju lain seperti UK, Australia, Denmark dan sebagainya turut mempraktikkan cara yang sama.

 

Saya pun pernah beli sehelai seluar panjang dulu. Sampai kat rumah, tengok-tengok, made in Malaysia 😛 Tapi sebenarnya bangga jugak…hehe

 

Cuma, barang-barang tersebut, apabila dah masuk Malaysia, harga dia punyalah melonjak mahal. Mungkin mengambil kira kos pengangkutan, chukai dan sebagainya. Tengok harga tu, memang tak terliur pun nak shopping sebab dah pernah beli brand yang sama dengan harga yang jauh lebih murah….hehe

 

Bayangkan, kalau anda mengalami kerosakan mentol kereta, harga mentol USD 3 jer, tapi upah tukar mentol tu kat bengkel mencecah USD 24? uuhhhh, berpeluh gak ketiak kan?

 

Lepas ni, jangan anggap souvenir seperti Coach, CK, LV dan sebagainya yang kawan-kawan anda bawak balik dari luar negara tapi tertulis made in Bangladesh, China dan sebagainya tu sebagai low class tau. Tapi kalau memang dia beli yang cap ayam betul tu, tak tahulah kan….hehehe

 

Apa-apa pun, terimalah pemberian dengan hati yang gembira dan ikhlas. 🙂

 

iR Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019-937 7380
Shaklee ID: 1001144

 

 

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

2 thoughts on “Berkualitikah Barang Dari US, Made in China?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge