• Putrajaya, Malaysia
  • May 6, 2024

Menjadi seorang isteri, apatalah lagi seorang ibu, tidak ada yang lebih membahagiakan apabila kita berpeluang membesarkan anak-anak kita sendiri.

Walaupun sebahagian kecil daripada para ibu memang memilih untuk bekerjaya, tapi kebanyakannya memang belum ada pilihan lagi untuk berhenti kerja ekoran kerana komitmen untuk membaar pinjaman atau disebabkan tuntutan keperluan hidup yang serba tinggi sekarang ni.

Pada zaman serba canggih ni, wang dah jadi satu keperluan walaupun wang bukanlah segala-galanya. Kita nak sekolahkan anak-anak perlukan duit. Nak beli peralatan sekolah atau bayar yuran serba-serbi, kan? Lagi besar anak-anak kita, semakin banyaklah perbelanjaan yang diperlukan.

Kalau ada baby atau anak kecil pun, kita perlukan duit untuk susu, diapers dan keperluan yang lain.

Buat diri saya, Alhamdulillah berpeluang untuk cuti panjang tanpa gaji.

Cumanya, hilanglah income waktu bekerja selama ni.

Alhamdulillah juga suami siap bagi duit simpanan dan belanja personal termasuk duit bulanan untuk mak saya.

Tapi, bila ada masanya berkeperluan, contohnya mak nak baiki pagar rumah yang kos melibatkan belas-belas ribu, berpeluh jugalah kan.

Berbalik kepada cara nak jana pendapatan walaupun kita berada di rumah tadi, ia ada 2 cara utama iaitu secara online dan offline.

Memandangkan saya ni jenis tak berapa reti sangat nak approach orang, jadi, cara bisnes secara online menjadi pilihan saya.

Jom saya kongsikan macam mana cara saya buat bisnes dari rumah sebagai Work At Home Mom (WAHM). Hanya perlukan smartphone dan laptop sahaja. Habis-habis sangat pun, smartphone dan memadai. Tapi internet mesti wajib ada lah ye, nama pun online, kan 😀

 

 

2 Cara Jana Pendapatan Dari Rumah Secara Online

 

1) Berkongsi Di Blog

 

 

cara tambah duit poket

 

 

Blog ni adalah antara medium online yang sangat bagus untuk kita buat marketing. Sebabnya melalui blog, orang akan cari kita, kita tak perlu berpenat lelah nak kejar customer.

Perasan tak, bila anda google “Cara Jana Pendapatan” dan anda terjumpa blog saya. Haaaa, inilah dia cara buat bisnes online melalui blog.

Lagipun, info yang ada dekat blog ni mudah kita nak cari balik. Search jer dekat blog sendiri, kan, kan?

Satu lagi, blog ni, dia punya capaian adalah di seluruh dunia. Pernah juga saya dapat customer dari oversea sebab bila google, diaorang jumpa blog saya.

Cuma, kerja kita kena selalulah update blog. Buat blogwalking (teknik ni akan diajar di dalam secret group Dreams Family).

 

 

2) Berkongsi Di Facebook

 

 

cara tambah duit poket

 

Di Facebook ni kita bukan buat bisnes sangat. Tapi lebih kepada personal branding. Kalau ada menjual pun, buat secara softselling. Hard selling tu sekali sekala.

Dalam Facebook ni selalunya orang dah kenal kita. Macam kes saya kan, ramai antara kenalan lama, bila diaorang​ buat carian dekat blog, lepas jumpa apa yang diaorang nak, diaorang akan contact saya untuk dapatkan produk tersebut.

Jadi, dekat Facebook ni, kita bina keyakinan prospek gitu.

Nak tahu tak saya buat bisnes apa?

Saya buat bisnes Shaklee. Bisnes Shaklee ni melibatkan suplemen semulajadi untuk kesihatan seisi keluarga. Selain daripada itu, terdapat juga produk kecantikan dan penjagaan seisi MBrumah. Yang pastinya, selamat untuk kita, sejahtera untuk alam sekitar.

 

 

4 Sebab Bisnes Shaklee Sesuai Dengan Anda

 

1) Evergreen

Bisnes makanan adalah bisnes evergreen. Ibarat tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Tak kira macam mana keadaan ekonomi kita, merosot atau membangun, kita tetap memerlukan makanan​, betul tak?

Jadi ia sudah pasti akan bertahan lama.

 

2) Keperluan

Kesihatan ni adalah satu keperluan untuk kesinambungan hidup kita.

Walaupun tabiat orang kita ni, bila sakit baru nak cari ubat, tapi dah ramai sekarang ni golongan yang semakin peka dengan kesihatan.

Dengan keadaan pencemaran dari luar dan dalam badan kita serta nutrisi makanan yang semakin berkurangan, suplemen dah jadi satu keperluan.

Lebih baik mencegah dari mengubati, dok gitu?

 

3) Fleksibel

Part ni antara yang paling best juga. Kita boleh uruskan bisnes kita dari mana-mana tempat asalkan ada laptop atau smartphone dan juga internet.

 

4) Modal Rendah

Untuk mendaftar ahli, hanya perlu RM 79.50 bagi alamat di Semenanjung Malaysia dan RM 90.10 bagi alamat di Sabah dan Sarawak. Nanti ahli akan terima member kit yang sangat menarik serta panduan pelan bisnes Shaklee.

 

 

3 Sebab Bisnes Shaklee Bersama Saya Adalah Terbaik

 

1) Pendapatan Tambahan

Biasanya kan, kalau kita buat bisnes lain macam jual tudung atau jua pakaian, kita akan dapat untung runcit jer kan.

Tapi dengan bisnes Shaklee, bila kita jual barang, untung runcit pun kita dapat, bonus daripada point (pada jumlah tertentu) pun kita dapat.

Peratusan bonus ni akan dikira ikut point-point tertentu. Maknanya, makin besar point, makin banyak cash bonus yang kita dapat.

Jadinya, keuntungan bisnes Shaklee ialah = untung runcit + cash Bonus dari Shaklee.

 

2) Bantu Orang Sihat Dengan Produk Terbaik

Sebagai penjual produk, terutamanya produk kesihatan, menjadi kewajipan kita untuk memberikan yang terbaik dan tidak berbahaya kepada pelanggan.

Dah jadi satu ibadah juga kan bila kita niat nak bantu orang jadi lebih sihat melalui Shaklee ni.

Macam Shaklee ni, nak dipasarkan satu-satu produk tu, semuanya wajib melalui 350 ujian saringan bebas daripada bahan kimia berbahaya.

Maknanya, produk Shaklee bukanlah produk bancuh belakang rumah. Atau produk yang bila dah lingkup sebab dikesan ada bahan kimia berbahaya, kilang keluarkan produk sama dengan jenama lain.

Memang tak lah.

Produk Shaklee ni juga dibangunkan oleh barisan doktor dan saintis ternama di peringkat antarabangsa. Jadi kalau ada apa-apa berlaku sewaktu kita ambil produk Shaklee ni, kita boleh rujuk kepada mereka yang betul-betul pakar.

 

 

3) Support Group Yang Kuat

Group kami juga mempunyai sistem sokongan yang sangat kuat.

Apabila anda dah lulus task pertama, anda akan dimasukkan ke dalam Group iReach FB yang sarat dengan ilmu, poster yang cantik-cantik serta testimoni-testimoni yang betul-betul berkesan.

Semua ni bertujuan membantu ahli baru untuk melonjakkan diri agar lebih cepat merasa income 4 angka pertama.

 

4) Mentor Yang Proven

Salah sati ciri bisnes yang kukuh adalah mentor yang telah terbukti berjaya mencapai apa yang telah ditulis di atas kertas.

Alhamdulillah, apabila saya mencapai bonus 4 angka pertama dulu, duit bonus tu saya gunakan untuk beli produk paling premium di Shaklee, iaitu Vivix untuk ibu saya.

Terasa satu kepuasan yang amat sangat.

 

Cara Join Ahli Untuk Buat Bisnes Shaklee

Untuk join ahli Shaklee, anda hanya perlu hubungi saya dan berikan details serta bayaran keahlian untuk pendaftaran nanti. Kalau nak tahu cara dapatkan free membership pun boleh.

Lepas tu, saya akan berikan task pertama bagi melayakkan anda dimasukkan ke dalam group ekslusif, Group Sokongan iReach (sebagai tanda anda komited dan serius ingin memulakan bisnes).

Jangan risau, Task Pertama ni mudah jer tau.

 

Jika ada sebarang soalan atau nak dapatkan vitamin Shaklee, beserta nak daftar ahli Shaklee juga, anda boleh hubungi saya di:-

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

(Atau klik terus untuk WhatApps: www.wasap.my/60199377380)

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge